Masa aku tingkatan 2 dulu, aku sangat minat lagu ni (Kau masih ingat lagi tak Sheila? Aku hampir nak masuk talentime nyanyi lagu ni). Mungkin sebab aku rasa aku boleh nyanyi lagu ni kot (baca: aku memang perasan suara sedap) ataupun disebabkan aku memang suka lagu yang tarik-tarik ni (aku minat amy search ok?)
Cut the crap. Aku pun tak tau nak tulis panjang-panjang (dah lama tak menulis), sila la karaoke lagu ini..
p/s: Aku tiba-tiba teringin nak post lagu ni dalam blog sebab pagi tadi masa jalan-jalan kat tasik, lagu ni bermain dalam otak aku. Aku rasa, lagu ni paling sesuai dengan keadaan aku sekarang.. Huhuh.. Yup, Lagu ni yang paling sesuai.. Hurmm..
===============================================
Tajuk: Salam Untuk Kekasih
Artis: Nadia
Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu
Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu
Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri
Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu
Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu
Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri
Dah lama penyanyi ni menghilang.. tapi baru-baru ni ada keluar TV. Lupa pula apa rancangannya.. tapi TV 3 la.
BalasPadamMasih rock lagi :)
aah.. sebab lagu ni dah dipopularkan balik.. dia comel!! hehe
BalasPadamMmg padu lagu nie
BalasPadam