KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 17 Mac 2010

tragedi balik haram - part 3

aku sampai kat umahsetelah menapak 1 km dari taman putra (moral: jangan tido dalam bas henti2).. mak ada.. kehidupan kami dijalankan seperi biasa.. seperti tiada apa2 yg berlaku.. ye.. aku x bagitau mak aku kehilangan wallet..

malam tu, telefon berdering (mcm la malam lain x berdering). angah angkat telefon tu. panggilan tu untuk aku rupanya. masa lau dekat angah, angah kata, "laki" sambil angkat kening (anak2 pompuan en. muhammed bin atan sangat jarang menerima panggilan dari manusia berlainan jantina. ini kerana encik muhammed sangat pantang anaknye menggatal masa sekolah)

uh..uh.. aku dah konfius.. sape plak nih? aduii.. penyakit.. penyakit.. "hello"
"hello.. ni noor rumaizah binti muhammed ke?"
sah. memang laki. angah x tipu.. " ye.. saya rumaizah.. ni sape nama?" cis, aku dah perasan ada secret admirer.. x pernah beb laki aku x kenal tepon umah.. besa aku yg menggatal tepon org laki.. ooppss...
"Ahmad.." jawab lelaki tu..
alamak... buat lawak iklan la plak mamat ni.. (masa tu glamer iklan ktm pasal budak ahmad dr chemor.. ingat x? ingat x?)
" awak ada hilang apa2 x?"
tanya lelaki tu lagi.. aku dah cuak dah.. apehal mamat nih?? pastu baru aku ingat pasal wallet aku tu.. dengan suara yg perlahan aku kata, " ya.. beg duit saya."

pendekkan cerita, lepas aku letak je ganggang tepon, aku dapatkan mak.. aku bagitau mak hal sebenar. aku minta mak teman aku gi pekeliling utk claim balik beg duit aku..

keesokan harinya, kami pun pergi la claim beg tu.. sambil tu, mak terus belikan aku tiket balik ke kuantan. bila mak tanya bila tarikh, aku laju je bagitau tarikh kena balik sekolah. tapi, bila sampai ke rumah, kami dapati, aku tersalah tarikh.. aku terbalik ke sekolah sehari lewat...

so, cuba kira berapa hari aku cuti masa raya haji tahun tu? hehe.. 3 hari mmg cuti.. tambah 2 cuti yg aku cipta sendiri.. wakakak... untung beb!! untung!!

==================================================================

p/s: hutang RM1 aku dengan makcik jual nasi lemak telah aku lunaskan pada hari aku balik ke kuantan.. masa hantar kat pudu, kami 1 famili cari makcik tu.. tapi mmg xbest tul cara makcik tu..
masa aku tanya, " aritu, makcik ke yg bagi saya pinjam rm1 utk tambang bas?"
dia boleh kata, " hai.. awk yg berhutang dengan org, awk x ingat pulak?"

tah la.. mcm psiko je makcik tu.. aku takut tersalah org je.. pukul 6.30, mana nampak sangat muka...

anyway, terima kasih makcik. atas jasa baik makcik, saya dapat balik rumah pagi jumaat tu. kalau makcik xde, mau saya kena dok lokap sebab tendang vending machine. cuma, jangan la psiko org gitu.. dah 12 tahun pon saya ingat lagi.. isk3..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama