KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Jumaat, 5 Mac 2010

kemarahan di hari jumaat 1

dah lama aku x marah orang.. malah, kat facebook, aku katakan yg hidup ini begitu ceria.. well, aku tetap tengking orang.. tu cara aku melaksanakan tugas. hehe!! tapi aku rasa hidup aku ceria sangat. xde masalah besar.. xde apa nk runsing..

tpi, lain lak jadinya pada hari yg menjadi penghulu hari nih.

bermula dengan seorang rakan sejawat aku.. hurmm.. dia adalah bendahari kelab guru.. hurmm.. yuran mahal giler.. rm200.. siyes aku malas nk bayar. dapat lak waktu tu, aku mmg sengkek.. even kereta aku yg perlukan perhatian pon aku terpaksa buat pekak sbb xde duit.

tapi last2 aku bayar gak, walaupun dengan hati yg panas. dengan gentle lagi, aku bayar full.. sebab aku dah malas nk pikir pasal yuran tu. pada dia, aku katakan, aku x salahkan dia, tapi aku mmg x puas hati dengan yuran tu..

tu kisah bulan lepas.. sekarang ni plak musim sukan. sebagai penolong ketua, aku diarahkan untuk kutip duit sumbangan sebanyak rm20 dari guru2 rumah sukan utk sponsor rumah merah (hidop bendahara!). dijadikan cerita, kawan aku yg menjadi bendahari kelab guru ni adalah guru rumah merah gak. so, aku kena minta duit dari dia gak la.

aku x jumpa dia before CNY, so aku sempat jumpa dia semalam. aku minta la duit tu dari dia. dia kata dia x bawa duit. esok la.

arini, dia datang bayar duit pada aku. ni perbualan kami:
dia: nak bayar duit bendahara
aku: ok..
dia: ha.. tengok.. cani la.. kita mudahkan tugas orang.
aku: akak, saya dah kutip dengan cikgu lain lagi awal tau.
dia: x la.. maksud akak, kita yg cari org utk bayar.. xyah la orang tu kena minta duit kat kita.
aku: akak, kira saya pon dah mudahkan akak la.. saya dah bayar habis, akk xyah lagi susah2 cari saya mintak bayar lepas ni. x cukup ke?
dia: tapi akak kena mintak banyak kali
aku: akak, tolong la jangan samakan.. akk minta saya rm200, saya minta rm 20. boleh x akak bezakan?
dia: tu bukan salah aku. tu salah cikgu2 semua sebab x bangkang
aku: sori.. kitorang dah bangkang dah masa dia kata rm250. yg rm200 tu, dia x bincang, akak tiba2 kutip.
dia: ada la tanya
aku: xde. saya dah tanya orang dah. dia mmg x bincang pon. (tangan aku dah mula naik dah.. tunjuk2 depan). tolong la.. jangn la samakan rm20 dengan rm200.. berbeza betul. kira ok la tu akk xyah minta lagi duit kat saya..

yup, aku kurang ajar.. mmg dah lama aku x naikkan suara kat rakan sejawat aku. tapi, siyes aku tension org mengungkit. bukan aku sorang yg liat bayar. sendiri mau ingat la.. ko mintak duit bape hb? konfem la masa tu lom gaji lagi. kira bersyukur la aku bayar habis.

aku tau aku salah. tapi aku xde kekuatan lagi nk minta maaf kat dia.sbb aku rasa dia pon ada saham. malah, masa aku tolong kawan aku, tangan aku masih menggigil tahan marah.

tapi, biasa la.. jap je aku marah.. pastu ok la.. cuma, aku lom lagi minta maaf kat akk tu sebab berkasar..

sori.. aku memang loud orgnye.

3 ulasan:

  1. Susah juga rupanya jadik Cikgu nih! Setiap Cikgu pegang macam-macam jawatan. Macam-macam konflik boleh terjadi.. semuanya pasal nak kutip duit :D

    BalasPadam
  2. eiiii kereknye akak tu... sekeh kang baru tau.. sape nama dia.. meh sy sekeh.. hahaha

    BalasPadam
  3. anif: huhu.. cikgu mmg biasa guna duit sendiri.. yg xthn tu, yuran kelab guru sampai rm200.. paling tinggi pernah kami buat.. ikut pengerusi, kalau leh nak rm250.. patut jaga kebajikan.. ni x, jadikan kami bank kumpul duit lak.. dah tau zaman meleset, patut xyah la buat program grand2..

    cik oryza: haha.. xpe.. kami sama2 kerek.. rasa bersalah gak kat dia.. tp nk gak geram sbb dia ungkit.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama