saje aku asingkan ikut part.. kang korang pening lak.. yup, aku x semestinya betul. tp aku bagitau apa yg aku nampak. dan aku merupakan seorang guru di sekolah yang boleh dikatakan budak2nya boleh tahan baik (sekolah pompuan beb!)
masuk dilema yg lain plak..
2- sekolah-sekolah sekarang terlalu exam oriented
sedar x sejak bila perkara ni terjadi? xsedar.. hehe.. xpe.. sebenarnya perkara ni terjadi sejak ada pelbagai anugerah yang diberikan oleh KPM kepada sekolah2.. kalau anugerah je xpe sebenarnya.. bagus.. kira mcm bagi insentif.. baru la org bersemangat..
yang menjadi masalah ialah, bila sekolah dibeza2kan.. sekolah kluster la.. sekolah bestari la. sekolah harapan la. sekolah cemerlang la.. aku xtau ada bape banyak lagi anugerah utk sekolah. dan sekolah2 yg dapat tu, konfem la up namanya.. negeri mana yg dapat tu, konfem la up juga nama negerinya.. so, berlaku la persaingan antara jabatan. masing2 nk kata negeri aku best (sape yg x mcm tu kan? bagus sebenarnya tuh)
so, utk menjadikan negeri tu plg best, sekolah kena la best.. so, kalau sekolah nk best, result kena la best.. tolong betulkan aku kalau apa yg aku ckp td salah. betulkan. best kat sini bukan dari akademik je sebenarnya. dari segi koko pon ye jugak. (tu yg lagi serabut tu). x cukup dengan tu, mana2 negeri/ jabatan/ sekolah yg x perform, kena kondem lak. tu yg lagi menyebabkan sekolah2 kena struggle utk score (especially akademik la)
sudahnya, cane cikgu2 nk pastikan budak2 leh score? apa lagi? spot soalan.. analisis soalan apa selalu keluar. ajar budak2 lemah. biar walaupun dia xdpt semua, tp at least dia boleh jawab soalan tertentu. xde la fail. syllabus of course kena abis. exam bukan ikut sekolah kita je. 1 malaysia kan? err.. maksud aku.. berpusat.
apa yg aku bebelkan ni? yup.. mmg sekolah skrg agak exam oriented. mmg cikgu2 xsempat nk mendidik. mengajar je sbb nak budak score. tp sape yg buat benda tu jadi mcm tu? org2 yg kat atas tu la. kalau ko x tekan, org bawah ko xkan buat begitu. dah la makin lama makin bertambah syllabus.. tolong la.. kalau korang sahsiah yg baik, kurangkan sikit akademik tu (chup, aku x maksudkan xyah belajar byk2..) maksud aku ialah, kembali la ke asal.. aku tgk, apa yg adik aku belajar dlm bio tingkatan 4, sama mcm apa yg aku belajar masa kat matrik.. apa kes? perlu ke sampai begitu sekali syllabus tingkatan 4. dah gitu, cane kami nak tekankan kat budak2 jangan buang sampah.. hormat orang tua, jangan menjawab ikut suka tekak, jangan lupa solat.. (sebab pihak HEM xleh tahan budak utk bagi ceramah disiplin sbb tu dah ganggu waktu pelajaran)
p/s: yup.. sekolah tempat belajar. ada 2 aspek yg cuba diajar. akademik dan sahsiah. siyes, x terkejar korang kalau dua2 benda ni nak kejar serentak. dan kalau ikut islam, antara akademik dan sahsiah (akhlaq), sahsiah lagi penting. apa guna pandai tapi kejam kan? tapi nak buat camane.. kalau nak negara maju, mesti pandai dulu.. ye x? biar ada ramai org mcm profesor klon.. hahaha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama