ok.. ni adalah laporan lepas aku gi berbuka beramai2 di restoran intai2 kat mrr2..
============================================
setelah didesak berulang kali oleh kwn2 sekolah, (en. taufik dan ary siap kacau fadhlina soh paksa aku gi), aku akhirnya gi la berbuka di restoran intai2..
pada petang kejadian, aku telah bersiap2 pada jam 5.30 kerana cik fadhlina janji nk gi 5.40ptg. selepas mengambil rina, kami pun pergi la menuju ke sana..
restoran intai2 ni terletak di belakang kedai perabot di atas bukit sebelah hiway mrr2 menghala ke ampang.. xtau jalan? sila google.. huhu
restoran ni bentuk mcm cincin.. tengah2 ada kolam.. tengok betul2 akn nmpk tempat band main muzik.. dekat2 situ ada 1 stesen buffet.. jauh kan dr kami? huhu.. |
setelah mengintai, kami sampai la.. tengok2, shahril (ketua kelas dulu) dah sampai.. masuk dalam, en. kerol (bendahari)pon dah ada.. pernah dengar nama kerol? of kos.. sbb aku pernah cite pasal en kerol ni..
agak pelik sbb meja kami dibooke atas nama mohd ain. sapekah dia? lorr. ary rupanya.. tah mana dtg nama ain tah.
mcm kat kenduri je kan? huhu.. |
setelah duduk dan ber'hai2', aku dan fadhlina pergi usha stesen buffet. ada 3 stesen buffet. dan meja kami jauh dari ketiga2 stesen sbb kami konfem lambat. muahaha!!
agak ramai gak dtg.. penuh la tiga meja yg dibooke. siap ada org xdpt seat lagi.. aku rasa bersalah sbb aku ni kategori latebooker (ada ke?) tp aku ni kira lambat confirm.. ye la.. ikutkan hati xnak gi.. tp rasa bersalah weh..
pukul 7, kami start amik makanan. sgt sesak ok.. sedikit x best di situ.. aku amik air 4 gelas. huhu. ini menyebabkan aku xdpt isi perut aku dgn byk meskipun kami duduk situ sampai kul 9 lebih. pada aku, makanan dia ok la.. not bad.. tp xde la hebat sgt.. muahaha!! aku jahat.. tp kira ok la..
apa yg best ialah kami dpt get together.. rata2 kami rasa kebanyakan kami x berubah.. sama ada dari segi rupa atau perangai.. yg mana bising, masih bising.. yg mana pendiam, err.. ada ke yg pendiam? tah, yg aku pasan, semua bising.
nampak x nama mohd ain tu? oh, mamat2 meja belakang aku hensem2 orgnya.. aish.. err.. pakcik tua tu aku x usha.. anak2 dia je aku usha.. |
xtau apa yg kami ceritakan tp kami la antara org terakhir yg balik. bergambar bagai nak rak tp suasana mcm gi kenduri kawen je sebab kami makan kat khemah.. haha.. pasangan masing2 pon leh tahan sporting especially hubby2 kwn2 aku.. masing2 pasrah je dibawa sbg fotografer.. (giler selfish kami neh!)
rasanya, ni la gambar yg paling lengkap dan elok.. aku pon suka tgk muka aku masa ni.. mcm kontrol ayu gitu!! hahah |
ada kawan aku kata, happy sgt dgn program kali ni coz kali ni kami bercerita mcm kami ni kamceng gila.. padahal masa sekolah dulu ada antara kami yg x bertegur pon. bukan sbb bergaduh tp standard la budak2.. dah ada geng, mana dia heran org lain...
aku? oh, aku xde geng.. aku kwn je semua. cuma rapat x rapat je. masa sekolah dulu aku bising orgnye.. so, of kos la aku ckp dgn semua kan? cuma in x in je..
excited x excitednya kami, mlm tu jugak mereka2 yg bawa kamera edit gambo dan upload dlm fb.. pastu, masing2 tulis kat wall yg mengatakan happy dengan xtvt kali ni.. aku? huh! aku kn macho! apa kelas beria2 mcm tu? aku jez tolong kecohkan tulis kat status dorang suda.. esok paginya, bila aku tgk fb, byk tul komen dorang.. apa x tido pe kwn2 aku neh? tu baru buka puasa sama2.. muahaha!!
guys, tq sbb paksa aku datang.. walaupun makanan dia biasa2 je (aku sgt cerewet bila makanan tu mahal) tp aku rasa seronok.. seronok dgr korang bercerita.. ye.. aku rasa seronok walau hanya mendengar.. aku kan pendiam aritu? raja je yg x abis2 lagi bisingnya.. wakaka!!!
oh, annfal, hubby ko mmg ada sikit sweet.. n fun kot.. masa ko citer ko jeles zuriana asik dapat no 1, dia tepuk2 blkg ko konon nk pujuk.. haha.. kiut.. lagi kiut bila dia dok rakam korang bergosip..
sekali lagi aku nk amik kesempatan ni utk mempromot en. kerol.. xde ke gadis2 bujang yg nk kenal dia? dan ada calon baru... hilmi.. huhu.. manager pengedar mazda tuh!! baik korang cucuk jarum cepat.
dah la. lain kali kalau dorang wat pape lagi, aku cite lagi ye
p/s: aku dah cakap x yg ini adalah gathering 6 raya (kelas masa sekolah rendah)? berapa ramai yg buat gathering dgn kawan sekolah rendah? kami je.. (riak sungguh)
p/p/s: tq kepada mereka (en, taufik, en. kerol dan en. ain) yg beria menjadikan aktiviti berbuka puasa ini 1 kenyataan.. lain kali buat program yg kita leh lepak lama2 ye?
p/p/p/s: next time, ajak la sekali partner korang masuk dalam gambar.. mcm jahat giler lak rasa gambar dorang xde.. aish...
p/p/p/s: next time, ajak la sekali partner korang masuk dalam gambar.. mcm jahat giler lak rasa gambar dorang xde.. aish...