KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 6 Mei 2010

suntikan cervarex (sengal x abis lagi nih!)

huhu.. aku xtau, angle mana doktor tadi cucuk aku..
yang aku tau, punggung aku masih sengal lagi.. adoi!!!

pk hem dah pon hebahkan kat murid2 tentang suntikan kanser serviks. kerajaan akan menyuntik semua murid tingkatan 1 dengan suntikan pelalian bagi mencegah penyakit ini. cikgu yang jaga bahagian kesihatan, mula la mencari dalam internet maklumat tentang kanser serviks.

======================================

dapatan hasil carian memberitahu yang kanser serviks adalah disebabkan oleh virus human papilloma (HPV) . kaum lelaki merupakan pembawa kepada penyakit ini namun wanita yang menjadi penghidapnya (lelaki xde serviks)

dengan kata lain, jika seseorang itu tidak melakukan seks secara rambang dengan sesiap sahaja yang dia suka, insyaAllah dia selamat. dengan kata lain, sila check kesihatan pasangan anda sebelum kahwin. dan tolonglah hanya melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda yang sah sahaja.

======================================
apabila cikgu yang menjaga unit kesihatan ini membaca fakta ini, dia pun berkata, " apakah motifnya kerajaan nak menyuntik murid2 form 1 dengan suntikan imunisasi HPV itu? tindakan ini seperti menyokong gejala hubungan seks luar nikah yang makin menular sekarang ni. ye la.. budak2 dah tahu yang mereka dah diberi suntikan pelalian, jadi, mereka lebih berani la untuk melakukan hubungan seks sebelum nikah."

ada betul kata cikgu itu..

=========================================

aku sebenarnya, dah beli dah suntikan pelalian tu. pakcik aku yang tolong belikan ubat tu secara pukal sebab dia nak belikan untuk isteri dia. harga kos 1 dos suntikan itu adalah RM 170. dan setiap orang perlu disuntik dengan 3 dos suntikan. suntikan pertama, suntikan kedua selang sebulan kemudian dan suntikan ketiga selang 6 bulan kemudian..

huhu.. leceh kan?

suntikan pertama dan kedua aku dah ambil tahun lepas lagi masa raya dan sebulan kemudian. suntikan ketiga patutnya aku ambil masa birthday aku tapi aku dapat dos tu lambat. so, baru tadi la aku gi klinik.

masa nak cucuk aku, doktor memberitahu yang setelah mengambil pelalian, aku tetap perlu menjalani ujian pap smear setiap 3 tahun sekali (lepas dah kawin ye. kalau lom kawin, jangan gatal2 gi check. x pasal2 je karang)

ini kerana, para doktor pernah bertanya kepada wakil syarikat berapa lamakah jangkaan mereka yang ubat tu boleh memberi perlindungan kepada pengguna dan jawapan dari pengeluar ialah, "kami xboleh nak jamin berapa lama ubat ni boleh tahan"

lagipun, seperti juga virus H1N1, virus HPV ni pun boleh berubah strainnya. apakah jaminan yang suntikan itu boleh menangkis serangan segala jenis strain HPV? sekali lagi, tiada jawapan.. jadi, silalah jalani pap smear ye.. huhu..

tension betul aku mendengar kata2 doktor tu.. membazir betul duit aku RM510.. nape la x gitau awal2 dulu? x pasal2 aku dan famili aku dah beramai2 mengayakan company tu..

=======================================

soalan bodo dari aku...
1- kalau para doktor sudah maklum tentang hal ini, kenapa mereka tak bentangkan di peringkat kementerian?
2- kenapa menteri kesihatan (yg obviously bukan doktor) x memberitahu perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi?
3- kalau 1 kepala RM510, berapa agaknya kos untuk menyuntik semua murid perempuan form 1 dalam negara ni?

siyes, aku x membantah kalau benda ni betul2 berkesan. tapi, kalau penerima dos masih perlu menjalani ujian sama seperti mereka yang x terima suntikan, kan lebih baik kalau x amik langsung suntikan tu?

ok.. ok.. mencegah lebih baik dari merawat.. aku tau tu.

pergi bagitau dekat mereka2 yang yang suka lakukan seks sebelum kawin dan suka melakukan seks secara rambang. dorang xtau lagi kot?

4 ulasan:

  1. dah lama xkena cucuk punggung
    hehehe

    BalasPadam
  2. huhu... sengal weh!! antara 3 3 dos yang aku kena, ni yg paling sengal.. sepupu aku cucuk kat umah je.. xsengal camni pon..

    BalasPadam
  3. halo..bolehkah i tau u visit klinik mana satu?
    sebab i tau harga luar mahal~

    ziling_tal@hotmail.com

    ling

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya beli dgn pakcik saya. dia beli masa syarikat tgh promo pada hospital. klinik untuk cucuk sahaja.

      kalau x silap, pergi hospital kerajaan dpt suntikan ni percuma kan?

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama