KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 21 Mei 2010

guru kena ambil lesen baru boleh mengajar? terbaek!!

dengar x berita tadi? ok.. biar aku gelak jap.. hahaha... ok.. korang dengar x berita td? guru2 mungkin perlu ambil lesen untuk bolehkan mereka mengajar... hahahaha.... giler kelakar...

aku x berapa ingat la ayat dia yg sebenar.. tp, lebih kurang la.. " para guru mungkin akan diwajibkan untuk mengambil peperiksaan bagi mendapatkan lesen sebelum mereka boleh mengajar. perkara ini sama la seperti doktor, dan akauntan yang perlu menduduki peperiksaan..."

===========================================
 1- terima kasih kerana mengangkat darjat pekerjaan guru begitu tinggi hingga kami disetarakan dengan doktor dan akauntan.. oh, bila pulak nak bagi gaji kami setara dengan mereka? xkan la kena amik exam je kot yg sama.. gaji pon nak la sama gak..

2- agak2nya la kan, berapa ramai cikgu2 kat malaysia ni ek yg ko nak suruh amik exam tu? berbaloikah korang menghabiskan duit semata2 utk mereka 1 lagi paper? x cukup ke korang habiskan duit untuk tujuan pentaksiran murid sampai cikgu pon ko nak taksir?

3- agak2, soalan nak dapatkan lesen tu nanti, lebih kurang x dengan soalan PTK paper khusus? kalau sama, apa relevannya ko nak buat lagi 1 set paper yang sama tapi sekadar tukar cover?

4- agak2 lagi, kalau cikgu tu x pas, apa ko nak buat? terminate dia? pastu? lantik cikgu baru? hahah.. pikir balik.. skrg ni pon, ko xde duit nak serapkan semua graduan pendidikan ke sekolah2.. padahal  terang2 la sekolah semua x cukup cikgu.. apa tah lagi nk terminate org pastu nak interview lagi.. pastu nk buat exam lagi.. pastu tapis lagi.. hahaha.. korang mmg comel!

5- camane kalau ada antara cikgu yg x lepas tu merupakan guru yg korang dah bagi title Guru Cemerlang? apa jadik kat dorang? nak buang ke? xkan kot.. cemerlang tu.. tu dah namanya korang xpandai buat penilaian. isk.. isk..

6- exam.. err.. bukan sebelum korang amik dia keje dulu, korang dah interview dorang at least 2 kali ke? kalau buat interview face to face pon korang leh tersilap pilih.. apa jaminan yg exam atas kertas tu akan bagi hasil yg lagi baik?
========================================

wahai timbalan menteri pelajaran.. dan semua menteri sekalian.. sekali2 bawa2 la berbincang dulu dengan org bawahan sebelum bagi idea yg sgt hebat.. bukan apa.. korang tu bukan pernah pon jadi cikgu ni.. tah korang tahu ke x cane keje kami ni? tahu x? tahu x yg kami payah benor nak claim milage tiap kali kami diarah ke mana2?

aku akui.. mmg byk sgt korang berhabis utk bidang pendidikan.. mula2 dulu masa nak jadikan semua rakyat malaysia ni pandai BI (PPSMI) sampai terlupa la pulak patutnya, bagi la dorang pandai 3M baru pandai speaking.. ko rombak segala buku.. cetak buku baru.. pergh!! terbaek!!

pastu korang mansuhkan lak yuran SPM sampaikan budak2 suka hati je xnak dtg SPM. mak bapak pun x kisah.. paper free beb! lantak la.. pastu mansuhkan yuran plak.. sampai sekolah lak kena cari idea mana nk cari duit utk beli kertas segala bagai.. padahal, bukan x boleh.. ko caj la yuran pada yg mampu, yg x mampu, ko bagi la bantuan.. adeh.. sistem dah elok, nak ubah.. konon nak sama dengan AS la tu! gedik! =p

dan sekarang, ko nak buat exam lak untuk cikgu2.. haha.. korang mmg pentingkan bidang pendidikan.. cuma, aku x sure dari sudut mana.. atau xsure adakah itu yg terbaik yg korang (yg x pernah jadi cikgu) leh pikirkan atau sekadar tindakan refleks sbb dicucuk oleh org ramai..


p/s: kalau aku xlayak dapat lesen mengajar tu kan, dan terpaksa dihentikan, sape nak ajar MPV kat sekolah aku? mesti budak 2 tu hepi sebab xde lagi cikgu yang suka jerit dan pukul dorang.. aku lak la yang mati kutu kalau gini.. aish!!!

7 ulasan:

  1. Macam kat US, Guru, Jururawat pun kena ada lesen baru boleh practice :D

    BalasPadam
  2. tapi kat US, gaji guru dan jururawat adalah tinggi..

    kalau mereka bertekad nak buat amik lesen tu, baik stop kan aje segala program kpli dan dpli..

    lagipun, apa jaminan yg guru tu akan berkhidmat dgn baik selepas dpt lesen?

    sama gak mcm jururawat dan guru di US, walaupun ada lesen, ada gak yang menyerong..

    tp xpe la.. lesen guru itu mmg penting... =)

    BalasPadam
  3. Dalam proses memartabatkan profession guru, Saya rasa ia penting.

    Jadi bila ia diiktiraf sebagai professional insyallah gaji pun akan ikut kemudian..

    Sekarang pun dah ramai guru-guru yang dah ada master dan PHD... :D

    BalasPadam
  4. alamak...aku da puas blaja 5tahun stgah....11 sem ada exam...xkan nk ada exam lagi....mampus nk study balik la ni...

    BalasPadam
  5. bila difikir-fikir, bagus tindakan kerajaan ni.

    semua pekerjaan seelok-eloknya disuruh mengambil lesen. biar semua kerja adalah profesional setaraf dengan doktor dan akauntan!

    dan gaji pon boleh setaraf dengan mereka (oh, gaji kami short 1k je berbanding mereka)

    sekali lagi yang menjadi persoalan, jika guru yang sedia ada tidak layak medapat lesen,
    apa akan terjadi pada mereka?
    tidak membazirkah gaji yang kerajaan sudah beri pada mereka selama ini?
    mampukah kerajaan berbelanja untuk pengambilan guru baru (oh, jgn lupa, mereka juga perlu mengambil lesen)

    maaf. bukan mahu menjadi seorang yang keras kepala dan tidak rasional cuma rasanya sudah banyak yang dikorbankan oleh KEBANYAKAN guru di malaysia ni. x cukupkah sebagai bukti yang mereka itu layak menjadi guru?

    apa jaminan yang mereka yang berlesen itu adalah guru yang lebih baik dari guru yang tidak mampu mendapat lesen?

    tidakkah kerajaan kasihan kepada guru2 lama? PTK pun mereka perlu bekerja keras untuk lulus, tambah pula dengan peperiksaan baru?

    tidak cukupkah dengan PTK?

    daripada membazir duit begitu banyak, bukankah lebih baik jika kerajaan wujudkan lebih banyak jawatan guru khas untuk menangani murid2 buta huruf?

    benarkah selepas mengambil lesen, orang ramai akan lebih mengiktiraf keprofesionalan para guru?

    jika guru baru mendapat lesen dan guru lama tidak, adakah ini bermakna guru baru itu lebih bagus dari guru lama?

    sekali lagi, maaf. aku bercakap sebagai orang yang berada dalam lingkungan yang perlu menanggung perkara ini jika ia terlaksana. mungkin sebab itu aku gagal untuk rasional berbanding mereka yang berada di luar lingkungan.

    pape pun, jangan serik k? aku mmg suka berdebat.. lalala... =)

    BalasPadam
  6. emm..betul juga..sometimes teacher lagi kena fotostat kan macam2 x minta pun duit pelajar..;)

    BalasPadam
  7. xyah la sebut semua tu.. fed up dah.. pada semua org, kita adalah kaki tangan kerajaan yang terlebih bayar. jadi kita patut diberi lebih banyak keje dari sekarang..

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama