gambar amik kat forum KDI.
aku biasanya akan servis kereta aku kat autocare tyre service (ACT). suka g situ sbb dah biasa. agak mahal la.. standard ala2 gi pusat2 servis kereta yg rangkaian punya.. tp aku suka sbb dia simpan kita punya rekod servis.. lagipun, aku suka kat owner dia.. boleh lebih kurang. dulu masa musim aku langgar lubang sampai rim kemik (2 insiden ye) aku membetulkan rim aku kat dia je.. dia caj murah.. rm100. tempat lain kurang2 mintak rm120..
tapi kali ni, aku mcm nak minta tolong jiran aku tolong tukarkan minyak hitam aku. nape?
1) aku ada oil filter yang masih lom pakai
2) kereta aku dah lama xcuci.. aku xnak org2 bengkel tu tahu aku dah lama x cuci kereta. last time kereta tu dibasuh adalah masa aku servis kereta di situ.. lalala..
tapi aku ada masalah. masalah kecik je.. tapi nak gak jadikan masalah untuk aku fikirkan hari ini.. huhuhu. masalah aku ialah, apakah minyak enjin yang baik tapi murah untuk kereta aku? yang aku tau:
1- shell helix 3L (biasa org ACT tu pakai yg ni)
2- castrol (baca kat forum orang kata itu yang terbaik)
3- jenama NASA, eneos, motul..
4- yang terkini, ada orang kata boleh pakai minyak masak sebagai minyak enjin
uh..uh.. cane ek? mana yang terbaik? siyes.. jangan perli2.. aku ni kadang2 bendul sikit. org perli pon aku anggap tu jawapan sebenar (walaupun aku sendiri seorang yg kuat menyindir). aku ada la baca pasal minyak enjin ni tapi aku x berapa paham da.. heheh.. so, sila bantu aku yg x reti pape ini..
oh, pastu aku terbaca lak pasal nak jimat minyak guna ubat gegat.. isk.. mcm2 tul idea dorang nih..
p/s: aku pernah pakai oilyman.. dia ni mcm lancarkan enjin la.. aku x perasan sangat apa perbezaan dia sbb kereta aku cc kecik dan aku bukanla kaki rempit tapi kawan aku yg pakai kat satria dia kata, mmg ada beza dari segi pick up..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama