KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 21 Mac 2010

aku dan sesuatu 2 (aku dan rama2)

cerita ini adalah berdasarkan perbincangan fb di atas..

ini adalah kupu-kupu.. sila siasat sesungut dan kepaknya.. aku pau dari blog TMukmkd

ini adalah rama-rama.. lain kan? pau dari blog jilie baharin. dia ni fotografer


=================================================================

kami melangkah masuk ke taman rama-rama itu. macam x percaya, banyak betul rama-rama. betul-betul banyak. kiranya, berbaloi la kami bayar tiket mahal-mahal.. pemandangan memang cantik. ala2 macam dalam cerita kartun atau cerita taiwan yang karut2 tu.. rama2 terbang sana sini, xkisah kat org..

"weh, apa kau buat tu?" aku menegur linda yg aku lihat sibuk berjalan dari satu bunga ke 1 bunga..
"xde apa.. saje nak tangkap rama-rama ni.. cantik.." jawab linda.
"xyah kejar.. lagi kau kejar, lagi la dia lari. kau duduk je diam-diam.. pandai la dia hinggap kat kau nanti."
"oh.. ye ke?" kata linda. dia pun berhenti mengejar rama-rama itu. banyak juga rama-rama yang datang.

kami menikmati pemandangan yang sangat indah itu.. sungguh melekakan.
"korang tau x beza antara rama-rama dengan kupu-kupu?" ai memecah kesunyian.
"hurm.. rama-rama lawa, kupu-kupu huduh sikit tapi anatominya sama aje.." jawab sally..
"kalau macam tu, yg hinggap kat aku semua ni, kupu-kupu je la?" tanya ai lagi. dia mula menepis rama2 yang datang padanya.. hehe.. ai memang memilih.
"haha..ai.. ko bagi dia hinggap.. aku tengok cantik je.. dah bosan, kau gerak2kan badan kau. mesti dia terbang balik. xyah la tepis2.." jawab sheila. dia gelak-macam biasa

"err.. tu kalau tengok dari segi lahiriah je.. sebenarnya, perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu." jawabku. mereka sally dan ai hanya menganggukkan kepala. linda? selamat dah pergi ke kawasan lain.

"Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, (dah mendarat) sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu. tapi, ada gak rama-rama yang berwarna warni.." tambahku lagi.

"wah.. terenya.. mana kau tau ni mai?"kata linda dari belakang. bila tah dia muncul, aku x sedar.
"hahaha.. wikipedia je.."
"don't tell me yang ko gi tengok wikipedia pasal rama-rama bila aku ajak korang ke sini" kata sheila.
" haha.. saje nak bersedia.. sebenarnya, aku nak cari 'cara-cara supaya semua rama-rama datang pada anda' tapi xde la pulak.. haha" ujarku berlawak.
"ada benda, sometimes, lebih baik kita gamble je. baru ada surprise" ujar sally menggelengkan kepala. dia berlalu ke pokok bunga di sebelah kanan. mengejar rama-rama kecil.

4 jam di dalam taman itu berlalu begitu pantas. kami keluar semula apabila matahari mula tegak di kepala. rata-rata, kami puas hati dengan trip kali ini. sally dan linda dihinggapi banyak rama-rama. malah, rama-rama yg mereka gemari turut hinggap pada mereka. sempat la minta aku tangkap gambar utk mereka.

ai pun dapat banyak rama-rama. kadang2, dia siap tepis balik kalau dia merasakan rama-rama itu tidak cantik. dasar memilih! ;p.. haha... ai.. ai..

sheila la yang paling pelik.. begitu banyak rama-rama yang datang padanya.bila ditanya apa rahsianya, jawapannya mudah.. "aku pakai perfume bau bunga hari ni.. tapi pakai sikit je.. supaya natural.. haha.. taktik beb.. taktik.."

aku? yang terbaik yang aku dapat hanyalah menangkap gambar rama-rama yang datang dekat padaku. xde yang hinggap.. paling hebat pon, ada 1 yang sipi-sipi nak hinggap tapi tiba2 x jadi. xtau nape. tapi xpe la.. aku dah cukup gembira melihat rama-rama itu terbang berhampiranku.

"mai, aku ada 1 soalan. kau dah beria wiki pasal rama-rama, kenapa xde yang hinggap pada kau?" tanya sheila.

ah, pedih betul soalan itu.. namun aku hanya tersenyum. membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan..

kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah. mungkin 1 hari nanti, kami akan datang semula ke taman ini..

===============================================================
p/s: rama-rama sering dikaitkan dengan cinta. jujur, aku xtau jawapan yg sebenar. mana datang ala-usul dia.. tapi aku ada pendapat. terserahlah korang rasa boleh pakai atau x.

rama-rama berasal dari ulat beluncas. mula2 x cantik langsung. lepas tu, dia akan bina kepompong dan beransur-ansur membesar, tumbuh kaki dan kepaknya yang cantik. selepas itu, rama-rama kecil ini perlu berusaha keluar sendiri dari kepompongnya tanpa bantuan. ini adalah penting untuk memastikan kepak rama-rama cukup kuat agar ia boleh terbang nanti.

kepak rama-rama pula, sangat nipis dan rapuh. mudah terkoyak jika dipegang oleh manusia. namun, kepak itu dapat menahan tekanan dari angin.. kepaknya juga begitu cantik dan berwarna warni mengundang kegembiraan pada org yang melihatnya

begitu juga cinta.. cinta tu tidak mudah untuk kita miliki. jika kita dah memiliki sesuatu cinta itu, kita perlu pula berusaha untuk mempertahankannya-sendiri. tanpa mengharapkan bantuan orang. cinta itu juga amat rapuh.. namun cukup kuat. dan cinta itu juga indah terutamanya antara 2 pecinta itu sendiri..

p/p/s: giler aku jiwang kali ni. hahaha... sabor ye korang.. x jiwang pon.. kalau cakap depan2 xkan jadi jiwang.. untuk blog, aku tambah2 ayat jiwang. =p

p/p/p/s: aku guna masa yang amat panjang untuk buat entry ini. sila baca penuh perasaan k!

6 ulasan:

  1. haha.. jangan marah.. nanti la.. tukar mode.. citer klakar.. hehe

    BalasPadam
  2. wah..wan senyum2 masa baca dan berfikir2 juga. kenapa ada org, rama2 byk hinggap. dan ada juga yg sipi2. ahaks!

    hasil bacaan wan.

    rama-rama macam wanita. cantik tp kalau byk sangat 'disentuh' lelaki, kecantikannya akan pudar. seperti kepak2 rama2 yg dipegang2 yang pada akhirnya akan rapuh dan rosak.

    rama-rama macam lelaki juga. dan bunga yg dicarinya diibaratkan seperti wanita. bunga yg wangi2, cantik2, manis2 akan didatangai oleh rama-rama. begitulah juga wanita yg baik2 akan didatangi lelaki yg baik2 juga.

    wink!!

    BalasPadam
  3. tu la.. mcm org yg dok wiki tu.. dapat tgk je rama2 terbang.. huhu..

    apa yg indah tentang metafora dan seni ialah, manusia bebas membuat tafsiran mereka.. seni itu hanya sebagai laluan utk mereka membuat tafsiran sendiri

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama