KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 16 Mac 2011

bla bla bla..

Bermula dengan stress di tempat kerja (ye la tu. Kerja aku mana stress. kerja aku adalah kerja yang paling senang di muka bumi ni. Tak percaya, tanya semua orang yang bukan cikgu), melarat kepada kehilangan mood untuk menulis dan sekarang aku leka terhadap perkara-perkara lain.. aku sekarang leka baca manga, leka tengok youtube.. isk isk isk..

Dah lama aku berblog. Sejak tahun 2007 rasanya (blog FS dan MS tak kira la eh?) dan blog aku masih lagi low profile (sama macam aku di dunia nyata. - Ok, mungkin tak ramai yang setuju dengan penyataan tu) hakikatnya, aku seorang yang bising tetapi aku tidak la menonjol dalam segala bidang yang aku ceburi. termasuk bidang menulis blog. Adakah aku kesal dengan keadaan ini? hurmm.. tak. Disebabkan aku tak glamour, aku tidaklah diberi jawatan yang begitu berat dalam segala arena. Disebabkan blog aku tak glamour, maka dapatlah aku menjadikan blog aku ni sesuatu yang peribadi. tidak perlulah aku menulis untuk orang. semuanya adalah tentang diri aku.

Kalau korang perasan, aku lebih selesa guna kata ganti nama diri 'Aku' berbanding 'saya'. Sama juga kalau aku mengomen di blog orang. Kata ganti nama diri 'saya' aku hanya akan gunakan terhadap orang yang lebih tua. Kenapa? Sebab aku tak nak orang layan aku dengan lembut dan comel kot? Sebab itu bukan diri aku (tapi serius, aku amat berharap orang melihat aku sebagai seorang yang comel! haha..)

Aku juga selalu mengatakan aku seorang yang jiwang tapi aku cuba untuk tak nyatakan a[a yang aku rasa dalam blog secara direct. Aku cuba berkias2-kias. Adakah aku berjaya? Sila beritahu aku. Aku berkias sebab aku takut, orang yang aku kenali baca blog aku dan tahu rahsia aku. Aku belum bersedia untuk menunjukkan sisi aku yang lain kepada kawan-kawan di dunia nyata (ok sheila, ko diam-diam je k?) oleh itu, aku hanya luahkan sebahagian rasa hati aku di blog ni. Lagipun, aku tak sampai hati nak biarkan kawan-kawan yang selalu baca blog ni termuntah membaca blog aku. Hehe..

Tapi, disebabkan dah terlalu lama aku memanjakan jari dan otak aku, nampaknya skil menulis blog aku semakin tumpul. Aku kena berusaha untuk menulis lagi. Bahan dah ada. Tinggal tengah merancang je.. (Aishh.. sejak bila Rumaizah ni merancang? Macam tak percaya je)

Oklah, sampai sini je. Macam aku katakan tadi, otak aku dah semakin tumpul. Nak pergi cari batu asah kejap. By the way, cerita kat TV2 ni best! aiyok!
Reese Witherspoon sangat comel.. hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama