3- peperiksaan
sekarang ni, kita ada peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. banyak ke?korang rasa camne? pada aku x banyak pon.. ala.. dulu korang pon amik gak.. terasa banyak ke? kalau x banyak, buat apa mansuh? baru la leh tau tahap kita takat mana..
pelaksanaan
aku xtau sgt mcm mana pemarkahan untuk UPSR (ada keje kursus atau x.. mcm mana pemarkahan) tapi aku tau la sikit2 pasal periksa PMR dan SPM. utk PMR dan SPM, peperiksaan bukan la 100% on paper.. murid ada diberi kerja kursus.. in case, kalau dia xperform on paper (ngaku la.. kadang2 nasib gak tu tiba2 leh score), at least, kita dah nampak, keadaan student tu yg real depan kita.
utk PMR, amik contoh KH. 40% markah dtg dari keje kurus yg murid buat dari form 1- form 3. so, budak kena la buat. kalau x, xde markah. masalahnya, budak xleh xde markah. masalahnya lagi, kalau masa tu dia dah form 3, tp markah form 1 dia xde, budak tu xleh buat semua keje kursus fom1 tu (dia mesti selesai dalam tahun semasa). so, cane nak bagi markah ek? adoi.. tu belum cerita budak yg suka ponteng. x pernah buat keje kursus.. padahal markah keje kursus mmg kena kumpul tiap tahun.. kalau x lengkap, naya la cikgu tu nanti. so, apa lagi yg cikgu tu boleh buat? haha.. ada sampai 1 tahap tu, bagi je budak tu tiru kerja kursus kawan dia.. yg lagi best, ada cikgu yg minta tolong kwn buat terus utk tolong kwn yg pemalas tu-terpaksa) sebab tu aku benci masa jadi pentaksir KH dulu. kena menipu utk tolong budak yg ntah layak ditolong atau x
so, tercapaikah objektif kerja kursus tu? aku xkan blame cikgu2 tu. korang pon jgn pandai2 blame. caye la.. cikgu tu dah buat mcm2 cara. dah xleh sgt, baru buat kaedah gitu. kalau korang bagus sgt, sila pastikan anak2 korang x timbulkan masalah begitu pada cikgu dia. cukup la suruh anak korang je. anak org lain xyah (walaupon keje cikgu2 ialah suruh anak2 org lain buat keje kursus dgn baik)
utk SPM lak, aku rasa lebih kurang sama je. mcm subjek aku, kalau nak lulus (paling teruk D la) pastikan ko buat semua amali. konfem D dalam SPM. tapi ada gak budak aku dapat E. nape? amali x cukup la tu. yup, aku mmg pemalas. tu salah aku.. aku dah kejar dorang.. hambat dorang.. buat kelas masa cuti.. tp kalau dia xdtg jugak, aku biar.. lantak ko.. SPM ko. aku dah lepas (itu yg aku dok ulang2 kat budak). malahan, aku la antara cikgu yg paling hebat sbb dengan hati keringnye, aku biar je budak2 aku xleh amik SPM sbb xcukup modul mengikut syarat layak amik SPM. (aku kejam? ye. tapi aku adil pada org lain. aku dah panggil budak tu dtg sekolah, dia xnak. dah mintak kawan2 dia pujuk, dia xnak. kalau aku menipu utk dorang, aku x adil pada budak lain yg buat dengan penuh perasaan. lagipun, tu tujuan pentaksiran kan? menilai budak bukan sekadar atas kertas)
kesimpulannya, idea pentaksiran melalui kerja kursus ni sangat bagus.. cuma aku rasa kurang sesuai utk peringkat budak2 ni. setakat utk mengajar dorang ok la. tapi kalau utk pentaksiran, lagi byk yg buruk dari baiknya. aku x rasa yg dorang ni dah bersedia. U lain.. kat U mereka dah matang.. mereka sedar mereka perlu buat betul2 tapi budak sekolah x. yg sedar, kelas depan je la.. kelas belakang? huhu.. last2 yg terbeban, cikgu2 gak. semata2 utk pastikan result ok
===================================================
post mortem (bedah siasat/tindakan selepas terhadap hasil)
setelah melalui pelbagai prosedur yg sangat susah, akhirnya keputusan budak keluar. ada yg dapat 8A (PMR) ada yg 8E.. yang ajaibnya, dua2 pelajar ni dpaat naik tingkatan 4. bezanya kelas je.. adoi.. agak2 la kan.. kalau budak tu dapat 8E, apa maknanya? bersediakah budak tu nak naik tingkatan 4?
tahun ni, aku dapat seorang pelajar yg dah 3 thn x sekolah (last dia sekolah masa darjah 6). boleh x korang bayangkan, budak yg dah x sekolah 3 thn tiba2 naik form 4? dah la dia ni x reti membaca. mujur baik budaknya.. laju buat keje.. poin aku ialah, budak ni x ready nk masuk form 4.. membaca pon xlepas, cane ko nk suruh dia belajar sains (dalam BI) pastu jawab exam?
1st time aritu aku tanda kertas 4% dgn 8% aku lak yang terasa nak meraung2.. tu baru aku yg hadap 2 org budak.. aku xtau la camne cikgu2 lain (yg ajar byk kelas) menghadap isu ni. nak suruh aku ajar membaca? hoho.. cannot.. habih budak tu karang.. aku ni ni baran.. kalau dorang tu 8 thn, aku tabah gak la.. tp dah 16 thn.. aku xleh sabar punya..
apa motif aku bebel2 nih?
gini la.. pada aku:
1- adakan peperiksaan selaras masa darjah 3, UPSR, PMR dan SPM (jadah ko! org nk mintak kurang, ko soh tambah)
2- kalau budak2 x pas semua paper dalam exam tu, jangan bagi dia naik kelas. ko ulang la sampai lulus (dan tolong la tetapkan standard yg tinggi sedikit utk bagi lulus. maksud aku, kalau x pas subjek dalam paper PMR, jangan bagi naik tingkatan 4)
3-kalau budak tu cerdik, bagi la dia lompat kelas (sekolah rendah la ni.. ada yg kecik2 lagi dah pandai kan?). takut dia bosan.tp bagi jugak dia pulang ke asal kalau dia rasa xleh bawa.. (pape hal, semua exam kena amik ok)
3- subjek agama sangat penting ok.. dari darjah 1 patut dah ajar pasal solat, puasa segala bagai.. akhlaq tu lagi 1..
ok la.. exam darjah 3 yg aku nak cadangkan tu adalah untuk pastikan budak2 tu lepas 3M. kselagi dia x lepas 3M, biar la dia ngulang.. at least, masa darjah 4, dia dah boleh membaca, menulis dan mengira.. soalan xyah la aras tinggi2.. tp mesti subjektif (sebab nk tengok dia menulis dan membaca). xnak soalan objektif.
yang masa UPSR tu, agak2 la dorang dah boleh buat karangan.. soalan matematik yg tinggi sikit arasnya.. pemerhatian terhadap sekeliling.. xyah soh buat eksperimen pon xpe.. cuma supaya mereka lebih peka.. masa ni la gak nak ajar mereka lisan kan?(pada aku, exam UPSR skrg dah ok)
kalau UPSR dia dah lepas, maknay pandai la budak tu.. boleh la ajar aras lagi tinggi.. dan seterusnya..
sebab, apa yg aku nampak ialah, kita ada peperiksaan. peperiksaan kita mmg bagus. standard la.. tp lepas tu, kita melakukan apa yg patut pada keputusan yg budak2 tu dapat.. kalau dah budak tu x pandai membaca, jangan bagi dia naik kelas. biar dia lepas, baru ajar peringkat seterusnya. malu? itu juga leh jadi motivasi..
ini x, x pandai baca pon bagi gak naik kelas. sudahnya sampai ke form5 x pandai membaca. yup, hasrat kerajaan semua belajar sampai SPM mmg la tercapai tp berkuliti x? ada nilai x sijil tu? (ala.. senang citer, kalau fail pon, ko tetap leh masuk kolej kan? yg penting duit)
lagi 1, tetapkan 1 standard piawai bagi keputusan peperiksaan. skrg ni kita gunakan graf normal utk tentukan pencapaian. ini adil bagi budak pada tahun semasa tetapi x adil jika nak banding dengan tahun2 lain sedangan kita nk org yg x merosot kebijaksanaan mereka. jadi, tetapkan standard. jangan asik ubah2 gred (tp sesuaikan jugak la dengan soalan)
kalau cadangan 1 dan 2 aku diikut, ini bermakna lebih banyak sekolah rendah perlu dibina. sekolah menengah xyah banyak2.. cikgu pon, lantik la secara berjemaah.. biar budak2 kecik ni dapat pendidikan yg cukup dari awal.
tu lagi 1 dasar kerajaan.. buat je dasar baru, xleh masuk mana2 kalau x pas BM. x malu ke, lahir kat malaysia tp xleh cakap BM? cait! aku rasa, kalau aku lahir kat jerman, aku dah leh cakap jerman dah skrg ni! aku bukan racist (aku nak belajar bahasa mandarin untuk paham apa budak aku umpatkan. hehe.. jeles tgk dorang citer mcm2 mcm aku kat taiwan lak!) cuma, kalau org tu xboleh nak bertutur dlm bahasa rasmi negara dia sendiri, nampak sangat dia x respek negara ni. bangla dengan indon pon boleh cakap bahasa kita. malu la sikit!
bersambung lagi... tapi nk tido dulu.. esok nak gi sekolah jugak..
p/s: mana pergi SPMV? nape la dimansuhkan. dah elok dah sangat dorang bezakan level SPM dan SPMV. at least, budak2 yg lemah tu boleh kuasai bahagian tertentu yg dorang wajib tahu.. xleh la nak samakan budak yg lemah dan bijak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama