kawan aku pernah menulis di blognya "kenapa semakin kita dewasa, semakin kita sukar untuk mencari kawan baik?" dia tulis mcm tu mungkin kerana dia terasa dia tiada BFF seperti mana seperti masa dia sekolah dulu. mmg la.. dalam entry tu pon, dia citer tentang dia hang out dengan kawan sekolah dia dulu.
semalam, aku gi lak ke blog hatitupai. dalam tu plak, dia kata xde maknanya BFF la.. itu la.. kawan selamanya.. bla3.. alasan dia mmg betul. tp aku xreti nak ulas balik.. gi la cari kat blog dia ye.
masa aku marah budak2 aku aritu, aku cakap kat dorang, xperlu la terlalu sayang kat kawan2 sekarang.. sampai apa yg dorang buat, semuanya nk ikut. sebab, habis je sekolah, akan ada alam lain (bukan alam bunian/ alam roh ok?) dan kat situ dorang akan jumpa kawan. dan mungkin kawan tu lebih baik. kalau masuk U, jumpa kawan lagi.. kerja jumpa kawan lagi.
bila aku sorot balik memori aku dr sekolah rendah.. masuk sekolah menengah, masuk matrik, masuk U, kerja kat SKTT, masuk maktab, dan sekarang kerja kat SMKPT.. hurmm..
masa sekolah rendah aku ada best pren x? mcm xde je.. aku kawan dgn semua.. aku lepak kat semua rumah kawan.. tiada spesifik kwn baik.. kami lebih kepada group.. ye la.. budak.. nak buat pape, lagi best ramai2 kan? raya ramai2 (habis 1 taman round) tiap2 hujung minggu gi sekolah agama cuci kelas (lebih kepada main air sebenarnya)
masuk sekolah menengah, boleh dikatakan, kawan yg agak rapat dgn aku silih berganti saban tahun. xde yang berkawan baik dari form 1 hingga form 5. tp kami boleh lagi la nak meluah2 perasaan.. no prob.. sebab kami mcm 1 keluarga. setakat nak mengumpat2 budak laki, senior, boleh aja.. tapi, kawan yg betul2 bespren 5 thn, xde la kot..
masuk matrik, kami kawan baik sbb kami ber6 duduk 1 bilik. gi mana2 pon sama2.. tp bila dah abis, aku tidak la sesetia su, ijah dan huda.. masih lagi bersama2 walau ke mana. bukan salah dorang. aku yg mmg jenis malas nak keluar. kalau aku ajak keluar tu, mmg hebat la tu..
kat u, aku paling rapat dengan fid la kot.. sebab kami 1 kolej dan 1 course.. dengan ain pon aku rapat gak. tapi ain dah ada geng sendirik.. so, aku rapat dengan dia di kolej je la..
jadi GSTT kat SKTT, aku kawan of course la dgn cikgu2 bujang. lagipun, biasanya cikgu2 bujang yg x berkroni ni la yg selalu kena buli teman budak gi camping.. tapi hubungan kami semua begitu aja la.. terlalu sekejap untuk jadi sangat rapat kot.. tapi kami masih kawan sampai sekarang.
masuk maktab.. kami 1 kelas takat 21 org je.. semua rapat. siap tiap petang pon nak merayap petang2 pon sama2.. makan pon nak sama2.. segala2 nak sama2.. tapi masa tu je la.. bila kami dah posting, xde la sentiasa nak melekat sokmo.. cuma, kalau ada can berjumpa, mmg kami akan merayap beramai2 la..
skrg kat SMKPT, hurmm.. aku ada geng makan sarapan kat belakang, ada kak anita utk aku membebel pasal kerja.. ada kak mas utk aku membebel hal2 lain.. ada gak kawan2 muda.. cuma, mcm biasa, aku x la sentiasa leh merayap mcm dorang.. kelas aku habis lambat sikit. aku malas nak balik lambat2 sbb jalan jam.. lagipun aku yg dok jauh sikit.. dorang mmg dok area sekolah no prob la..
apa yg aku cuba sampaikan ni?
hurmm.. sebenarnya, x sukar untuk kita mencari kawan baik.. cuma, sekarang ni, kita akan dahulukan benda yg kita rasa penting berbanding kawan kita. masa muda, mmg.. kawan la segala2nya.. sebab apa2 pon, dia yg akan teman kita. tapi, bila dah tua ni, kita akan pikir famili, pikir penat (ye, tenaga semasa tua x sehebat masa muda), pikir duit, dan lain2 lagi..
sebab tu, kita x keluar dengan kawan seperti dulu. sebab tu, kita x mudah nak ke mana2 seperti dulu. kita dah ada tanggungjawab.
tapi tu x bermakna kita bukan kawan yang baik kan? dan kawan yang baik, sepatutnya paham kekangan yg dihadapi oleh kawannya..
yup, aku bercakap macam la aku ni dah berkeluarga... yup! aku belum berkeluarga tp aku masih tinggal dengan mak ayah aku. dan aku memang la bukan jenis yang suka drive (especially sorang2). so, mmg la aku sedikit malas nak keluar. nak ajak aku merayap, sila pastikan aku x jejak kaki kat umah dulu.
aku sedar aku tiada BFF yang aku akan pertahankan setiap perkara yang dia buat. yang akan setuju dengan dia sentiasa (mungkin kerana kami sentiasa mempunyai pikiran yang sama or sbb aku percaya kawan aku yg terbaik) tapi aku yakin, aku ada ramai kawan yang baik, yang boleh tegur aku kalau aku salah.
walaupun kadang2 terasa diri x cukup baik sbb x mampu ada BFF macam org lain, tp, aku rasa aku puas hati dengan hidup aku sekarang.. =)
oh! tapi aku masih lagi mencari pakwe yang hensem, tinggi, kurus dan putih serta beriman... hahaha... gurau je la!
p/s: aku sebenarnya nak load gambar2 aku dgn kawan2 tapi mak dah marah aku asik online sedangkan setengah jam lagi kami nak bertolak ke terengganu.. nanti2 la ye!
p/p/s: doakan yang terbaik untuk aku! aku masih xtau nak pilih yang mana. moga apa yg aku pilih nanti adalah yang terbaik! amin...
p/p/p/s: tq kepada semua.. korang pon kawan aku gak. korang ingat, ramai ke org yg nak baca bebelan aku? korang je yang sanggup. sebab tu, aku sayang korang gak
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menjelang dewasa, masing2 mencari pasangan hidup yang sepatutnya menjadi BFF tuu...
BalasPadam:)
aku pun syg ko mai.mekasih syg lat aku tau!~ hehehe..
BalasPadamRi: alamak! kalau gitu, saya masih xde BFF la maknanya?
BalasPadamSu: tq kerana sayang kat aku gak =)