KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 10 April 2011

Air mata

Seriously aku merupakan seorang yang sangat ketagih menonton tv. Menonton tv adalah antara hobi aku selain daripada tidur, makan dan online. Jadi, banyak juga la falsafah-falsafah yang aku ambil yang berasal dari drama atau cerita-cerita dalam tv ni.

Selain daripada drama tv, 1 lagi tempat yang aku selalu pau prinsipnya ialah buku cerita. Jadi, jangan la pelik kalau prinsip-prinsip aku sedikit jiwang/puitis dan macam pernah dibaca.. (heh)

So, hari ini aku nak bercerita pasal air mata.

Dalam 1 drama, (aku tak ingat drama apa tapi aku rasa Korea) ada 1 watak ni kata, kalau dia rasa nak menangis, dia akan berdiri atas tangan supaya air mata dia x mengalir ke luar.

Dalam 1 novel lak, orang tu kata, air mata gembira dengan air mata sedih berbeza (mesti lah kan?). Air mata kesedihan rasanya panas. kalau air mata gembira, rasanya sejuk sikit. 



Ni belum lagi aku kira cerita CSI yang kata kandungan garam dalam air mata sedih dan gembira adalah berbeza..

Soalan aku ialah:
1- Dalam situasi sebenar, boleh ke kita tahan air mata dari keluar? Kalau yang sikit-sikit tu boleh la.. Maksud aku, bila emosi dah tak tertahan

2- betul ke air mata kegembiraan tu sejuk sikit? Aku rasa, air mata aku macam panas je sentiasa.



7 ulasan:

  1. sket tu maybe bole tahan lg kot. kalo da sebak sangat tu, susah :)

    BalasPadam
  2. kan? hurmm.. malam tadi dah try menguap puas2.. air mata mengantuk rasanya sama dengan suhu badan.. kira sejuk la.. hehe

    BalasPadam
  3. Cite hindustan...selalu bikin nangis woooo...haha..

    BalasPadam
  4. Err..yg berdiri ats tgn tu..citer Meteor Garden, hehe!

    BalasPadam
  5. toke ubat: saya tak nangis tengok citer hindustan.. kecuali cite pasal gajah dulu.. hathi mere sathi

    Sallyx: eh? aku x ikut sangat citer tu.. tp mmg ada la part tu.. hehe.. tu cite feveret ko kan?

    BalasPadam
  6. sy nk komen, tapi banyak fakta sy lupe.. aci x?? masa sy amek kelas munakahat dulu mmg ustaz ade cakap pasal air mata sejuk-panas ni. rasulullah ke kawan dia xy x pasti ade ckp kalau kite nak kawinkan anak perempuan, tp anak perempuan x jawab, sebaliknye dia menangis, maka sentuh la air mata dia. kalau air mata dia panas maksudnye dai x happy dan x setuju.. tapi kalau air mata dia sejuk, maksudnye setuju la tu.. (ape la.. nak kongsi cite tapi x cukup maklumat la pulak.. huhu)

    BalasPadam
  7. wah.. maknanya betul la ni? huhu.. bangganya saya memberi maklumat yang betul..

    kalau air mata keliru cane?

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama