pagi tadi karnival MPV. kali ni peringkat zon keramat lak. aku bawa budak form 4. pagi2, dpt sms dr tokei bas kata kena kongsi bas dengan seri ampang. huhuhu.. 1 keje lak nk tunggu bas gitu. leh lak share2.. carpool gitu..
sementara tunggu bas sampai, aku pon gi la taip senarai nama budak yg gi karnival.. tgh aku syok menaip, bas lak sampai. aku berlari2 mendapatkan pak guard (siyes aku lari), tunjukkan gate mana yg perlu dibuka, gi print senarai nama dan berlari pula menaiki bas. semua ini dengan berbaju kurung. boleh bayangkan x? (well, warga sekolah aku rasanya xsusah nk bayangkan. aku mmg selalu berlari)
naik bas, aku kepenatan. sampai kat SK tmn melati, daftarkan budak, setting meja, buka gerai. kalut x kalut, aku tersalah letak surat panggilan mesyuarat aku isnin akan dtg ni (rasanya aku terserah sekali dengan senarai nama kat meja pendaftaran. argghhh!!!)
tiba, kami dapati, kami xde ais.. terpaksa la pulak kak mas gi beli kat luar.. mujur dia ada motor. dapat la kami menjual air soya kami..
tgh menjual tiba budak kata sos untuk hotdog lak habis. kak mas masa tu kat luar beli cincau.. aku pun pergi lak kat kedai speedmart99 (dengan berjalan kaki dan aku merupakan perasmi kedai itu hari ini) beli sos sebotol.
tgh jual lagi, air soya pulak habis.. mujur kak mas back up dengan beli sunquick. air gula ada lagi. ais ada lagi 2 peket.. air mineral ada 4.5liter tp mcm x cukup. aku pon volunteer la gi beli air kat kedai (sekali lagi, berjalan kaki. aku xreti bawa motor). tgh jalan, kak mas kirim beli ais lagi.
sampai kedai, aku kan tamak orgnye.. so, aku capai air 5 liter, ais atlas (2.5kg kalau x silap) 3 beg. masa mengangkat barang utk balik ke SK taman melati, aku mengeluh sendiri.. "nape la aku x bawa sorang budak utk tolong angkat barang? sangat la berat.."
sampai je sekolah tu, terus aku minta tolong budak angkat barang.
hal2 sebelum tu ok je la.. xde la aku buat apa sgt. tapi siyes aku penat. sgt penat.. mungkin sbb berlari dan mengangkat barang kot? aku siap tertido dlm bas masa on the way balik tu.. malu!!!
so, aku sgt penat skrg. redha aje la membaca report yg x seberapa ni ye?
p/s: aku rasa makin lama, aku makin xtau apa nk tulis.. hurm.. apakah maknanya ini? aku kena diam ke? sgt susah tu..
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Khamis, 5 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
erkk! mcm budak tulis krgn taw !
BalasPadamala ciannye urg tue!
ye la.. pasni kita x tulis dah.. =(
BalasPadam