KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 2 Ogos 2010

jangan baca diari orang!

masa aku sekolah dulu, ada sedikit perselisihan antara murid laki dan perempuan.well, x sikit jugak la.. agak banyak jugak. masa tu, tiap hari aku kena kemas meja sebab tiap hari ada org akan tolong teraburkan meja aku. aku kemas. itu la yg aku buat saban hari. nak tuduh, xtau sape. malas nk kecoh. lagipun, bukan aku sorang yang kena. ramai.

dijadikan cerita, sorang kawan aku ni, tertinggal la diari dia kat meja. dijadikan cerita, meja dia diselongkar oleh budak laki. dijadikan cerita lagi, budak laki pon baca la apa yg tertulis dalam diari tu.. dijadikan cerita lagi, rupa2nya, kawan aku ni ada la meluahkan perasaan x puas hati dia terhadap budak.laki. siap dia ada bagi gelaran la kat beberapa budak laki nih

budak laki sekolah aku lak, jenis yg bersatu teguh, bercerai roboh. maka, si pembaca diari itu, bawalah diari ke mesyuarat murid2 lelaki batch kami. kutukan kawan aku itu telah menimbulkan kemarahan di hati mereka. 

kawan aku ni pulak, sangat la runsing bila mendapati yg diarinya hilang. selang beberapa hari, seorang budak laki junior telah menyerahkan diari itu kepada kawan aku itu. maka, kami murid perempuan pon tahu la kehilangan diari itu kerja siapa.

jadi kekecohan yang amat besar waktu tu. budak laki menyalahkan kwn aku kerana mengutuk mereka sedangkan mereka x buat apa2 terhadap dia. kami (budak perempuan) pula marah kerana budak lelaki makin melampau hingga sanggup mencuri baca diari kawan kami.

aku merupakan salah seorang AJK badan agama. dalam meyuarat pon, isu ini dibincangkan. budak laki teguh mengatakan yg mereka tidak mengambil diari kawan aku itu. mungkin junior perempuan yg mengambilnya dan sengaja menggunakan junior lelaki utk pulangkan supaya kami mengesyaki budak lelaki..

tapi aku x percaya.. aku tetap kata budak laki yg punya keje. sehinggalah tiba part nih...
dia yg kiut: ko asyik nak pertahankan dia, ko tahu x kenapa budak laki bengang sangat dengan dia?
aku yg baran: oh, sorry. aku tak tahu kenapa.
dia yg kiut: ha.. ko xtau.. dia kata budak laki ni teruk, perangai mcm... bla3... bla3.. (pjg huraiannya)
aku yg baran: oh, mcm tu ke.. sorry la.. aku xtau.. aku x pernah membaca diarinya.. kalau korang pon x pernah curi baca diari dia, macam mana ko boleh tahu apa yg dia tulis dalam tu?

dia yg kiut terus terdiam. nampak sangat yg budak laki telah mencuri baca diari kawan aku tu kan?

isu itu lama2 menjadi senyap.. kemenyampahan budak laki pada aku pulak, x pernah pudar.. hahah.. ye.. aku suka cari gaduh.. itu pendapat mereka. aku xpernah nak mengalah.. tp, bila aku buat xtau dengan mereka aku dianggap sombong pula (sampai sekarang, aku masih x paham lelaki.. tapi aku boleh menjangka tindakan mereka)

berbalik kepada cerita diari itu...
dah tau, diari adalah sesuatu yg peribadi, yg ko gatal pergi curi baca buat apa? apa sahaja yg ditulis dalam diari tu adalah hak tuan punya diari. lantak dia la nak tulis apa. kira ok la tu dia tulis dalam diari, bukan mengumpat dengan org lain. korang yg xde diari tu, biasanya mesti luah pada kawan or at least, blog mcm aku ni kan?

dah ko gatal baca, terima aje la apa yg dia tulis tu. apa hak ko utk komplen? sukati dia la.. kalau dgn diari pon dia xleh, luah, xkan dia nak bagitau kat ko kot? kalau bgtau ko direct, lagi la ko hangin x tentu pasal. 

ok.. statement aku td khas utk mereka yg marah bila dirinya dikutuk atau kekasihnya diminati oleh tuan punya diari (contohnya la..) .. lor.. kira ok la dia gitau diari je.. kalau dia gitau org lain dia minat kekasih ko, x lagi haru? tapi, kalau owner diari tu tulis sesuatu yg boleh membawa kpd kemungkaran, sila la tegur..

kesimpulan, kalau rasa diri ko x sanggup mendengar/ membaca umpat keji org, tolong la jgn baca diari dia especially selepas korang baru je bertegang leher. senang citer, kalau baru lepas gaduh tu, dok jauh2 jap.. standard ar.. lepas gaduh, mesti nk luah kan?

lagipon, membaca diari org pon dikira menceroboh hak org kan? so, sape yg salah sebenarnya?

 gambar dipau dari SINI. g la baca.. best woo..

itu cerita pasal diari.. tapi ini blog.. sesapa pon boleh baca.. sesapa pon boleh komen.. even kalau nk kutuk aku pon boleh.. kalau aku benci, aku delete je la kutukan korang tu.. bukan susah pon.. blog aku.. bukan blog korang...

buat masa ini, aku xpernah delete komen org lagi. klau aku x setuju, aku bidas balik. tu je paling hebat. jadi, sila la komen.. aku x jamin yg aku terima komen korang.. tapi aku sudi la membacanya kot.. mungkin lepas dah 2-3 kali baca, baru menusuk ke kalbu teguran korang tu.. mana tau kan?

6 ulasan:

  1. emm..? aik? pelik! saya mcm kagetlah!
    apepun jgn takut dgn kritikan....

    BalasPadam
  2. erk?? kenapa awak kaget? apa yg pelik?

    BalasPadam
  3. mai..hehe..caya la, sudah pandai wat entry menarik cani.dah sah jadi blogger tegar dah ni. :)

    BalasPadam
  4. err... su, menarikkah ini? huhu.. ni mengungkit je..

    BalasPadam
  5. xper, blog bukanlah hakmilik kekall.. kanns

    BalasPadam
  6. benda yang soft copy, anytime boleh pinda.. hehe

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama