kisah ni sebenarnye patut jadi pengajaran untuk aku gak... kisah ni disampaikan oleh seorang ustaz masa bagi ceramah kat opis mak aku (kalau x silap la)
ada seorang lelaki..sangat la bengis a.k.a garang yang amat..semua orang dibentaknya xkira masa.. asalkan xkena dgn hatinya, dia pasti akan marah masa tu juga..lelaki ini mempunyai seorang isteri yang takutkannya. maklum la.. anytime kena je sepak terajang or paling kurang, dimarahinya.
pada suatu hari, lelaki ini rasa x sedap badan.. dia pon berjumpa dengan doktor utk membuat pemeriksaan. doktor menyerahkan botol kecil kepadanya,"encik, sila pergi ke bilik air ye? kami perlukan sampel air kencing"
"doktor ingat saya ni apa? bila2 masa boleh kencing? logik la sikit. dah saya x terasa nk kencing, xkan nak kencing!" bentak lelaki tu.
doktor yg ketakutan pon berkata," hurmm..xpe2.. encik bawa balik botol ni ke rumah. bila dah ada sampel, boleh la bawa semula ke sini."
mala itu, lelaki itu berjaya la mengumpulkan sampel yang diminta oleh doktor. disebbkan geli, dia pon biar je botol tu di bilik air(ye la..katne lagi kn?).
pada malam itu, isteri lelaki tersebut telah pergi ke tandas..isterinya terlanggar botol sampel tersebut. maka, tumpah la semua sampel tersebut.. disebabkan terlalu takut dimarahi suaminya, wanita itu telah menggantikan sampel suaminya itu dengan kencingnya sendiri..
keesokan harinya, lelaki tersebut membawa sampel itu kepada doktor...
"saya xtau camna nk bagitau encik..tapi kami dah periksa berkali2.. harap encik terima dengan tabah. kami dapati encik mengandung." kata doktor
terduduk lelaki tu bila mendengar kata2 doktor. doktor juga turut nasihatkan dia agar menjaga tempernye agar x menjejaskan kesihatannya dan bayi.
sejak dr itu, lelaki itu pon berubah.. dia menjadi seorang yg penyabar. saban hari dia mengusap perutnya yg buncit, berharap agar anaknya xjadi sepertinya...
isteri lelaki ini menjadi pelik. setelah mengetahui hal tersebut, dia bercadang untuk memberitahu perkara sebenar kepada suaminya tetapi dia takut..takut dimarahi..
lelaki itu pula, makin hari semakin sayangkan kanungannya. dia mula faham segala kesusahan isterinya.. dia menjadi suami yg lebih baik..
melihatkan suaminya yang semakin baik, si isteri bercadang utk berterus terang.. pada suatu hari, si isteri mengajak si suami utk berbincang
"abang...ada 1 benda penting yg saya nk beritahu." kata si isteri.
"apa dia?"
"sebenarnye, abang x mengandung.. ingat x sampel air kencing yg abang letak di bilik air? malam tu, saya tertumpahkan sampel tu..saya takut abang marah, jadi saya ganti
dengan air kencing saya.."
lelaki itu memandang isterinya dengan terkejut lalu berkata, "ha?!! nape awak x bagitau saya awal2? awk ni memang la x guna! awak tau x saya risau bagai nak rak..." dan lelaki itu menjadi pemarah semula..
moral:
1-lelaki, jgn jadi pemarah. nnti mengandung
2- klu aku jadi isteri dia, tobat aku x gitau sampai bila2...hampeh punya laki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama