KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 26 Oktober 2011

Diagnos Penyakit Melalui Jari Tangan!

Ni aku ambil dari FB. Ada la orang dok post kat gambar dinding.. Tapi yang tulisan senget tu adalah ulasan aku ye..

===================================

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. Kalau buku-buku pertama setiap jari tu pula terlalu gemuk, tu tandanya tak cukup air dan ada masalah buah pinggang (kalau tak silap aku la)

Kalau hujung jari adalah lebih merah dari bahagian lain pada tapak tangan, tu tandanya kadar kolesterol dalam badan tinggi..

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje. (Ni memang masalah aku yang sangat besar ye.. tapak tangan aku macam polka dot)

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. (Kalau tak silap, kawan aku pernah tanya doktor, katanya masalah hormon. Macam aku, kadang-kadang berlaku, kadang-kadang tak. So, mungkin memang masalah hormon)

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Selain itu, urat biru / hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya. (Aku la tu. Tapi rasanya dari kecil lagi dah ada. Stress betul hidup aku nih! Aishh...)

Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yangsihat..insya allah...(Aku la ni. Ooo.. Sangat sihat rupanya... Patutlah berat naik je memanjang)

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

=======================================

Nak baca lagi? boleh pergi SINI

2 ulasan:

  1. akak, kalo kreb nak copy leh x?

    BalasPadam
  2. amik ja... no prob.. akk pun copy org punya.. hehe

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama