KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 29 Mei 2010

aku sekarang pendiam orangnya.. (sape sokong angkat tangan tinggi2 ok!)

masa aku kat maktab, aku pernah duduk sebilik dengan adik kepada senior aku masa sekolah. melalui adiknya, aku bertanya, "adakah abang awak kenal akak? akak 1 PBSM dengan dia"
xyah cari aku.. xdenye.. ni gambo budak2 MRSM serting. aku pau je

balik dari cuti semester, roommate aku memberitahu aku jawapan yg agak aku gembira mendengarnya (di sebelah hadapan ayat) dan sedikit segan (di bahagian belakng ayat). kenapa? kerana jawapannya berbunyi begini, " abang saya ingat lagi kata akak.. (bahagian yg aku suka) dia kata akak dengan kawan2 akak bising. suka buat kecoh masa perjumpaan" (errkk???)

baru2 ini, aku ditegur pula oleh seorang rakan dari zaman sekolah rendah. pada mulanya aku sedikit keliru siapakah dirinya. lepas aku tengok rakan bersama dia dan aku.. lepas aku tengok sekolah menengah dia.. dan setelah beberapa kali bermesej di fb, barulah aku ingat siapa dia. dia merupakan salah seorang budak lelaki yang kiut yang 1 kelas dengan aku kat sekolah agama.. (ok, aku tipu.. aku xberapa ingat sangat sebenarnya.. tapi aku buat2 ingat.. tapi mmg aku cam la sikit muka dia tu.. x berubah sangat dengan muka masa budak2.. wawawa - nazrin, ko jangan marah ha.. nanti cepat tua)

tiada aku atau nazrin di sini.. gambar ini pon dipau sahaja.. tapi kami dulu kain mmg kaler hijau. jap nazrin, ko pengawas ke? sampin pink eh?

tapi, setelah beberapa lama kawan dengan si nazrin ni, aku menjadi sedikit keliru. kenapa dia x add kawan2 sekolah aku yg lain? yang jauh lebih peramah daripada aku? siap ada sekali tu, dia boleh bagitau aku kedudukan aku dalam kelas kat sekolah agama (aku sendiri x berapa ingat kat mana aku duduk.. gilo!! 16 thn beb!) pernah gak la kan terpikir.. adakah dia ini sangat berminat dgn aku hingga begitu jelas sekali ingatan dia terhadap aku..?

ok.. jangkaan aku sangat meleset.. rupa2nya dia sangat ingat aku sebab di duduk di hadapan aku.. dan aku sangat bising (dia yang kata ok.. aku akan cuba dapatkan testimoni yang mengatakan aku seorang pendiam).. huhu.. 1st time ada orang lebih ingat aku dari zuriana (ye, aku mmg jeles dengan ko zuriana) dan alasan utk dia ingat aku adalah sangat x memberangsangkan! =p

rasanya, org yang kenal2 aku masa sekolah, mesti sangat bangga jika aku beritahu yang aku sangat berubah setelah melangkah ke alam pengajian tinggi. aku telah berubah menjadi seorang yang pendiam dan sangat low profile.. sangat low profile hinggakan orang yang mempunyai bapa angkat (pensyarah) yang sama dengan aku pon x sedar kewujudan aku. jujur, aku rasa kebanyakan rakan sekolej kediaman dan sefakulti x kenal siapakah noor rumaizah ni sebenarnya... xpe la.. aku pon bukannya bagus sangat dalam bab mengecam orang ni.

yup! aku pelajar UPM. dan aku berbangga dengannya. banyak yang aku dapat belajar kat sini walaupun 3 tahun je tempohnya.

ye, aku sangat pendiam sekarang.. terutamanya kepada rakan lelaki. maaf la kalau aku x approach korang kat kenduri ke apa.. aku skrg mmg sangat pendiam dan pemalu.. kawan pompuan insyaAllah ok.. tapi, jangan risau.. kalau korang tegur aku, insyaAllah, aku ni peramah orangnya..(ngeh.. mcm la dorang baca blog nih!)

cuma aku xleh nafikan.. reaksi aku kadang2 memang agak comical.. xleh nak ubah.

p/s: aku sendiri confuse nape ayat aku skema kali ni.. hurrmmm...

4 ulasan:

  1. Patutlah kamu ada blog. Rupa-rupanya kamu sudah jadi pendiam :D

    Tapi diblog kamu bukan pendiam :D

    BalasPadam
  2. hehe.. kalau menjadi pendiam di blog, alamatnya tiada apa utk dibaca.. =)

    sebenarnya tidak la pendiam sangat.. tetapi tidak la sebising masa dulu.. sehingga dianggap pengacau..=D

    BalasPadam
  3. pendiam kdg2 ada baiknya...kena pada keadaan la :)

    BalasPadam
  4. yup.. dengan situasi skrg, menjadi pendengar lbh baik.. sekali2 bercerita.. sib baik ada blog

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama