KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 3 Mac 2010

pengajaran dari drama chuck sekejap tadi


xtau apa yg buat aku penat sangat, lepas asar, aku tertido (padahal mmg dah nk dekat maghrib dah) aku maghrib kul 8 lebih (dan sambung tido balik. jap lagi nak isya')..

yg buat aku terbangun ialah, aku terbau makanan.. err.. tolong jangan pandang serong pada aku, biasanya, kalau aku bau makanan, tu tandanya mak aku dah masak. dah pagi la tu. seriau jap.. sempat x isya'? sempat x?

capai hs, oo.. baru kul 12.16mlm.. aku buka tudung saji (pada pukul 12 lebih) dan capai sayur kacang. makan sambil tgk citer chuck. siyes aku xleh makan kalau x tgk tv.

1st time tgk citer chuck (tu pun separuh jalan) tapi aku suka dengan episod kali ni. aku x peduli.. aku bagi gak sinopsis dia..

.................

chuck ni CIA.. dia dapat tau, roommate dia kat stanford u (juga ejen CIA) telah menceroboh ke dalam sistem CIA (kira mengkhianat la ni) dan telah dibunuh (xtau oleh sape. tgk separuh jalan). so, dia sangat sakit hati la bila kena siasat kes ni sbb melibatkan 1-stanford u 2- lecturer u dia 3-roommate dia (bryce).

apa yg buat chuck sakit hati dgn bryce? ye la.. roommate. kira kwn baik la tu. tiba chuck kena buang sekola (u), oleh lecturer dia kerana dia dikatakan mencuri kertas soalan (padahal dia ni geek.. xperlu curi soalan). bila dia tanya sape yg laporkan dia, dia dapat tau, bryce punya keje.
sejak dari tu, dia benci bryce. bryce pon x kata apa.

ok.. sampai ke stanford u, dorang dapat amik balik benda yg bryce simpan. rupa2nya dalam tu ada maklumat semua student stanford u yg jadi ejen CIA. termasuk la chuck tu sendiri. terperanjat la chuck. padahal, dia join CIA lepas kena buang U.. isk.. kaget2..

di akhir cerita, chuck dapat tau, yg bryce sengaja buat dia dibuang U, sebab xnak chuck dilantik sebagai ejen pengintipan ketenteraan.. bryce tau yg chuck x mampu.. ye, chuck bijak tapi dia bukan seorang yg tangkas. demi nak selamatkan chuck dr ditugaskan ke jawatan yg sangat hyper tu, dia sengaja buat chuck diberhentikan u, dengan harapan chuck x jadi ejen cia..

siri ini diakhiri dengan flashback chuck mula berkenalan dgn bryce.. chuck cari balik kenangan manis dia dengan bryce.. dia dah sedar yg bryce sebenarnye nk tolong dia. dah xde lagi dendam dalam hati dia..
......................

huhu.. sakan aku bagi sinopsis.. dah x mcm sinopsis pon.. mcm kisah penuh.. tp korang paham x poin aku?

kita kadang2 x paham kenapa sesuatu benda tu jadi kat kita. x paham nape org buat sesuatu kat kita. dapat lak, org tu buat pastu senyap je.. xnak explain kat kita.. kita lak, rasa kita yg mangsa, so, kita xnk jumpa org tu buat penjelasan sebaliknya kita demand jawapan dalam diam. kita tau, org tu tau kita nk jawapan tapi dua2 belah pihak xnak buka mulut.

bila dalam situasi gini, mmg mudah la nk berlaku salah paham.. silap2 leh putus kawan (mcm dalam cite chuck ni la) hingga la kita tau kebenarannya.

kalau kita tau kebenaran sebelum terlewat, xpe la.. kita leh cari balik kawan kita tu, cakap kita dah tau hal sebenar, demand penjelasan dari dia.. pelok 2-3 das.. dan semuanya kembali seperti sedia kala.. persoalannya, cane kalau kita tau kebenaran tu lambat? bila dah xde ruang utk kita buat pembetulan?

aku suka pengajaran dalam citer chuck kali ni. apa pengajaran dia? jgn terlalu menghukum org mungkin? atau kita mesti sedia memaafkan org? atau kita mesti sentiasa mendapatkan penjelasan? atau, kita jangan terlalu mudah lepaskan sesuatu yg amat berharga pada kita? tah. terpulang la cane korang nak tafsirkan..

4 ulasan:

  1. Biasanya la kan... Kita akan bergaduh dahulu, bermasam muka.. tak tegur kawan tu lagi..

    Kemudiannya setelah beberapa ketika baru tahu kebenarannya. Nak membetulkan keadaan dah terlambat!

    Apa-apa pun hidup perlu diteruskan..Dalam hidup kita pasti akan buat beberapa keputusan bodoh/silap dan penyesalan itu kita akan tanggung sepanjang hayat!

    BalasPadam
  2. uh..uh.. kalau kesilapan tu kecil, kita sanggup kot hadapi akibatnya..

    tapi kalau silap/penyesalan tu besar.. alahai..

    BalasPadam
  3. Kalaulah itu takdirnya...kenalah redha.

    BalasPadam
  4. huhu.. ye.. mungkin tu satu cara untuk kita jadi lebih matang..

    mungkin juga penyesalan tu la yg terbaik buat kita

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama