semalam, masa aku dalam kemarahan, bibir aku bergetar-ye, tu tanda aku BENAR2 marah. 1 hari suntuk jantung aku memang berdegup laju lain macam je. dan aku berpeluh lain mcm.. malam lak rasa berlengas.. macam la aku bersukan. penat lain macam.
dan hari ni, aku gi sekolah. mula dengan mood yang baik. hinggalah ditegur oleh seorang guru.. "masih marah lagikah?"
"huh.. saya dah marah dalam fb, dalam blog.. 1 dunia yg membaca dah tau" (err.. xramai yg baca page aku)
"nape awk x letak je dlm page sekolah?"
"page sekolah kita mana aktif?"
"page PIBG aktif apa?"
"xpe la. malas saya nak menyibuk kat sana"
" tapi kan, kalau akak sebagai parents pon, akak x setuju kalau dorang nak buat bengkel tu. betul la dorang kata, tu tangunggajawab sekolah."
" masalahnya, dorang x paham ke, jabatan dah xde duit? thn lepas, jabatan dah suruh sekolah guna peruntukan yg sekolah dapat, tapi sekolah pilih untuk pasang tile dan tampal atap."
"tu la.. jabatan tolak ke sekolah. sekolah terus senyap"
"tapi xpe la.. saya paham.. AJK pibg tu, anak mereka xde yang duduk kelas belakang. semua kelas pandai. lagipun, bagi semua orang, bengkel tu tanggungjawab saya. jadi biar aje la saya yg usaha sorang2 mcm mana nak pastikan bengkel tu dalam keadaan baik kan?sebab tu xde org nak bela nasib bengkel saya!"
aku terus blah. hati aku bengkak.
================================================================
aku ajar MPV. bengkel besar gile. barang2 memang gah. aircond ada 5. 2 dalam bilik dingin utk buat coklat. 1 dalam bilik guru.
bengkel siap thn 2008. bulan 6 2009, kelima2 aircond kami dirompak. keje dilakukan beransur2. pak guard dah lapor pada bos masa dia tgk compressor tu mcm terjatuh. tapi bos kata mmg gitu kot.. haha! pandai!
akibat compressor yg dirompak, letrik putus. pam air terbakar. ini menyebabkan bekalan air lak terganggu. dah la paip dalam bengkel mmg ada yg patah. berlanjutan, dinding mula basah.. mcm ada paip pecah kat dalam dinding.
last2, air terus xde. terpaksa la budak aku angkut air dr luar untuk buat amali. bayangkan la.. 18 orang, amali individu.. nak membasuh guna 1 je punca air.. kami sambung guna salur getah dari luar masuk ke bengkel. aku dah hantar surat ke jabatan. dah banyak kali dah tp xde jawapan. aku paham, jabatan xde duit la tu tapi kami dapat la 1 pam baru. tapi air masih xde.sambungan air dari paip luar.. kalau ikut kementerian kesihatan, benda ni salah
==============================================================majlis makan malam amal.. tujuan sebenar nak kutip duit utk buat blazer pengawas, librarian dan PRS. ramai cikgu membantah.
dalam bantah membantah, kami jual juga kad. 1 cikgu kena jual 10 kad. dan aku antara guru yang berjaya jual 10 kad. kesemua kad aku dibeli oleh budak kelas aku-5MPV-kelas last di kalangan kelas tingkatan 5.
kenapa budak kelas aku beli? siyes, dorang ni mmg slow tapi dorang mmg baik. ikut je arahan. kata wajib pergi, dia pergi la.. wajib pakai sopan, dorang ikut jugak.. mmg sangat mengikut arahan.. ye.. mereka la budak kelas belakang yg org x pernah heran pon melainkan dengan pandangan, inilah budak kelas belakang
===============================================================
aku rasa, bila aku dah berjaya jual 10 kad, aku berhak la minta sedikit duit kutipan tu utk membaiki bengkel aku. bukan utk keselesaan aku je. tapi utk penuhi keperluan PnP. untuk budak2..
tapi aku silap. dialog kat atas tadi la buktinya. pada mereka, buat apa nak keluar duit untuk sebahagian kecil budak kan? dah la budak kelas belakang!
"ah! lantak la! anak aku xkan masuk pon kelas tu. lantak korang la nak tunggu giliran basuh pinggan cane pon. buat apa keluarkan duit pada mereka yg x memberi hasil?"
aku rasa, tu yg bermain dalam otak dorang.dulu, boleh la aku bagi basuh kat luar. sejak banyak sangat sisa basuhan tertinggal dalam longkang, aku suruh basuh kat bengkel je.. tunggu je la giliran..
==============================================================wahai PIBG ku sayang.. pentadbir dan cikgu2 sekalian.. niat korang nk buat blazer budak mmg murni. aku tau, korang takut kalau budak2 korang tu mati kesejukan akibat x pakai blazer.. soalan aku, berapa ramai daripada mereka yg menyokong program korang? berapa org prefect/PRS/librarian yg pergi?
ye.. budak2 aku sengal.. kelas belakang katakan.. tapi, kenapa aku antara cikgu yg berjaya jual 10 kad? dah la budak2 aku sendiri yg beli. itu pon, korang berkira nk keluar duit utk kemudahan mereka.
ingat la.. bengkel tu sekarang, mungkin hanya 5 mpv dan 4 mpv yang guna. korang konfiden ke, anak2 korang yg form1,2 dan 3 tu xkan masuk kelas MPV aku? memang pikir singkat! otak cetek!
tangkap gambar utk program esok, kalau aku sihat, aku gi la. kalau x, minta maaf wan, awak cari la kroni lain. akak sampai naik demam dah sebab terlalu marah. yup! mula2 akk nak beli mc je. tapi skrg akk mmg dah sakit kepala.. kemarahan memang penyakit yg hebat! dia boleh buat kita sakit!
berkira? x la.. cuma aku xsanggup nak membazir tenaga utk mereka yg x hargai langsung apa yg aku buat. kalau aku gi pon, aku nak makan je. xnak buat keje. ala.. bukan dorang nampak pon.. dalam gelap.. 900 orang.. mana orang perasan..
betul x?
p/s: ada org pernah kata, " kalau nak blog dikujungi ramai, mesti cerita benda yg positif je.." aku dah try.. sbb aku pun nak pembaca aku hepi.. tapi sori la.. aku mmg x mampu hepi sekarang..
p/p/s: sori sebab akhirnya korang nampak gak aku punya true colours. kalau terasa ngeri, sila pergi jauh2.. aku yg sebenar jauh lebih mengerikan dari ini!
p/p/p/s: maaf! aku bukan seorang yang berpura2.. dan aku baran!
bodoh punye PIBG.. mane boleh pentingkan anak sendiri aje.. ape anak org lain x payah sekolah ke?
BalasPadamhaha.. dunno la.. xtau apa yg berlingkar kat pikiran dorang. semua nak tolak sana sini..
BalasPadammmg diorg ni bengong2 sbb tak taw MPV. PBS...kerja guru2 MPV ni double triple lg dari guru biasa..ada diorg paham semua tu ke? kdg2 guru2nya kerja lebih lg dari pekerja kilang layaknya...ada diorg kisah tu semua?.......
BalasPadamshah: dorang mmg hampeh! dorang ingat keje kita mudah. kita je yg mmg suka ngelat! aku akui aku ngelat. kalau x, penat nak dapat sign dorang
BalasPadampesal gue masih xpaham ni...
BalasPadamhohohoooo
haha.. abaikan je la..
BalasPadam