x ingat bila tah kejadian nih. tapi rasanya lepas aku dah grad la.. aku dapat panggilan tepon dari F. dia ni kawan aku masa kat wataniah (ye, rumaizah yg pendek ini masuk wataniah. so what??)
huhu.. F ni leh tahan gak la.. hitam manis, tua setahun je dari aku. manager pizza hut. huhu.. kaget tul aku masa dapat panggilan dari dia. oh, waktu tu, penyakit 'malu pada lelaki sebaya' yg aku hidapi masih tebal..
"buat apa tu?" F tanya.
"uh.. uh.. xde pape.." jawab aku sambil bergolek atas katil
"hurmm.. kita jumpa esok eh?"
"haa??? err... bawa kawan boleh x?" serius aku terkedu. dan segan
dia diam seketika. "hurmm.. ok" jawab F
"ok.. so, kul bape?"
"kul 2. k la.. jumpa esok.. bye"
"bye"
terus aku kontek ijah. aku dah xdapat pikir dah nak jadikan sape mangsa keadaan. ijah je. dia yg dekat dan senang nak kuar. ijah pon ok.. aku pon on je la.
keesokannya, aku kuar awal. janji dengan ijah, jumpa kat kinokuniya. oh, kami jumpa di klcc. lepas solat zohor, F call aku bagitau dia kat kfc. aku ngan ijah pun gi sana..
masa kat eskalator, aku dah cam dah mana F. terus la gi kat dia. bila aku kenalkan ijah kat dia, dia terperanjat. aku pelik la nape..
"x cakap pon bawa kawan." F kata
"eh, saya cakap la semalam.." jawab aku
"k.. ni kawan2 saya.."
huhu.. rupanya, F ingat, aku suruh dia bawa kawan utk join kami punya 'dating'.. padahal, aku minta kebenaran untuk bawa kawan sebab aku segan nak jumpa dia sorang2.. patut la dia tersenyap masa aku tanya.. dia confuse.. 1st time org suruh dia bawa kawan masa date..
kalau x silap, ada la 6 orang kawan dia bawa sekali hari tu..
aish... apa punya orang la dia nih..
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Jumaat, 26 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
maksudnye awak bwk sorang aje kwn, dia bwk smpi enam gitu?
BalasPadamErr macam yang saya faham.. awak bawa seorang.. mamat tu bawa enam orang? Kan?
BalasPadamoooiiii
BalasPadamromantiknya date kali ni..
hahhahaaaa
cik oryza, hanif: aah.. saya bawak 1 kawan, dia bawak 6.. jumlah, 9 org.. lebih kurang gitu la.
BalasPadammie: mmg sgt romantik.. makan kfc barrel.. ramai2 1 meja.. hehe
sebenarnya, bila saya kata "saya bawa kawan boleh?" maksudnya saya mintak kebenaran nak mintak kawan.. bukan suruh dia bawak kawan.. huhu..
Dah macam "reunion" jer :D
BalasPadampandai.. tu gak perkataan yg saya terpikir masa tulis entry ni tadi.. hehe
BalasPadamitu la... bukannye dating da tu... reunion atau party la kot... meriah x? meriah x? heheh
BalasPadamhshs.. ekceli yg dia bawak tu staf dia kat pizza hut.. mmg tu je la kwn dia.. dia selalu putus cinta sbb xde org larat nk layan dia yg giler keje.. so, masa dia dok order kfc tu, saya pon bergosip la pasal dia.. hehe.. meriah gak le.. kot?
BalasPadamok jugak tu... bole la korek rahsia:)
BalasPadammmg korek rahsia pon.. =p
BalasPadam