KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 24 Julai 2010

arghh!!!! merungut lagi!

aku ada 1 bundle fail kat dlm kereta yg mengingatkan aku kenapa aku x sesuai menjadi cikgu.. tp siyes, aku tetap xde mood nk buat. tengok la start lepas zohor ni ke. arghh!!! aku benci fail!


orang selalu tanya aku, dah xnak jadi cikgu ke? huhu.. jujur, bila aku pikirkan balik, aku x rasa aku reti buat benda lain. dari aku grad, sampai la sekarang, itu je yang aku pernah buat. dulu GSTT kat sekolah rendah. sekarang dah jadi guru tetap.

tapi siyes, aku lebih suka jadi cikgu sekolah rendah. sebab kat sekolah rendah x banyak benda mengarut mcm sekolah menengah ni (tapi aku xtau la kan. tu berdasarkan pengalaman aku selama 2 thn je kat sekolah rendah) aku x kata ajar sekolah rendah tu senang. cuma, kalau sekolah rendah, ko xde la nk buat program bagai nak rak.. headcount tiap ujian, fail sampai 14 buah.. paling best, xde bengkel yg besar utk dijaga.. haha..

ok, aku akui, aku xsure mcm mana sekolah rendah skrg. tp yg pastinya patutnya budak kecik x sedegil remaja.. ko beria aturkan perjumpaan kelab utk dia, dia lak pikirkan 1001 cara utk skip perjumpaan. bila keje x siap, suruh stayback, kena tinggal bas jadi alasan utama.. ahh!! tension aku.. tu belum cerita lagi dah pandai menggatal, ada pakwe segala bagai.

tapi bila aku pikirkan budak2, siyes aku nk stay. aku mmg selalu kutuk dorang.. pemalas.. filem gerak perlahan.. apa je lagi? semua dorang dah dapat.. tapi aku tetap sayang dorang. boleh dikatakan, budak2 ni je la alasan aku utk terus bertahan (ok.. dan hakikatnya yang aku lom dapat tawaran keje yang lebih goyang kaki dengan income yang lebih besar.. ada x?)

tu je la.. ada org ajak tgk wayang. terpaksa tolak la nampaknya. xsedap hati lak nk gi tgk wayang sedangkan keje x siap.. hurmmm...

p/s: sape yang online dari seremban, guna windows 7, guna google chrome, sila angkat tangan!! terima kasih sebab datang blog aku.. tapi ejaan nama aku ada sikit silap la.. hehe.. sekali lagi, tq dtg sini..
p/p/s: aku masih x puas hati sbb feedjit refer kajang dalam negeri 9.. makin kecik la selangor ni gamaknya.
p/p/p/s: lagu afghan tu mmg sedap kan? hurmm.. nyam..nyam...
p/p/p/p/s: aku mmg excited terlebih.. hahaha.. aku excited dlm semua benda kecuali fail!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama