KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 4 Mei 2010

bila hujan lebat..


semalam petang hujan lebat.. lebat sangat.. buatkan aku terkenangkan nasib si pejalan kaki dan si pengguna bas..

sampai kat bandar baru ampang, masa kat lampu isyarat, aku nampak seorang lelaki, berlari2 anak berpayungkan beg bimbitnya menuju ke arah sebuah kereta yg sedang berhenti di lampu isyarat. mula2 aku ingatkan, dia sedang bercakap dengan kawan di tapi aku terfikir, nape kawan dia x ajak sembang dalam kereta? sungguh x bertimbang rasa kawan dia itu..

tapi, bila aku proses lagi, baru aku terfikir yang mungkin orang tu nak minta tumpang ke mana-mana.. tekaan aku makin kuat apabila, lelaki tu patah balik ke perhentian bas. lepas tu, dia pergi semula ke arah kereta lain. mungkin, mencuba nasib untuk minta tumpang.

hurmm.. macam2 yang bermain kat fikiran aku masa tu.. aku terfikir, nape la orang2 yang ditanya tu x bagi tumpang? apa salahnya tolong orang? aku teringat balik masa aku tercicir beg duit dulu. kalau la xde orang sudi nak tolong aku, tah apa jadi kat aku masa tu. sian orang tu..

pastu, aku terpikir lak. adakah aku akan tolong orang tu? ikut hati, mmg la nak tolong... tapi, aku takut lak nak tumpangkan orang laki x tentu hala.. takut lain lak yang jadi. mana tau kena samun ke..

ah.. payah tul. dah terfikir nak buat baik, terfikir lak benda2 yang menakutkan. aku rasa, sebab tu la orang fikir banyak kali sebelum nak buat baik membantu orang lain.

berbalik kepada orang tadi yang cuba nak menumpang kereta orang.. sampai masa lampu aku dah bertukar hijau, dia masih lagi gagal menumpang kereta.. aku cuba mengintai dari tingkap kereta aku. tapi xnampak rupanya..

aku cuma berharap, biarlah dia seorang lelaki yang muda dan sihat serta berduit. ye, itu la yang aku harap. sekadar untuk menyedapkan hati aku sebab aku dah x mampu nak tolong dia..

harap2, biarlah dia lelaki muda yang sihat dan berkemampuan untuk naik teksi ye? maaf kerana x dapat membantu.. hurmm...

4 ulasan:

  1. susah gak kan.skg ni kalau buat baik,haruslah takut.takut kite buat baik,org buat naya kat kita.

    BalasPadam
  2. tu la.. teringin nak tolong org (ok, kadang2 je) tapi, risau lak lain jadinya..

    BalasPadam
  3. Perihatin dan ada sikap untuk menolong itu bagus.. tetapi keselamatan diri perlu diutamakan terlebih dahulu..

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama