KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 10 Julai 2011

Murtabak mi segera (aiceh.. tak nak bias kunun!!)

Bahan-bahan:
mi segera perisa kari 1 bungkus
telur 2-3 biji
bawang merah/besar (ikut suka)
air
minyak masak

Cara-cara:
1- Celur mi segera sampai kembang
2- Pecahkan telur. Masukkan bawang yang telah dicincang dan serbuk perencah kari. Kacau rata.
3- Masukkan mi yang kembang tadi ke dalam bancuhan. Kacau sebati
4- Goreng atas kuali leper.
gambar curi ye adik... sila lawati di SINI

* Ini adalah kaedah paling simple. Boleh ubah suai ikut sesuka hati.. Masuk apa suka pun boleh. Cuma, kalau benda tu lambat empuk (contoh: kentang, daging) sila masak siap-siap dulu. Takut dia tak masak pula nanti.
* Bawang tu wajib. Banyak atau sikit je
* Rasa, sila rasa sendiri ye. Terlebih atau terkurang garam adalah tanggungjawab anda.. =p
* Oh, kalau korang tere, buat la bentuk 4 segi. Tapi kalau dapat bentuk bulat pun takpe.. jangan rasa bersalah ok?
* Pengakuan ikhlas: Aku tengok kak mas buat je. Aku takkan buat. Aku kan tak makan bawang =p

5 ulasan:

  1. pergh kalau ada gambar makanan ni lg best :D

    BalasPadam
  2. haha.. freaky try buat.. pastu email gambar.. ok x? hehe

    BalasPadam
  3. Masa duduk rumah bujang dulu, kami gelarkan resepi ini, sebagai "Pizza Maggi":D

    BalasPadam
  4. hehe...piza megi.. idea menarik tuh.. nanti kami try buat piza megi betul2 k? hek3..

    BalasPadam
  5. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama