KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 25 April 2010

bila ayam bercakap bahasa itik dan angsa yang menjadi hakimnya

aku duty minggu ni (19/4-24/4) huhu.. sangat mencabar ok.. dah la aku volunteer kat yana nk tulis 2 laporan bahasa inggeris sebab aku nak minta tolong dia buka pintu bilik guru. aku x mungkin sampai awal ke sekolah.

it end up, aku bukan sahaja tulis 2 laporan bahasa inggeris, malah aku juga terpaksa tulis report selama 4 hari sebab yana gi astaka utk kawad kaki pada hari jumaat dan hari sabtu, dia gi iring budak taekwondo..

tapi aku nak cerita pasal kejadian hari jumaat.
==========================================================

kak A: cik mai mana, cik mai?

aku dengar suara kak A dari kejauhan. alahai.. apa kejadah pulak ni?

R: hah mai, ko guru bertugas kan? ni ada budak mengadu, ada senior baling2 ais kat dorang. siap basahkan beg budak. ni kes buli ni!
siyes, aku bayangkan camni.. ramai2 form5 baling ais kat budak form1.. hampeh!

huh! dasar! hari aku bertugas la korang buat perangai! cuba la buat perangai minggu depan ke.. kenapa pilih hari ni?

aku ikut la budak2 tu ke tempat kejadian. untuk 1 sebab yang aku x berapa pasti, budak tu berlari penuh perasaan ke kantin (tempat kejadian) sampai kat sana, ada la beberapa budak.. yg aku pasti, ada shafina dengan farah amira.. adoi!! xkan budak aku kot yg buli tu? hampeh! 1 keja lak aku nak usrahkan dorang balik

aku jerkah shafina dengan farah amira. aku mmg dah hangin sgt dah.. memalukan aku betul budak2 5 MPV ni! penat je aku ingatkan pasal tatasusila masa mula2 masuk kelas dulu.

budak form 1 tu dengan excited nye bercerita kejadian itu.. masa aku dengar citer tu, aku plak rasa nak lempang2 budak form 1 tu..

pastu, salmi dengan umi lak datang.. salmi nak cakap, tapi budak form 1 tu nak cakap gak.. aku cakap kat budak tu, aku nak dengar dulu cerita salmi.. masa tu, memang tangan aku dah piat telinga si salmi tu.. pipi dia aku dah lempang 2-3 das (dengan nada manja)

itu bukan salmi.. dan kuku yang menawan itu bukan kukuku.. tapi aksi tu, dah hampir2 dah

dah dengar cerita mereka, aku pun, hadap2 dua2 belah, aku pun cakap...
aku: masalah sebenarnye kan, kecik aje.. awak xfaham mereka, mereka x faham awak. pada awak, mereka salah sebab cakap kasar, tapi itu memang cara dia.. dia x berkasar tp memang gaya dia mcm tu. dia x cari gaduh pon dengan awak.. ok?

ye.. kes tu tamat begitu je.. budak form 1 tu minta maaf sebab buat aku kelam kabut. aku x minta maaf kat salmi. hehe.. aku? minta maaf? xyah la.. isnin ni aku nak belanja dorang pon..

========================================================

kisah sebenar...

kat kantin, budak form 1 ni letak beg kat kerusi. dtg la budak form 5 ni, alihkan beg sebab nak duduk. dtg lagi sorang, alih pulak lagi beg tu. dia x perasan plak kat kerusi tu ada air teh o ais limau.. so, basah sikit la beg budak tu..

budak tu plak, dia dah form 1, dia demand lak kakak form 5 minta maaf (kalau kat sekolah aku dulu, mmg selamat la ko). tu yg akk form 5 tu bengang.. "so what?" itu la ayat si salmi.. tu yg jadi isu sangat..

bila si salmi xnak minta maaf (sebab bukan dia yg buat beg budak tu basah, org lain yg buat), si farah ni baling air batu kat dia. terkena la pulak kat budak form 1 tu.. tu yg budak tu gi ngadu kat cikgu..
===================================================

kesimpulan:
1- budak form 1 cina itu sangat la tah apa2.. isu kecik.. xyah la berkira sangat.. beg dia basah sebab wap air (pada plastik air) yg terkena kat beg dia.. sikit je pun.. tapi dia nak gak ngadu.. tapi disebabkan mereka x leh menggunakan bahasa malaysia dengan betul, org dah salah faham..
2- budak form 1 itu mengadu kepada kak F - teacher kesayangan 1 sekolah (aku x jeles ye. aku bangga jadi guru paling ditakuti.. ok la.. aku ni no 2 selepas wong) dan mereka2 ini mmg tend utk caye cakap budak2 kecik ni.
3- aku sangat syg dan bangga dengan budak 5 MPV, so, jgn la budak 5 MPV buat taik.. aku bagi dorang cukup2 kat situ gak.. tapi, Alhamdulillah, pada aku, mereka semua ni baik, cuma sengal, malas n suka main2..
4- kalau ko dah buat salah, minta maaf.. walaupun salah ko tu kecik. ko x rugi apa2.. orang akan respek ko lagi ada la..
5- tolong minta maaf dengan ikhlas ye.
minta maaf je la.. ko akan nampak comel jika minta maaf

6- jangan risau.. insyaAllah, salmi xkan saman aku.. baru tadi dia SMS minta maaf x hadir kelas tambahan..

p/s: aku rasa, kalau ada org baca report aku, mesti org tu gelak sampai tergolek2.. banyak betul kesalahan tatabahasa Bi aku.. hampeh!

2 ulasan:

  1. huhhh..baru aku tau budak sekolah rendah senang nak kawal..

    BalasPadam
  2. aku pernah ngajo sekolah rendah.. biasanya budak kalau gaduh, jarang pon nak panggil cikgu.. huhu.. sebab budak sekolah rendah biasanya mmg jiran tetangga.. dan mereka lasak.

    macam aku ni, masalahnya, budak cina ni dari sekolah cina. bahasa tah pape.. attitude pon sesetengahnya tah pape sebab kebanyakan kat situ cina kaya.. tapi budak cina dalam cerita ni ok.. cuma dia dah biasa mengadu2 kot? tah.

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama