2-3 menjak ni, hujan turun dengan lebatnye.. alhamdulillah!! rahmat untuk KL.. (walaupun aku sedikit confuse nape tayar keta aku x jugak bersih walaupun aku saje lalu kat air)
hujan yang agak lebat tu jugak telah membantutkan hasrat aku utk membeli bateri dan pengecas utk kak anita di pasar malam bandar baru ampang. bukan apa, peniaga dia melayu..
hari ini pun, hujan turun dengan agak lebat. dalam kehujanan tu, aku nampak seorang pakcik tekun mengayuh basikal aiskrimnya di persimpangan sebelum hospital gleneagles. kereta2 memotongnya di lampu trafik.. huhu..
aku meneruskan perjalanan ke pejabat mak (risda jalan ampang) menunggu mak beberapa ketika dan selepas itu pula menunggu angah.. dalam masa aku menunggu angah, sekali lagi, aku ternampak kelibat pakcik penjual aiskrim itu.. kali ini memasuki simpang risda itu..
gambar pau dari sini
itu bukan kali pertama aku berjumpa dengan pakcik aiskrim yang naik basikal. sebelum ni pon aku selalu nampak. selalunya aku terserempak dengan mereka di jelatek.. memikirkan betapa jauh pakcik itu mengayuh.. aku menjadi syahdu.. dah la dalam hujan lebat..
waktu tu aku hanya mampu berharap agar rezeki pakcik itu dimurahkan.. harap dimurahkan juga rezeki peniaga2 pasar malam tu...
gambar pau dari sini
patut la selalu terpecik air...
BalasPadamdah tau dah la kereta sapa yg slalu main air ni..
hhhehehhee
oopss!!! terkena kat ko ke? aish... kalau aku tau, aku lalu 2-3 kali.. =p
BalasPadam