KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 30 Mei 2010

kelas math dengan cikgu Rahman..

tahun: 1997

masa prep, semua budak form 3 buat keje dengan penuh perasaan. budak 3M dengan 3S tengah beria buat latihan matematik yang cikgu Rahman bagi.. cikgu Rahman tu, nampak je kecik tapi x tau nape, rasa gerun lak dengan dia.. dia garang ke? tah. tak ingat. ataupun, kami beria nak memberi tanggapan yang baik terhadapnya.. huhu.. (kalau la budak sekarang ada niat nk buat camni..)

soalan senang je.. persamaan serentak.. masukkan atau gantikan je.. tapi, nape xdapat2 jawapan ek? dak 3M hantar wakil ke 3S untuk tanya jawapan.. lama gak nak dapat hasil.. 

lepas setengah jam, wakil 3M pulang ke kelas. "dapat!" kata wakil dengan tersenyum puas.. 1 kelas semua tiru jawapan. xpe.. cikgu Rahman pernah kata, "saya x kisah awk meniru.. sebab saya tahu, awak xkan tiru membabi buta kan? awak kalau tiru pun, mesti nak faham apa yang awak tiru.. betul x?"

masa tu, kami pegang kuat2 kata2 beliau.. siap study dulu la nape dapat jawapan gitu..
========================================

dalam kelas cikgu Rahman esoknya...

cikgu Rahman: ok.. awak dapat x jawapan untuk soalan 1?

budak 3M: hurmm.... dapat cikgu...

cikgu Rahman: kalau awak semua dapat, saya memang kagum! maknanya awak semua mmg hebat! lebih hebat dari saya. saya sengaja buat soalan no 1 tu xde jawapan. nak lemahkan semangat awak semua.. nak tengok, awak akan teruskan x buat kalau soalan no 1 pon dah fail.. tapi.. awak semua sangat hebat! saya sendiri xdapat jawapannya...

ye.. ada nada sindiran di situ.. 

uh..uh..ok cikgu.. kami jatuh dalam perangkap cikgu.. tapi kami siapkan semua latihan kami kan? =)

Sabtu, 29 Mei 2010

aku sekarang pendiam orangnya.. (sape sokong angkat tangan tinggi2 ok!)

masa aku kat maktab, aku pernah duduk sebilik dengan adik kepada senior aku masa sekolah. melalui adiknya, aku bertanya, "adakah abang awak kenal akak? akak 1 PBSM dengan dia"
xyah cari aku.. xdenye.. ni gambo budak2 MRSM serting. aku pau je

balik dari cuti semester, roommate aku memberitahu aku jawapan yg agak aku gembira mendengarnya (di sebelah hadapan ayat) dan sedikit segan (di bahagian belakng ayat). kenapa? kerana jawapannya berbunyi begini, " abang saya ingat lagi kata akak.. (bahagian yg aku suka) dia kata akak dengan kawan2 akak bising. suka buat kecoh masa perjumpaan" (errkk???)

baru2 ini, aku ditegur pula oleh seorang rakan dari zaman sekolah rendah. pada mulanya aku sedikit keliru siapakah dirinya. lepas aku tengok rakan bersama dia dan aku.. lepas aku tengok sekolah menengah dia.. dan setelah beberapa kali bermesej di fb, barulah aku ingat siapa dia. dia merupakan salah seorang budak lelaki yang kiut yang 1 kelas dengan aku kat sekolah agama.. (ok, aku tipu.. aku xberapa ingat sangat sebenarnya.. tapi aku buat2 ingat.. tapi mmg aku cam la sikit muka dia tu.. x berubah sangat dengan muka masa budak2.. wawawa - nazrin, ko jangan marah ha.. nanti cepat tua)

tiada aku atau nazrin di sini.. gambar ini pon dipau sahaja.. tapi kami dulu kain mmg kaler hijau. jap nazrin, ko pengawas ke? sampin pink eh?

tapi, setelah beberapa lama kawan dengan si nazrin ni, aku menjadi sedikit keliru. kenapa dia x add kawan2 sekolah aku yg lain? yang jauh lebih peramah daripada aku? siap ada sekali tu, dia boleh bagitau aku kedudukan aku dalam kelas kat sekolah agama (aku sendiri x berapa ingat kat mana aku duduk.. gilo!! 16 thn beb!) pernah gak la kan terpikir.. adakah dia ini sangat berminat dgn aku hingga begitu jelas sekali ingatan dia terhadap aku..?

ok.. jangkaan aku sangat meleset.. rupa2nya dia sangat ingat aku sebab di duduk di hadapan aku.. dan aku sangat bising (dia yang kata ok.. aku akan cuba dapatkan testimoni yang mengatakan aku seorang pendiam).. huhu.. 1st time ada orang lebih ingat aku dari zuriana (ye, aku mmg jeles dengan ko zuriana) dan alasan utk dia ingat aku adalah sangat x memberangsangkan! =p

rasanya, org yang kenal2 aku masa sekolah, mesti sangat bangga jika aku beritahu yang aku sangat berubah setelah melangkah ke alam pengajian tinggi. aku telah berubah menjadi seorang yang pendiam dan sangat low profile.. sangat low profile hinggakan orang yang mempunyai bapa angkat (pensyarah) yang sama dengan aku pon x sedar kewujudan aku. jujur, aku rasa kebanyakan rakan sekolej kediaman dan sefakulti x kenal siapakah noor rumaizah ni sebenarnya... xpe la.. aku pon bukannya bagus sangat dalam bab mengecam orang ni.

yup! aku pelajar UPM. dan aku berbangga dengannya. banyak yang aku dapat belajar kat sini walaupun 3 tahun je tempohnya.

ye, aku sangat pendiam sekarang.. terutamanya kepada rakan lelaki. maaf la kalau aku x approach korang kat kenduri ke apa.. aku skrg mmg sangat pendiam dan pemalu.. kawan pompuan insyaAllah ok.. tapi, jangan risau.. kalau korang tegur aku, insyaAllah, aku ni peramah orangnya..(ngeh.. mcm la dorang baca blog nih!)

cuma aku xleh nafikan.. reaksi aku kadang2 memang agak comical.. xleh nak ubah.

p/s: aku sendiri confuse nape ayat aku skema kali ni.. hurrmmm...

Selasa, 25 Mei 2010

don't speak - no doubt

tajuk: Don't Speak
artis: No Doubt

You and me
We used to be together
Everyday together always
I really feel
That I'm losing my best friend
I can't believe
This could be the end
It looks as though you're letting go
And if it's real
Well I don't want to know

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

Our memories
Well, they can be inviting
But some are altogether
Mighty frightening
As we die, both you and I
With my head in my hands
I sit and cry

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts

It's all ending
I gotta stop pretending who we are...
You and me I can see us dying...are we?

Don't speak
I know just what you're saying
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no)
Don't speak
I know what you're thinking
I don't need your reasons
Don't tell me cause it hurts
Don't tell me cause it hurts!
I know what you're saying
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak,
don't speak,
oh I know what you're thinking
And I don't need your reasons
I know you're good,
I know you're good,
I know you're real good
Oh, la la la la la la La la la la la la
Don't, Don't, uh-huh Hush, hush darlin'
Hush, hush darlin' Hush, hush
don't tell me tell me cause it hurts
Hush, hush darlin' Hush, hush darlin'
 Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts

gambar xde kena mengena.. cuma.. =(

Ahad, 23 Mei 2010

tag: hujung ke pangkal (haha!!!)

seperti biasa, tag ini diberi oleh pn. suhida.. tq ye puan.. 

peraturan dia senang je.. huruf yang berada di hujung jawapan korang, mestilah menjadi huruf pertama bagi jawapan untuk soalan yang seterusnya. (cth: kuala lumpuR - Rantai )utk menambah kehebatan tag ini, aku minta org2 yang buat lepas ni, sila insert gambar ye.. hehehe

1 - Tempat anda dilahirkan
Kuala Lumpur (ic 14 ok.. tp xtau jalan)


2 - Hadiah Pertama Yang Anda Terima
Rantai emas (caya x? caya x?)


3 - Buah Kegemaran Anda
Salak


4 - Haiwan yg anda benci
Komodo (sape x ngeri dengan komodo nih?)


5 - Suka makanan ini
 Oat (aku tipu.. tapi keperluan tag dipenuhi)


6 - Kalo shopping, mesti beli ini
 Tudung (sekali lg aku tipu.. x mesti..)


7 - Ada terdapat di sekolah
Gelanggang badminton


8 - Negera yang ingin anda lawati
New Zealand (ada orang tu kata, 'beautiful country')


9 - Anda suka kereta ini
 Daihatsu Terios


10 - Bila ada kelapangan, anda akan
Skodeng jiran yang hensem (ada x jiran yang hensem?)
(MAAF. GAGAL BERTEMU DENGAN GAMBAR YANG BERSOPAN)

=============================================

mangsa2 terpilih kali ini ialah:
cik oryza
jijan
mie (ko qadha kalau ko x buat sekarang pun)
saufi
safinah
uthe

p/s: terpaksa gak letak nama. kalau x letak, harem korang x buat! =p

Sabtu, 22 Mei 2010

cikgu x perlu ambil lesen.. yeay!!

yeay!!!

kak dila yang bagitau tadi.. pastu dengar sendiri kat dalam berita terkini pukul 4.00. menteri pendidikan sendiri yang cakap.. terima kasih TPM..
comel giler kan smiley ini?

huhu.. ramai gak yang singgah ke blog aku ni sebab isu tu.. wah!! lepas ni, kena la selalu2 aku tulis isu2 semasa gitu yek?  tengok la kalau rajin. aku ni bukan tere sangat ulas isu semasa. sebab tu x jadi wartawan atau guru BM. karangan pendapat pun mmg bukan kepakaran aku dari dulu.

sekali lagi, terima kasih TPM

minyak enjin apa yg best?

gambar amik kat forum KDI.

aku biasanya akan servis kereta aku kat autocare tyre service (ACT). suka g situ sbb dah biasa. agak mahal la.. standard ala2 gi pusat2 servis kereta yg rangkaian punya.. tp aku suka sbb dia simpan kita punya rekod servis.. lagipun, aku suka kat owner dia.. boleh lebih kurang. dulu masa musim aku langgar lubang sampai rim kemik (2 insiden ye) aku membetulkan rim aku kat dia je.. dia caj murah.. rm100. tempat lain kurang2 mintak rm120..

tapi kali ni, aku mcm nak minta tolong jiran aku tolong tukarkan minyak hitam aku. nape?
1) aku ada oil filter yang masih lom pakai
2) kereta aku dah lama xcuci.. aku xnak org2 bengkel tu tahu aku dah lama x cuci kereta. last time kereta tu dibasuh adalah masa aku servis kereta di situ.. lalala..

tapi aku ada masalah. masalah kecik je.. tapi nak gak jadikan masalah untuk aku fikirkan hari ini.. huhuhu. masalah aku ialah, apakah minyak enjin yang baik tapi murah untuk kereta aku? yang aku tau:
1- shell helix 3L (biasa org ACT tu pakai yg ni)
2- castrol (baca kat forum orang kata itu yang terbaik)
3- jenama NASA, eneos, motul..
4- yang terkini, ada orang kata boleh pakai minyak masak sebagai minyak enjin

uh..uh.. cane ek? mana yang terbaik? siyes.. jangan perli2.. aku ni kadang2 bendul sikit. org perli pon aku anggap tu jawapan sebenar (walaupun aku sendiri seorang yg kuat menyindir). aku ada la baca pasal minyak enjin ni tapi aku x berapa paham da.. heheh.. so, sila bantu aku yg x reti pape ini..

oh, pastu aku terbaca lak pasal nak jimat minyak guna ubat gegat.. isk.. mcm2 tul idea dorang nih..

p/s: aku pernah pakai oilyman.. dia ni mcm lancarkan enjin la.. aku x perasan sangat apa perbezaan dia sbb kereta aku cc kecik dan aku bukanla kaki rempit tapi kawan aku yg pakai kat satria dia kata, mmg ada beza dari segi pick up..

Jumaat, 21 Mei 2010

guru kena ambil lesen baru boleh mengajar? terbaek!!

dengar x berita tadi? ok.. biar aku gelak jap.. hahaha... ok.. korang dengar x berita td? guru2 mungkin perlu ambil lesen untuk bolehkan mereka mengajar... hahahaha.... giler kelakar...

aku x berapa ingat la ayat dia yg sebenar.. tp, lebih kurang la.. " para guru mungkin akan diwajibkan untuk mengambil peperiksaan bagi mendapatkan lesen sebelum mereka boleh mengajar. perkara ini sama la seperti doktor, dan akauntan yang perlu menduduki peperiksaan..."

===========================================
 1- terima kasih kerana mengangkat darjat pekerjaan guru begitu tinggi hingga kami disetarakan dengan doktor dan akauntan.. oh, bila pulak nak bagi gaji kami setara dengan mereka? xkan la kena amik exam je kot yg sama.. gaji pon nak la sama gak..

2- agak2nya la kan, berapa ramai cikgu2 kat malaysia ni ek yg ko nak suruh amik exam tu? berbaloikah korang menghabiskan duit semata2 utk mereka 1 lagi paper? x cukup ke korang habiskan duit untuk tujuan pentaksiran murid sampai cikgu pon ko nak taksir?

3- agak2, soalan nak dapatkan lesen tu nanti, lebih kurang x dengan soalan PTK paper khusus? kalau sama, apa relevannya ko nak buat lagi 1 set paper yang sama tapi sekadar tukar cover?

4- agak2 lagi, kalau cikgu tu x pas, apa ko nak buat? terminate dia? pastu? lantik cikgu baru? hahah.. pikir balik.. skrg ni pon, ko xde duit nak serapkan semua graduan pendidikan ke sekolah2.. padahal  terang2 la sekolah semua x cukup cikgu.. apa tah lagi nk terminate org pastu nak interview lagi.. pastu nk buat exam lagi.. pastu tapis lagi.. hahaha.. korang mmg comel!

5- camane kalau ada antara cikgu yg x lepas tu merupakan guru yg korang dah bagi title Guru Cemerlang? apa jadik kat dorang? nak buang ke? xkan kot.. cemerlang tu.. tu dah namanya korang xpandai buat penilaian. isk.. isk..

6- exam.. err.. bukan sebelum korang amik dia keje dulu, korang dah interview dorang at least 2 kali ke? kalau buat interview face to face pon korang leh tersilap pilih.. apa jaminan yg exam atas kertas tu akan bagi hasil yg lagi baik?
========================================

wahai timbalan menteri pelajaran.. dan semua menteri sekalian.. sekali2 bawa2 la berbincang dulu dengan org bawahan sebelum bagi idea yg sgt hebat.. bukan apa.. korang tu bukan pernah pon jadi cikgu ni.. tah korang tahu ke x cane keje kami ni? tahu x? tahu x yg kami payah benor nak claim milage tiap kali kami diarah ke mana2?

aku akui.. mmg byk sgt korang berhabis utk bidang pendidikan.. mula2 dulu masa nak jadikan semua rakyat malaysia ni pandai BI (PPSMI) sampai terlupa la pulak patutnya, bagi la dorang pandai 3M baru pandai speaking.. ko rombak segala buku.. cetak buku baru.. pergh!! terbaek!!

pastu korang mansuhkan lak yuran SPM sampaikan budak2 suka hati je xnak dtg SPM. mak bapak pun x kisah.. paper free beb! lantak la.. pastu mansuhkan yuran plak.. sampai sekolah lak kena cari idea mana nk cari duit utk beli kertas segala bagai.. padahal, bukan x boleh.. ko caj la yuran pada yg mampu, yg x mampu, ko bagi la bantuan.. adeh.. sistem dah elok, nak ubah.. konon nak sama dengan AS la tu! gedik! =p

dan sekarang, ko nak buat exam lak untuk cikgu2.. haha.. korang mmg pentingkan bidang pendidikan.. cuma, aku x sure dari sudut mana.. atau xsure adakah itu yg terbaik yg korang (yg x pernah jadi cikgu) leh pikirkan atau sekadar tindakan refleks sbb dicucuk oleh org ramai..


p/s: kalau aku xlayak dapat lesen mengajar tu kan, dan terpaksa dihentikan, sape nak ajar MPV kat sekolah aku? mesti budak 2 tu hepi sebab xde lagi cikgu yang suka jerit dan pukul dorang.. aku lak la yang mati kutu kalau gini.. aish!!!

tag - update diri anda..

tag ini aku dapat dari fazdarazat (su) n cik oryza.. huhu.. try la.. tapi jawapan aku adalah skema.. terima je ye..


1- Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
marah masa tu gak. tp dia xde kat situ kan? haha.. tah, biasanya aku cool je (ok, aku x pernah kena tikam)

2- 6 orang di hati anda?
 6 terlalu sedikit. famili aku je dah 5.. atuk nenek aku lagi.. pakcik dan makcik aku lagi.. budak2 aku yg sengal tu lagi.. kawan2..

3- Anda rasa anda comel?
ye. sheila suruh aku konfiden.. haha.. ok.. aku tipu. aku x comel

4- Single or taken?
single. sila kenalkan saya kepada rakan2 anda ye

5- Blog yang anda suka?
huhuhu.. byk.. terutamanya yg aku link...

6- Adakah bilik anda kemas setiap hari?
yup.. belah org lain.

7- Lagu terakhir yang anda dengar?
tgh dgr MP3.. skrg lagu Mungkin Nanti

8- Last text message?
tah.. dari maxis.. pasal rasionalisasikan subsidi? apa tah.

9- Last phone call?
ptg tadi.. org tu nak suruh aku test kesihatan tp aku tgh drive.. suruh call balik, dia x call lak.. kecewa!

10- Hari terakhir anda menangis?
baru kejap tadi

11- List lima color favorite anda?
aku ni tamak.. leh x jangan kedekut sangat? aku suka semua yang cantik

12- Orang terakhir anda ber-YM?
en. saufi

13- Game paling anda suka?
freecell

14- Anda minat MCR?
su kata my chemical romance.. tak

15- Apa perasaan anda jawab tag ni?
perasaan berbunga2 riang.. =) tq..

Tag lagi 10 orang
mie, saufi, jijan dan 7 orang lain.. sape yg baca, sila buat ok?


mcm ni la keadaan aku

Khamis, 20 Mei 2010

bila hujan lebat 2

2-3 menjak ni, hujan turun dengan lebatnye.. alhamdulillah!! rahmat untuk KL.. (walaupun aku sedikit confuse nape tayar keta aku x jugak bersih walaupun aku saje lalu kat air)

hujan yang agak lebat tu jugak telah membantutkan hasrat aku utk membeli bateri dan pengecas utk kak anita di pasar malam bandar baru ampang. bukan apa, peniaga dia melayu.. 

hari ini pun, hujan turun dengan agak lebat. dalam kehujanan tu, aku nampak seorang pakcik tekun mengayuh basikal aiskrimnya di persimpangan sebelum hospital gleneagles. kereta2 memotongnya di lampu trafik.. huhu.. 

aku meneruskan perjalanan ke pejabat mak (risda jalan ampang) menunggu mak beberapa ketika dan selepas itu pula menunggu angah.. dalam masa aku menunggu angah, sekali lagi, aku ternampak kelibat pakcik penjual aiskrim itu.. kali ini memasuki simpang risda itu..
gambar pau dari sini


itu bukan kali pertama aku berjumpa dengan pakcik aiskrim yang naik basikal. sebelum ni pon aku selalu nampak. selalunya aku terserempak dengan mereka di jelatek.. memikirkan betapa jauh pakcik itu mengayuh.. aku menjadi syahdu.. dah la dalam hujan lebat..

waktu tu aku hanya mampu berharap agar rezeki pakcik itu dimurahkan.. harap dimurahkan juga rezeki peniaga2 pasar malam tu...
gambar pau dari sini

dilema tiada idea

bermula dengan writer's block (meminjam kata2 hadi mat nor) lepas tu berjangkit lak kepada sindrom xde mood. bukan takat xde mood nak update blog, nak buat soalan untuk exam pertengahan tahun tingkatan 4 (ouch! ini mengingatkan aku kepada soalan percubaan, soalan modul, minit mesyuarat dll... oh kerja!!)

bila aku dah xde mood nak buat keje, aku mula la segan nak update status di fb dan update blog. ye la.. apa lak org kata karang.. buat blog bole.. soalan x siap!! apa barang? aish!! (ok aku tipu! aku xde idea sebenarnya). 

kedahsyatan xde mood utk buat soalan aku tu, aku ingat xkan berlarutan. tapi aku silap! kertas aku dijadualkan pada 20 Mei (ye, harini!) dan aku masih lagi belum menghantar soalan pada isnin lalu untuk diperbanyakkan. 

menjelang selasa, aku sudah mula berkira2 untuk recycle sahaja soalan tahun lalu memandangkan aku mempunyai soft copy soalan2 lalu.. malangnya, aku mendapati segala soft copy telah aku tinggalkan di rumah. pendrive aku tiada soalan yang boleh digunakan..

hari rabu, aku berteleku barang 5 minit di hadapan komputer sekolah dengan harapan, ilham muncul.. nada!! aku dah kerisauan.. aku punggah meja aku mencari soalan2 lalu. form 5.. intervensi.. diagnostik.. percubaan.. tapah.. kelantan.. argh!!! mana paper aku?

akhirnya, aku bertemu dengan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 2008.. ah! lantak! bukannya budak aku budak yang sama kan? kalau ikutkan, aku boleh je set 1 soalan bagi setiap peperiksaan dan menggunakannya saban tahun tanpa sebarang perubahan. bukan budak tahu pun!

aku go through soalan tersebut. yes! sesuai! eh... jap! tauhu manis? aku cakap kat budak xyah study minuman! shoot! 

aku pergi semula ke hadapan. menaip cover yang baru memandangkan cover yang lama mempunyai tanda tangan pn lim yang dah 2 thn pencen.. tah mcm mana, aku tertaip pula rangka soalan. eh? bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa?

tiba2, sampai lak masa utk ke kelas.. kalau dah ke kelas, terbengkalai la jawabnya. balik je dari kelas, aku capai kertas A4 dan gam, aku tampal bahagian yang terdapat tanda tangan pn lim dan juga tahun 2008.. perfect! tapi siyes, aku rasa diri aku sangat.. haih!!

============================================

peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 4 pemprosesan makanan selamat dijalankan. walaupun banyak tersilap taip (copy paste katakan) tapi, peperiksaan itu berjalan lancar.. mana tak nya, aku sendiri yang jaga.. hahah!

izinkan aku menikmati saat-saat kegemilangan aku jap! esok aku nak kena lunaskan hutang2 aku yang lain lak!

p/s: aku sangat kagum kalau ada orang baca entry ini hingga ke titik ini!

Ahad, 16 Mei 2010

gotta tell you

xde pape.. cuma aku sgt suka lagu ni..

TAJUK: GOTTA TELL YOU
PENYANYI: SAMANTHA MUMBA

Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Your love for me came as a waterfall
Flowing inside me like never before
Your love for me, something I didn't see
But baby, I know better now
When you walked in the room that very night
A special feeling just burst inside
THERE was only you, nobody else
But baby, I know better now

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight

Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

And now you're back inside my house again
I'm trying deeply to explain
'Cause baby, I wanna get it on
And baby, you're the one for me (woah, woah, woah)
And now that I have got you all alone
After all this talking on the phone
I should be strong
There's nothing wrong
I'll tell you this is where you belong (Where you belong)

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
Don't wanna love you if you don't love me (If you don't love me)
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight

THERE was just something in your eyes
That made me realize
Now I hear voices deep inside
Telling me, telling me it's you and I

Don't wanna love you if you don't love me
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight
Don't wanna love you if you don't love me (If you don't love me)
Don't wanna need you when you won't need me too
Don't wanna tell you this now
But it wouldn't be right if I (If I)
Didn't tell you this tonight

Khamis, 13 Mei 2010

sekadar bertanya.. (mode: tengah biru-biru)

1- anda sangat menyayangi seseorang itu hingga anda berharap, jika ajal yang memisahkan, biarlah..
a) anda yang pergi dahulu
b) dia yang pergi dahulu
kenapa?

2- jika anda ditakdirkan untuk berpisah dengan orang yang anda kasihi.. anda lebih rela untuk berpisah:
a) hidup
b) mati
kenapa?

3- jika anda berpisah hidup dengannya, anda lebih rela jika:
a) anda tinggalkan dia
b) dia tinggalkan anda
kenapa?

4- jika anda berpisah mati dengannya.. anda lebih rela jika kematiannya adalah:
a) pantas/ mengejut (contoh: kemalangan)
b) perlahan (sakit untuk sesuatu tempoh)
kenapa?

================================================

gambar dipau dari sini

bukan hendak mempertikaikan apa yang sudah ditetapkan olehNya untuk setiap kita. sekadar bertanya. ye, aku mmg selalu terfikirkan soalan yang pelik2..

teringat kat Ise... tolong sedekah al-fatihah padanya.. sedekahkan juga kepada semua umat terdahulu yang telah mengadapNya.. sedekahkan juga untukku..

Ahad, 9 Mei 2010

tag - huruf pertama pada nama blogger anda

aku telah mengepau tag ini dari blog mie (M) dan blog rye (R).. gi la check kat blog dorang kalau korang jumpa. kenapa aku pau dai dorang? sebab aku nak buat pastu nak pas kat pn suhida. pembekal utama tag kat aku.. hahaha...

oh.. tag ini asalannya adalah dalam bahasa inggeris tapi aku dah ubah ke bahasa malaysia (sebab aku x tere BI). kalau nak yang BI gi kat blog mereka berdua tadi..

x nak bebel panjang ( ye la tu) terus jawab tag..

=========================================================
syarat:
1- mesti menggunakan huruf pertama dari nama blog anda.. (B- sekarang aku menyesal pakai nick ni)
2- jawapan x boleh berulang (aku makin menyesal)

1. nama anda : brat2104
2. perkataan 4 huruf : basi
3. nama budak laki : bob
4. nama budak perempuan : bedah
5. pekerjaan : berniaga
6. warna : biru
7. sesuatu yang anda pakai : baju (hehe)
8. makanan :beriyani ayam..
9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas : berus gigi
10. tempat : bera
11. alasan bila terlewat : bas rosak
12. sesuatu yang anda jeritkan : b*** ar ko!
13. tajuk filem : bohsia (jangan pilih jalan hitam)
14. minuman : barli ada lagi satu...  barbican (huhu.. cari la ye apa bendanya..)
15. kumpulan muzik : bunkface
16. haiwan : beruk
17. nama jalan : bukit bintang
18. jenis kereta : bentley

aku yakin korang sangat bangga dengan jawapan aku... hahah.. aku cari jawapan kat google ok..
================================================

oh, manusia yang bertuah dapat tag ini ialah:

pn suhida
jijan
safinah
cik oryza
uthe
faizah
kerplunk
farhan

buat.. jangan x buat!!

Sabtu, 8 Mei 2010

sampai berpinar mata! (tolong!! warna apa sesuai?)


uh..uh..

seseorang menegur aku di shoutbox.. katanya, layout aku yang berwarna hitam membuatkan mata pembaca berpinar2..

baca je komen tu, terus aku baca main body blog aku aku (entry).. aah le.. mmg sedikit berpinar.. aku ingatkan selama ni, ini disebabkan oleh kerabunan aku... huhu..

nape xde org tegur selama ni? aish... terima kasih encik guest..

masalahnya, aku siyes xnak cri layout lain.. seksa woo nak jadikan layout ni mcm sekarang.. nak masukkan widget, nak adjust saiz, nak buat tab kat atas tu.. (tolong consider bahawa aku bukan la seorang yang IT savvy)

so, bagi la cadangan apa yg harus aku buat.
1- tukar kaler layout? warna apa?
2- tukar kaler font? kaler apa?
3- tukar layout terus? ok.. sape nak buatkan?

oh, tolong la respon. untuk kebaikan mata kita semua bersama!

tag: A -Z (ni betul2 pomot diri. jangan baca kalau x larat)

huhu.. macam biasa.. puan suhida telah mengetag aku.. nampak macam payah je. maklumla.. BM aku bukan la hebat sangat (BI pun hampeh. jadi entry ini adalah dalam BM ok!)

tugasannya mudah sahaja (tp aku tetap xleh buat dengan begitu jaya) iaitu, buat satu entry menggunakan kesemua huruf A-Z sebagai huruf permulaan..

pn. suhida telah berjaya menghasilkan sebuah karangan yang bermakna menggunakan huruf2 ini.. x caye, leh gi baca kat sini. aku x rasa aku leh buat gitu. so, tengok la apa yang bakal jadi ye

so, apa kata, jom kita mulakan!


A - aku anak sulung
B - bercelaru sokmo!
C - cuba menjadi insan yang lebih baik (tapi susah giler!!)
D - duduk dengan mak ayah lagi
E - emak!!! selamat hari ibu!!!
F - fotogenik bukan kelebihan aku
G - gerun tapi sangat suka pada kelajuan dan ketinggian
H - hujung minggu sering ku nanti2.. nak tido puas2.. (nak menuntut ilmu x?)
I - ingat lupa2 orangnya (lebih selalu lupa dari ingat. xcaye, tanya la kawan kat sekolah. apa benda yg aku x lupa? xde.. lalala)
J - join wataniah masa muda (tapi malas gi latihan)
K - kuda haiwan yg sangat aku minati.. (nampak gagah.. oh kuda!!)
M - makan hobi utama. tapi malas menang lagi.. (aku sanggup x makan kalau barisan ambil makanan panjang)
N - nasi satu kemestian (perut melayu. harap maaf. 1 hari at least 1 kali)
O - orang semua takut dengan aku (sebab aku garang gile!)
P - pantai dan air tejun tempat feveret aku (oh, tapi harus la org yg pergi bersama aku nak mandi. kalau xnak, baik gi cameron je!)
Q - que haidar aku x minat sangat (tp dia mmg iras Allahyarham sudirman kan?)
R - rasa mcm nak makan sesuatu yang sedikit mahal dari biasa..
S - sangat suka melihat sesuatu yang comel
T - tak minat siti nur haliza (haha!!)
U - ular sangat la aku geli dan ngeri.. (euuww!!)
V - van adalah kenderaan ke sekolah masa kecik (sekarang pakcik malek adalah tokei bas sekolah.. hidup pakcik malek!)
W - walaupun aku ni teruk, aku rasa, aku tetap ada sikit kebaikan.. (harus la kan?xkan xde la langsung kot?)
X - x-ray aku pernah direjek sebab aku lupa nak tanggalkan rantai. (ada imej love.. hehe)
Y - ye, aku memang sengal
Z - zirafah adalah haiwan yang 900% (at least kot) lebih tinggi dari aku.. (benci!)

========================================

pergh!!! kalau korang menyampah dengan entry promot diri sendiri dan masih membaca entry ni, aku yakin korang tengah muntah darah sekarang.. hahaha!!! tu la.. dah kata jangan baca kalau x mampu.. nape baca gak?

oh, manusia malang yang mendapat tag susah ini ialah:
mie
jijan
safinah
cik oryza
uthe
rye
faizah
kerplunk
farhan

buat.. jangan x buat!!

Khamis, 6 Mei 2010

suntikan cervarex (sengal x abis lagi nih!)

huhu.. aku xtau, angle mana doktor tadi cucuk aku..
yang aku tau, punggung aku masih sengal lagi.. adoi!!!

pk hem dah pon hebahkan kat murid2 tentang suntikan kanser serviks. kerajaan akan menyuntik semua murid tingkatan 1 dengan suntikan pelalian bagi mencegah penyakit ini. cikgu yang jaga bahagian kesihatan, mula la mencari dalam internet maklumat tentang kanser serviks.

======================================

dapatan hasil carian memberitahu yang kanser serviks adalah disebabkan oleh virus human papilloma (HPV) . kaum lelaki merupakan pembawa kepada penyakit ini namun wanita yang menjadi penghidapnya (lelaki xde serviks)

dengan kata lain, jika seseorang itu tidak melakukan seks secara rambang dengan sesiap sahaja yang dia suka, insyaAllah dia selamat. dengan kata lain, sila check kesihatan pasangan anda sebelum kahwin. dan tolonglah hanya melakukan hubungan kelamin dengan pasangan anda yang sah sahaja.

======================================
apabila cikgu yang menjaga unit kesihatan ini membaca fakta ini, dia pun berkata, " apakah motifnya kerajaan nak menyuntik murid2 form 1 dengan suntikan imunisasi HPV itu? tindakan ini seperti menyokong gejala hubungan seks luar nikah yang makin menular sekarang ni. ye la.. budak2 dah tahu yang mereka dah diberi suntikan pelalian, jadi, mereka lebih berani la untuk melakukan hubungan seks sebelum nikah."

ada betul kata cikgu itu..

=========================================

aku sebenarnya, dah beli dah suntikan pelalian tu. pakcik aku yang tolong belikan ubat tu secara pukal sebab dia nak belikan untuk isteri dia. harga kos 1 dos suntikan itu adalah RM 170. dan setiap orang perlu disuntik dengan 3 dos suntikan. suntikan pertama, suntikan kedua selang sebulan kemudian dan suntikan ketiga selang 6 bulan kemudian..

huhu.. leceh kan?

suntikan pertama dan kedua aku dah ambil tahun lepas lagi masa raya dan sebulan kemudian. suntikan ketiga patutnya aku ambil masa birthday aku tapi aku dapat dos tu lambat. so, baru tadi la aku gi klinik.

masa nak cucuk aku, doktor memberitahu yang setelah mengambil pelalian, aku tetap perlu menjalani ujian pap smear setiap 3 tahun sekali (lepas dah kawin ye. kalau lom kawin, jangan gatal2 gi check. x pasal2 je karang)

ini kerana, para doktor pernah bertanya kepada wakil syarikat berapa lamakah jangkaan mereka yang ubat tu boleh memberi perlindungan kepada pengguna dan jawapan dari pengeluar ialah, "kami xboleh nak jamin berapa lama ubat ni boleh tahan"

lagipun, seperti juga virus H1N1, virus HPV ni pun boleh berubah strainnya. apakah jaminan yang suntikan itu boleh menangkis serangan segala jenis strain HPV? sekali lagi, tiada jawapan.. jadi, silalah jalani pap smear ye.. huhu..

tension betul aku mendengar kata2 doktor tu.. membazir betul duit aku RM510.. nape la x gitau awal2 dulu? x pasal2 aku dan famili aku dah beramai2 mengayakan company tu..

=======================================

soalan bodo dari aku...
1- kalau para doktor sudah maklum tentang hal ini, kenapa mereka tak bentangkan di peringkat kementerian?
2- kenapa menteri kesihatan (yg obviously bukan doktor) x memberitahu perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi?
3- kalau 1 kepala RM510, berapa agaknya kos untuk menyuntik semua murid perempuan form 1 dalam negara ni?

siyes, aku x membantah kalau benda ni betul2 berkesan. tapi, kalau penerima dos masih perlu menjalani ujian sama seperti mereka yang x terima suntikan, kan lebih baik kalau x amik langsung suntikan tu?

ok.. ok.. mencegah lebih baik dari merawat.. aku tau tu.

pergi bagitau dekat mereka2 yang yang suka lakukan seks sebelum kawin dan suka melakukan seks secara rambang. dorang xtau lagi kot?

Selasa, 4 Mei 2010

bila hujan lebat..


semalam petang hujan lebat.. lebat sangat.. buatkan aku terkenangkan nasib si pejalan kaki dan si pengguna bas..

sampai kat bandar baru ampang, masa kat lampu isyarat, aku nampak seorang lelaki, berlari2 anak berpayungkan beg bimbitnya menuju ke arah sebuah kereta yg sedang berhenti di lampu isyarat. mula2 aku ingatkan, dia sedang bercakap dengan kawan di tapi aku terfikir, nape kawan dia x ajak sembang dalam kereta? sungguh x bertimbang rasa kawan dia itu..

tapi, bila aku proses lagi, baru aku terfikir yang mungkin orang tu nak minta tumpang ke mana-mana.. tekaan aku makin kuat apabila, lelaki tu patah balik ke perhentian bas. lepas tu, dia pergi semula ke arah kereta lain. mungkin, mencuba nasib untuk minta tumpang.

hurmm.. macam2 yang bermain kat fikiran aku masa tu.. aku terfikir, nape la orang2 yang ditanya tu x bagi tumpang? apa salahnya tolong orang? aku teringat balik masa aku tercicir beg duit dulu. kalau la xde orang sudi nak tolong aku, tah apa jadi kat aku masa tu. sian orang tu..

pastu, aku terpikir lak. adakah aku akan tolong orang tu? ikut hati, mmg la nak tolong... tapi, aku takut lak nak tumpangkan orang laki x tentu hala.. takut lain lak yang jadi. mana tau kena samun ke..

ah.. payah tul. dah terfikir nak buat baik, terfikir lak benda2 yang menakutkan. aku rasa, sebab tu la orang fikir banyak kali sebelum nak buat baik membantu orang lain.

berbalik kepada orang tadi yang cuba nak menumpang kereta orang.. sampai masa lampu aku dah bertukar hijau, dia masih lagi gagal menumpang kereta.. aku cuba mengintai dari tingkap kereta aku. tapi xnampak rupanya..

aku cuma berharap, biarlah dia seorang lelaki yang muda dan sihat serta berduit. ye, itu la yang aku harap. sekadar untuk menyedapkan hati aku sebab aku dah x mampu nak tolong dia..

harap2, biarlah dia lelaki muda yang sihat dan berkemampuan untuk naik teksi ye? maaf kerana x dapat membantu.. hurmm...