KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 1 Mac 2010

facebook- siapa pantau siapa?

facebook.. kebanyakan org ada facebook. termasuk aku. xde apa pon.. jez nak update dengan kawan tiap2 hari.. (saje menggedik!) dan kontek balik dengan kawan lama.. kawan sekola rendah (skrg tgh mesej dgn budak sekola agama), kwn sekola menengah, kawan u, n kawan kepada kawan2 tadi.

lupa plak nak cakap.. termasuk gak kawan2 kat sekola sekarang dan ANAK MURID aku sendiri. mula2, aku nak berpegang seperti kawan2 aku kat u (lecturer) or sekola (cikgu) lain. bagi dorang, dorang xkan add student yg masih belajar di sekolah. kalau add pon lepas budak dah habis sekola.

tapi, cikgu2 kat sekola aku yg lembut hati ni, belasah je terima budak2 sebagai kawan dalam FB.. n aku termasuk dalam golongan yg lembut hati tu.. nge... :D

nape aku terima? haha.. yg add aku ni, budak2 cina.. so, apa je planning dorang aku leh tau.. dorang nak merayap masa cuti ke.. dorang bergambar x senonoh ke, semua aku sound direct kat FB tu (anak murid cina aku spesis x cepat sentap! mungkin sebab vocab dorang yg x berapa byk tu menyebabkan dorang x mudah sentap. sindir bagai nak rak pon, dorang terima saje. budak melayu x ramai yg ada komp kot.. jadi xde la terlalu beria fb..)

tiba siang tadi aku sakit kepala (x makan padahal dah tgh hari).. sikit je la.. tapi cukup la utk buat aku terdiam dan pegang kepala, tiba datang la ketua bengkel dan sound aku direct, "cikgu, lepas ni you kena kurangkan main Fb la cikgu.. you stay up lama sangat sampai mengantuk."

adeh! aku plak kena sound! siot ko!
"mana ada saya tido.." jawab aku membela diri
"tu tadi awak pegang kepala pejam mata..you tido la tu.."
"saya sakit kepala la.. saya x makan lagi.."
"oo.. ye ke cikgu?"

huhu.. nampak gaya, aku plak yg kena perati dengan budak.. pasni, kalau nk shout out apa2 pon kena hati2.. dorang memang la x paham.. tapi tetap kena hati2..

p/s: disebabkan payah sangat nak dapatkan perhatian daripada budak+ penat berdiri kat padang+sakit kepala, aku cakap, "tolong la.. saya x makan dari pagi ni.."
x sempat abis ayat, sorang budak melayu menjawab, "sama la dengan saya cikgu!" aduh.. ada je menjawabnya.
tapi aku tambah lagi, " kalau awak x nak tengok saya makan orang, baik awak semua senyap!" baru la kelas senyap sikit.. payah dengan budak tingkatan 5 ni..

6 ulasan:

  1. mak aiiiiiiiiiii.... student tegur cikgu... boleh tahan student skrg ye...

    BalasPadam
  2. huhu.. sekarang mmg gitu.. lom lagi dengar kes budak tangkap gambar cikgu tertido.. huhu.. cane leh ada hs tah..

    tapi xpe.. budak tu mmg baik punya.. tu yg cikgu dia ni tabahkan lagi hati..

    BalasPadam
  3. siap amek gmbr cikg tido? dehaka level 11!

    BalasPadam
  4. huhu.. ada la kes dulu tu.. agaknya cikgu tu boring jaga exam ke apa.. xtau la.. tp jadi isu gak la..

    BalasPadam
  5. hahah tu biasa budak tegur..tapi kena cantas balik..baru dia tau

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama