KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 8 Julai 2010

sesi brainwash yg x wash pon


hari ni aku marah budak.. result mantap sangat. hangin la aku.. senang je nak baca result dorang. 10G, 1E 9G, 1D 9G... sayang sangat kawan2.. suka sangat main2.. so, aku bagitau dorang apa yg kawan dia pikir pasal diri dorang (sebelum ni, aku ada mintak budak2 tulis apa yg dorang suka dan x suka pada kawan masing2.. baru semalam baca. so, tadi aku bgtau satu2 kat dorang)

hasilnya, sorang menangis. tp sorang je. x mantop langsung cikgu ni dalam bab psiko budak2. kunun je cikgu motivasi tiap kali seminar MPV. cait!

apa yg aku marahkan kat budak2 tu? result teruk.. tp bila buat kelas tambahan, harem masing2 nak tunjuk muka. padahal, kelas tambahan tu diadakan masa koku. dorang xleh balik lagi. tp dorang bolos gak. 

alasan yg dorang bagi mudah je. contohnya:
1) kawan semua x pergi jadi saya malas nk pergi
2) saya kena kerja sebelah malam. penat
3) kami balik awal ramai2 sebab takut jumpa flasher.
4) kami x faham apa cikgu tu ajar

aku x ingat lagi 1 sebab. sbb aku mmg x setuju dgn dorang. kalau kawan xde, ni la masa nk tanya puas2 kan? kan? keje tu patut hujung minggu, watpe buat tiap hari? haha.. flasher.. dah korang balik ramai2 xde nye flasher tu leh wat pape kat korang. jadi, xperlu la balik awal. balik in group sudah.. kalau x paham, tanya la.. adoi..

aku siap pesan kat budak2 tuh, yg chinese, dapat anak, hantar sekolah biasa. jgn hantar sekolah cina. nanti anak xleh cakap BM. ye la.. tu pun yang terjadi kat dorang. kalau masuk SK, aku rasa, xde la dorang fail BM memanjang.

ayat2 pedas aku arini:
1) pernah dengar x, enam pelajar kena rogol dengan 1 lelaki? xde kan? flasher tu xleh buat apa kat awk kalau awk ramai2..

2) kalau kawan u semua mati sebab kemalangan tapi u x, u nak pergi bunuh diri ke supaya boleh mati dengan dorang? semua nak ikut kawan.

p/s: sekarang aku suka tanya kat budak, " awk pilih, awak suka dibunuh cara mana, ditikam/ tembak/ gantung/ racun tikus?" jangan tanya aku nape.. saje.. (kami memang ganas)

2 ulasan:

  1. Haha.. nasib baik ada blog! Boleh melepaskan rasa tak puas hati melalui penulisan :D

    Err.. Anak murid baca tak blog ni?

    BalasPadam
  2. budak x baca.. hehe.. kalau budak cina baca pon, mereka hanya gelak sahaja. yang melayu mungkin sentap sikit.

    tapi harap dorang paham. kita marah sebab nak yang terbaik utk mereka

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama