huhu... dulu, bila ada orang cadangkan agar hukum hudu dilaksanakan kat Malaysia, ramai sangat membantah. rata2 takut dengan hukum yg Islam dah tetapkan. nampak mcm terlalu ganas. ye la.. rotan, potong tangan, rejam.. mmg nampak macam ganas yg amat..
antara hukuman yg paling org geruni ialah hukuman rotan. bila ada je kisah orang nak kena sebat sebab tak ikut undang2 Islam, mcm2 bunyik keluar.. rasanya, rata2 bunyik tu sebab takut la kot kan yg hukuman tu akan mencederakan org yg kena hukum (kalau tahu takut, nape buat?). ye la.. selama ni yg kita selalu tengok, lepas kena sebat je, habis berdarah2 badan kan? sape x cuak?
tapi, sebenarnya, hukuman rotan dalam Islam sangat la berbeza dengan hukuman rotan sivil. ni berdasarkan apa yg kawan aku email la...
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5.. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
by the way, Islam pun xde la menghukum orang membabi buta.. sangat la susah nak sabitkan org terhadap sesuatu kesalahn.. kena ada saksi la.. itu la.. ini la.. ingat Islam tu senang2 ke nak jatuhkan hukuman?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama