kenapa aku kata bidang pelajaran? well, nama pon kementerian pelajaran.. harus la bidang pelajaran kan? bukan pendidikan.. lagipun, kan ramai org kata, cikgu skrg mengajar je.. x mendidik.. betul x? ye la.. bila x jadi, semua salah cikgu. padahl, bape jam je sehari cikgu A mengadap murid B (maksud aku, secara spesifik la.. cikgu x masuk semua kelas tiap hari) berbanding dgn ibu bapa yg patut luang lebih masa dengan anak?
nope, aku x kondem mak bapak. kadang2 mak bapak dah buat sehabis baik. tp anak tetap buat perangai. kenapa? ada byk faktor. kehidupan yg sangat moden, kawan2, infrastruktur, tarikan sosial.. bla3.. ok.. aku xnak buat karangan kat sini. cukup la aku jawab karangan BM dulu..
my poin is, even mak ayah yg patutnya rapat dgn anak pon lom tentu leh bentuk anak dia ikut apa dia nak. apatah lagi cikgu? maksimum anak dalam 1 famili berapa org? 15? cikgu pulak ada berapa ramai anak murid? 150?(aku bertuah sebab murid aku thn ni 36 org je. tp mmg xde org kenal aku la.. huhu)
berbalik pada tajuk.. dilema2 bidang pelajaran hari ini..
1- guru tidak lagi mendidik, sekadar mengajar.
tolong beritahu aku, cane kami nak didik budak? peraturan terkini mengatakan, kalau murid tu pakai tudung, x boleh buka tudung murid tu (secara tertutupsekalipun) walaupun utk tujuan spot check. maka, kalau la bawah tudung budak tu ada love bite ke.. ada salib ke.. rambut hijau ke.. lantak la.ko nak tatu pon boleh.
dah la xde peraturan mewajibkan budak islam utk bertudung. sangat x paham la aku. kata islam agama rasmi. bukan suruh budak non muslim pon yg pakai. yup, belum tentu pun dorang baik kalau bertudung tapi sekurang2nya kita ajar dia.
guru juga xleh amik tindakan kat budak (budak dan ibu bapa sgt boleh laporkan pasal guru ok..) pukul? mmg haram terus la utk student pompuan. alasan.. tu dah mencabul hak mereka (ironiknya, makin byk la pulak kes mak bapak dera anak. paling best, generasi yg xleh dipukul ni la yang banyak membunuh org-buang bayi yang dia dah kandung 9 bulan). apa tindakan yg sekolah boleh buat? surat amaran.. panggil mak bapak (yg 80% xkan dtg pon) dah pastu paling hebat, buang sekolah (yg lepas tu budak leh mintak masuk balik sbb dia ada hak nk belajar-pdhal, konfem la ko kena buang sbb ko ponteng. xnak belaja)
pernah kwn aku, dibaling marker oleh budak. dia terlalu geram lagu mencekak kolar baju budak tu. apa yg budak tu kena dr pihak sekolah? amaran.. kawan aku pun kena amaran sbb dia x patut cekak baju budak tu.. yup, maybe kwn aku silap sbb cekak kolar budak tu. tp, kalau korang kat tempat dia, agak2 la org baling barang, adakah korang akan biar je? kalau biarkan, ko tggu je la esok lusa semua budak baling barang kat cikgu. xpuas hati sikit je campak barang..
hebat kan darjat cikgu?
bersambung........
p/s: aku tahu akan ada org bijak pandai yg akan kata guna la pendekatan lembut.. bla3.. aku suka org yg sangat ideal dan positif begini.. org2 seperti anda sangat digalakkan masuk dalam bidang pelajaran ni.. jangan lupa mintak KPLI dan DPLI tahun depan k.. oh,, kalau boleh DPLI la.. sebab masalah disiplin paling obvious di kalangan murid sekolah menengah (dah besor.. pengaruh banyak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama