KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 24 April 2011

"Saya tak nak hipokrit.." itu katanya..

Baru-baru ni, aku mendekati seorang remaja. Sengaja aku menyakatnya selepas aku terdengar panggilan telefon dia dengan pakwenya. Aku bertanya di mana dia tinggal, di mana pula pakwenya tinggal, bagaimana mereka berjumpa dan lain-lain lagi.

Aku melihat remaja itu, dan melihat pula gambar pakwenya. Aku bertanya kepada gadis itu adakah hubungan mereka direstui oleh keluarga? Boleh dikatakan begitu. Namun, ada juga masalah lain dalam perhubungan mereka.

Gadis itu memberitahu yang keluarganya tidak suka pakwenye itu mewarnakan rambut. Apabila diberitahu kepada pakwenya agar tidak mewarnakan rambut terutamanya ketika berjumpa ibu bapanya (gadis), pakwenya berkata "Saya tak nak hipokrit". huhu.. macam klise je frasa tu kan?

Sebagai seorang skeptikal, aku pun menasihatkan budak itu agar menasihatkan pakwenya. Pada aku, jawapan yang diberikan oleh lelaki itu sangat dangkal. Pada aku, ada perbezaan yang sangat nyata antara menjadi seorang yang hipokrit dan cuba menyesuaikan diri. Pada aku, jika dia (lelaki itu) menghitamkan kembali rambutnya, dia bukanlah seorang yang hipokrit. Sebaliknya dia tlah menerima keluarga gadis itu (yang sangat nyata merupakan pakej yang dia akan perolehi jika dia berkahwin dengan gadis itu)

Sama juga dengan statement seorang artis jelita ni. Masa awal kemunculan dia dalam drama berbentuk keagamaan, aku sangat menggemari dia. Sehinggalah dia didapati pergi ke kelab malam dan dalam gambar tersebut, terdapat botol arak di mejanya. Aku paling tidak suka apabila artis wanita itu mengeluarkan kenyataan "Drama itu hanya lakonan sahaja. saya di luar adalah berbeza. takkanlah sebab lakonan, saya kena ubah diri saya" (lebih kurang gitu la. kalau aku silap, tolong betulkan) sekarang, aku dah tak berapa sukakan dia (walaupun dia masih jelita. haha)

Aku tak tahu apa maksud hipokrit yang sebenar. Tapi daripada penggunaan perkataan yang selalu aku dengar, aku rasa, maksudnya ialah seorang yang berpura-pura. Jadi, persoalan seterusnya ialah, adakah seorang yang memakai tudung tapi buat kejahatan adalah seorang yang hipokrit?

Hurmm... aku seorang yang bertudung. Dan aku akui, ramai lagi orang yang tak bertudung yang lebih baik daripada aku. Adakah kerana aku tak cukup baik, maka aku sepatutnya tanggalkan tudung aku? Tidak! Aku bertudung kerana itu suruhan agama. Sama juga dengan orang lain (contohnya, maaf, remaja yang bertudung tapi melakukan maksiat). Mereka bertudung kerana itu suruhan agama. Cuma, memang kelemahan kami kerana pakaian kami (tudung) tak berjaya menjaga kelakuan kami sepenuhnya. Tidak timbul persoalan hipokrit di situ.

Berubah kepada lebih baik agar diterima orang juga bukanlah menunjukkan anda seorang yang hipokrit. Sebaliknya dipanggil menyesuaikan diri dengan orang tersebut. Sebaliknya korang la yang hipokrit bila mengaku suka atau sayang seseorang sedangkan korang langsung tak nak berubah dan menyesuaikan diri korang dengan orang yang korang sayang tu.

Pendek kata, sebelum korang mengeluarkan kenyataan "Aku tak nak jadi hipokrit. Menjadi seseorang yang bukan aku sebenar" sila fikir betul-betul. Kaji betul-betul adakah hipokrit kalau menjadi lebih baik? Adakah hipokrit kalau korang melakukan benda yang betul?


Kepada remaja yang aku ceritakan di atas, akhir sekali aku telah nasihatkan dia agar mencari orang yang lebih baik untuk diri dan keluarganya. Pada aku, orang yang tak bersedia untuk berubah (ke arah lebih baik) untuk dirinya dan orang lain, bukanlah seseorang yang sesuai dijadikan teman hidup. Apatah lagi untuk menjadi ketua keluarga.

Warna la rambut dengan warna apa sekalipun. pakailah kanta lekap warna apa sekali pun. Kalau dah kulit sawo matang, hidung kembang, kau tetap melayu. Kau takkan dapat jadi Johnny Depp.

Kaler rambut dengan warna perang! Ptuihh!!

2 ulasan:

  1. Alasan yang sangat klise apa masalahnya kalau warna rambut kembali asal kerana perkara kecil pun hendak pertahankan tidak berbaloi betul.

    Bukan senang hendak menjadi diri sendiri kerana ada yang membuta tuli mengikut tanpa memahami tuntutan atau budaya

    BalasPadam
  2. yup.. dan sangat mementingkan diri sebenarnya.

    sepatutnya jangan warna rambut tu.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama