KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Khamis, 1 April 2010

mari mengepau 1

bila: masa syawal 2009

ST: cikgu, selamat hari raya..
aku: selamat hari raya..
ST: cikgu, nak duit raya cikgu
aku: eh, kenapa pulak?
ST: ye la.. sudah raya, kena bagi duit raya leh...
aku: eh.. raya kami x macam raya cina.. raya cina, orang dah kawin kena bagi orang belum kawin kan? raya kami, siapa yang belum kerja, kena bagi orang yang dah kerja duit raya..
ST: macam itu meh?
aku: macam itu lorr..
ST: kenapa?
aku: sebab, orang dah kerja ada banyak benda nak kena bayar.. macam saya kena bayar kereta, bayar rumah, elektrik.. macam kamu budak2, mak ayah beri belanja setiap hari kan? ha.. jadi u all semua x perlu duit.. kami la yg kena dapat duit raya..
ST: oo.. mcm itu oo??

ST amik masa dan berfikir. dia kemudian menyeluk poketnya dan mengeluarkan RM1 utk dan menyerahkan duit itu pada aku.

ST: ini cikgu, duit raya untuk u..
aku: betul ni?
ST: ini betul2 maa...
aku: err.. ST, saya tipu saja tadi.
ST: hoo?? x ape lorr.. amik saje lorr..
aku: saya gurau saje la...

nasib baik hati aku masih suci.. kalau x, selamat dah rm1 tu

6 ulasan:

  1. Haha.. Tak baik tipu anak murid :D

    BalasPadam
  2. hehe.. dia terlalu tulus.. memang mudah di tipu oleh cikgu ini..

    BalasPadam
  3. mujur sy xpernah ade cikgu mcm ni dulu.. haha

    BalasPadam
  4. wah.. anak sapa la tu. saya nak jadikan anak angkat saya boleh. hee!

    BalasPadam
  5. budak cina kelas akak.. siew teng.. ada minat?

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama