Haha.. ingat tak haritu aku dok promot homestay pakcik aku? betul tak ingat? Ok, klik SINI. Bagai la aku cakap.. tapi aku tak cakap plak rate dia.
Ye la.. bukan aku tokeinya, cane aku nak bagitau harga? tapi aku bantai gak hentam masa buat iklan kat Mudah.my.
Sudahnya, banyak la pembetulan yang Pak Ngah aku kena buat.. dan 1 hal lah pulak aku kena betulkan iklan kat mudah.my... huhuh
By the way, ini adalah rate yang telah difikrkan oleh pakcik aku. Aku rasa macam ok. Tapi kalau korang berkampung, sila la kawtim lagi k?
========================================================
Homestay Fatimah Azahara, Sungai Kong Kong
Harga sewaan
1- Rumah (Homestay) - RM100.00 / malam
** 1 bilik dengan queen bed. Di hall ada 1 katil single + 1 tilam tambahan. Nak tilam lagi? Bayaran tambahan RM10 dikenakan. Sesuai untuk 1 keluarga 4-6 orang
rumah |
2- Rakit (pangkin + tempat memancing - 8 jam) - RM50.00
rakit |
4- Bot cruise (20-30 minit, 4-6 orang) - RM25/pax
5- Sewa bot 60hp dengan pemandu untuk memancing - RM35.00 sejam
bot untuk cruise (60hp) |
6- Bot enjin 60hp + memancing di Pengerang / Pengelih (umpan, minyak dll disediakan. Sesuai untuk 4 orang. 11 jam) - RM400
7- Tempat tambat bot tanpa enjin - RM40.00 sebulan (termasuk upah buang air hujan)
8- Tempat tambat bot dengan enjin - RM80.00 sebulan
tempat tambat bot |
9- Pakej rumah 1 (1 malam)
Rumah + rakit + 1 x bot cruise (20-30min) - RM150.00
10 - Pakej rumah 2 (2malam)
Rumah + rakit + 1 x bot cruise (20-30min) - RM250.00
=========================================================
Bersusah payah aku edit benda alah ni.. silalah korang try homestay Pak Ngah aku ni.. terutamanya bagi mereka yang berada di belah selatan sana.
Hohoho.. nasib la aku jauh. kalau dekat, dah selamat aku jadi Kate Winslet kat bot Pak Ngah. hahahaha
Hohoho.. nasib la aku jauh. kalau dekat, dah selamat aku jadi Kate Winslet kat bot Pak Ngah. hahahaha
Insya Allah turn family kami weekend nie. Next week saya akan cuba review dalam blog saya... Terima aksih atas info nie.
BalasPadamhuk3... tq2... kalau ada pape yang perlu pembetulan, sila bagitau owner dia ye.. bia dia tambah baik homestay dia tuh.. hihihi
Padam