KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 11 April 2010

terima kasih segalanya


aku ada 1 pengakuan..

aku ni sangat la rendah diri.. ok.. statement tu nampak mcm mengada gile.. aku paham. tapi cane aku nak hurai ek? n trust me, walaupun aku nampak kelihatan seperti suka membebel, aku sangat x pandai nak menghurai.. mengarut je lebih.

mudahkan ayat..
mcm aku sering cakap, aku selalu jeles dengan org yg ramai follower, traffic dia mantop, komen dari pembaca dia punya berlambak.. err.. aku pernah cakap kan? tapi aku redha je sebab dari dulu lagi aku bukan jenis yang boleh menarik orang dengan statement aku.. kiranya, aku bukan la orang yang baik untuk diajak bersekongkol dalam MLM.

tiba tadi aku check feedjit. tengok, ada orang dari surabaya yang mencari blog aku.. uish!!! bangga giler!! dah la dulu ada orang pernah cari aku kat internet.. dan aku pasti, tu bukan kerja aku sebab orang tu salah eja nama ayah aku..

ok, benda ni mungkin perkara biasa je bagi sesetengah org tapi bagi aku sangat bangga dan riak la.. sebab aku x rasa aku ni jenis yg boleh buat org menoleh 2x untuk mendengar apa yg aku cakap.. korang paham ke maksud aku ni?

gini.. masa aku sekolah dulu, aku ni sangat la x glamer (ok aku tipu! aku sangat glamer masa sekolah menengah atas sebab yang sangat x best. aku dibenci oleh semua budak laki- tapi tu x kira la kan?). kiranya, orang jarang la nampak aku.. perasan sape aku. siyes.. aku sangat low profile. kalau ada la org yg kata aku x low profile, orang adalah kawan aku sendiri-aku kecoh bila bersama rakan.. tapi caya la. org yg x kenal aku, mesti x perasan kewujudan aku kat mana2 (fakulti.. sekolah.. kolej.. bla3..)

nape? sbb xde pape yang striking pada aku. aku x cantik (bukan hodoh!). aku x happening (ye, aku lebih suka terperuk di hostel menonton tv).. aku x pandai (bukan bodoh!) dan aku x segala2nya.. aku adalah sangat everage. so, manusia yg everage ni selalu la xdiperasani oleh sesapa kan? ye la.. nak describe pon susah.. " mai yang mana?" "ala.. yang biasa2 tu.." pernah ke? xkan berlaku kan?

dan, aku sangat la jenis yang memerlukan feedback dari orang. sebab pada aku, tu la tanda yang orang perasan aku wujud. dan mereka sudi untuk melayan aku.. sebab tu la, aku sangat la suka membaca komen yang orang tinggalkan kat aku. kalau ada, memang aku balas laju2.. dan aku juga suka tinggalkan komen kat orang walaupun, mungkin ada antara komen aku tu macam lame gile

disebabkan aku sedar sangat kelemahan aku ini, maka aku sangat la gembira dan berterima kasih bila ada orang sudi:
1- menjadi follower aku (walaupun aku dulu x paham apa fungsi follower dan masih lagi paham)
2- ulang datang ke blog aku
3- memberikan komen utk setiap perkara yg aku bebeli.
4- membaca entry ni sampai sini

sekian. terima kasih

yang sangat menghargai anda:
~Mai~

9 ulasan:

  1. hik hik~~ pengakuan tulus mulus kak mai. kak mai, nanti ajar wann camane nak checking2 segala tu yaaa~~ cam menarik je. (^^,)V~~

    BalasPadam
  2. hehe.. malu! malu! awal awk on9?

    no prob.. leh je..

    BalasPadam
  3. Weh, aku follower setia ko laa.. Tapi aku baca via google reader jek pasal senang check update. Sebab tu jarang2 tinggalkan komen. Apapun, keep up the good work. Aku sentiasa terhibur baca blog ko ni ;-)

    BalasPadam
  4. oh sheila.. tq... mmmuahhh!!! hehe

    BalasPadam
  5. ni pengakuan atau luahan..manusia kan unik beza2...takde peliknya

    BalasPadam
  6. err.. atas tu pengakuan..

    tiba kat bawah, jadik luahan lak..

    AJAIB!

    hehe..

    BalasPadam
  7. wah... ucapan mcm dpt award;p mimpi apekah?

    BalasPadam
  8. haha... korang semula award.. gembira terlebey suda

    BalasPadam
  9. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama