bermula dengan writer's block (meminjam kata2 hadi mat nor) lepas tu berjangkit lak kepada sindrom xde mood. bukan takat xde mood nak update blog, nak buat soalan untuk exam pertengahan tahun tingkatan 4 (ouch! ini mengingatkan aku kepada soalan percubaan, soalan modul, minit mesyuarat dll... oh kerja!!)
bila aku dah xde mood nak buat keje, aku mula la segan nak update status di fb dan update blog. ye la.. apa lak org kata karang.. buat blog bole.. soalan x siap!! apa barang? aish!! (ok aku tipu! aku xde idea sebenarnya).
kedahsyatan xde mood utk buat soalan aku tu, aku ingat xkan berlarutan. tapi aku silap! kertas aku dijadualkan pada 20 Mei (ye, harini!) dan aku masih lagi belum menghantar soalan pada isnin lalu untuk diperbanyakkan.
menjelang selasa, aku sudah mula berkira2 untuk recycle sahaja soalan tahun lalu memandangkan aku mempunyai soft copy soalan2 lalu.. malangnya, aku mendapati segala soft copy telah aku tinggalkan di rumah. pendrive aku tiada soalan yang boleh digunakan..
hari rabu, aku berteleku barang 5 minit di hadapan komputer sekolah dengan harapan, ilham muncul.. nada!! aku dah kerisauan.. aku punggah meja aku mencari soalan2 lalu. form 5.. intervensi.. diagnostik.. percubaan.. tapah.. kelantan.. argh!!! mana paper aku?
akhirnya, aku bertemu dengan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 2008.. ah! lantak! bukannya budak aku budak yang sama kan? kalau ikutkan, aku boleh je set 1 soalan bagi setiap peperiksaan dan menggunakannya saban tahun tanpa sebarang perubahan. bukan budak tahu pun!
aku go through soalan tersebut. yes! sesuai! eh... jap! tauhu manis? aku cakap kat budak xyah study minuman! shoot!
aku pergi semula ke hadapan. menaip cover yang baru memandangkan cover yang lama mempunyai tanda tangan pn lim yang dah 2 thn pencen.. tah mcm mana, aku tertaip pula rangka soalan. eh? bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa?
tiba2, sampai lak masa utk ke kelas.. kalau dah ke kelas, terbengkalai la jawabnya. balik je dari kelas, aku capai kertas A4 dan gam, aku tampal bahagian yang terdapat tanda tangan pn lim dan juga tahun 2008.. perfect! tapi siyes, aku rasa diri aku sangat.. haih!!
============================================
peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 pemprosesan makanan selamat dijalankan. walaupun banyak tersilap taip (copy paste katakan) tapi, peperiksaan itu berjalan lancar.. mana tak nya, aku sendiri yang jaga.. hahah!
izinkan aku menikmati saat-saat kegemilangan aku jap! esok aku nak kena lunaskan hutang2 aku yang lain lak!
p/s: aku sangat kagum kalau ada orang baca entry ini hingga ke titik ini!
Cis, aku la yg baca sampai abis tu
BalasPadamhahaha.. jgn marah.. nape ko buang entry lama ko?
BalasPadam