KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Selasa, 28 Disember 2010

Taman Tasik Titiwangsa

Berita lapok.. ini adalah kejadian pada 14/12/2010 yang lalu..

Aku pergi sekolah memandangkan aku tidak perlu menjaga peperiksaan pada hari tersebut. lagipun, anak murid aku dah meminta aku mengadakan kelas tambahan masa kecederaan untuk mereka. Selepas aku menghantar SMS kepada salah seorang dari mereka, aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekeliling tasik.

Huhu.. Aku memang selalu berjalan-jalan mengelilingi tasik kalau sampai awal ke sekolah pada musim cuti. Hendak menghirup udara segar serta meningkatkan stamina (ye, aku sedar aku takkan kurus dengan berjalan kaki 2km 3 kali sebulan)

Pada separuh masa pertama, aku tidak menangkap gambar kerana ada ramai abang botak dan adik atlet yang berlari di sebelah. segan la. pakai baju T etapi pakai selipar. Dah la tak berlari, boleh nak shooting2 lagi. Malu kan? Malu kan?

samapai di separuh masa kedua tasik, aku mula mengluarkan telefon bimbit aku. aku mula dah mencari-cari sudut. huhu.. aku tak tau la apa yang difikirkan oleh pakcik di belakang aku apabila melihat aku beria mencari sudut yang cantik.

kali ini, aku menggunakan resolusi yang agak tinggi iaitu 1200x1600 tetapi ada gambar sedikit pixelate sebab aku zoom gambar tersebut. minta maaf ye. dan kalau korang baik hati, hadiahkanlah aku kamera pada bila-bila masa. tak perlu tunggu hari lahir. tanganku sentiasa terbuka untuk sebarang hadiah.. =D

Ok, tengok la gambar-gambar ni. Harap korang suka.. =)
Gambar ni, kalau klik, dia pecah sikit sebab aku zoom maksimum tapi kalau gambar kecil, sangat cantik. Aku rasa la

Pantulan imej yang hampir sempurna! Semasa aku nak rotate gambar ini tadi, aku sendiri keliru yang mana satu objek, yang mana satu imej pantulan.

Tiada motif. Hehe..

Hujan pada malam sebelumnya. Oleh itu banyak daun mati di permukaan tasik. Aku suka pokok itu.
Belum pernah sampai ke Tasik Titiwangsa? Isk.. belum cukup Malaysia kalau macam tu.. Kalu dah pergi HKL, Istana Budaya, Balai Seni Lukis, Pusat Darah, SMK Puteri Titiwangsa, apa salahnya luangkan setengah jam mengelilingi Tasik Titiwangsa ni? Aku sendiri belum jemu.. =)

Isnin, 27 Disember 2010

Aku patut marah. Siapa setuju?

Mulanya aku ingat hendak mengolah situasi ini dalam bentuk cerita. Namun, bila aku kenangkan yang biasanya aku akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk menaip cersapen (cerita sangat pendek), maka aku ambil keputusan untuk bercerita secara langsung je. Oh, peringatan, ini bukanlah kisah cinta.. hehe.. takut korang semua salah sangka..

=======================================

Aku berkenalan dengan seorang lelaki di FB. Pangkat adik la dia ni kerana umurnya baru 23 tahun. Kita panggil dia A. pada mulanya, kami berkawan melalui sms. Biasalah, setelah beberapa bulan berkawan melalui sms, A ajak aku berjumpa. Sebagai seorang perempuan yang memang open minded dan tak kisah untuk keluar dengan boyfriend orang (awek dia juga kawan fb aku), aku pun bersetuju untuk berjumpa dengan A. aku membawa jiranku sebagai teman dan tempat kami merayap adalah di downtown cheras.

A yang tangkap. Aku suka gambar ni sebab aku suka detail bangunan Sultan Abdul Samad. Klik Untuk besarkan
Agaknya, disebabkan aku seorang akak yang best dan sporting, A mengajak aku berjumpa lagi. Kali ini kami berjalan-jalan di Dataran Merdeka. Oh, A ni baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi. oleh itu, alasan yang dia gunakan untuk mengajak kami (aku dan jiran aku) berjalan adalah untuk menangkap gambar. Sebagai seorang yang minat dengan kamera tetapi kurang skil, aku pun bersetuju la untuk keluar dengan A. dapat juga aku menangkap 1-2 keping gambar menggunakan DSLR nya..

Aku yang tangkap. warna dan pencahayaan kureng tapi aku suka. lantak la korang suka ke tak. Kalau suka, klik like (poyo)

Selepas Dataran Merdeka, kami ke Tasik Ampang Hilir. Menyedari yang aku tidak fotogenik sebagai model dan aku lebih gemar menangkap gambar dari menjadi gambar, pada pertemuan seterusnya aku telah membawa emak dan adik untuk menjadi model dan aku diberi kebenaran untuk menggunakan kameranya.
Di Taman Tasik Ampang Hilir. Aku sedar aku tak fotogenik.. bagi gambar belakang suda.. Gambar ini ditangkap dan diedit oleh A


Kenapa aku cerita semua ni dengan teliti? Kerana aku nak menunjukkan betapa akrabnya hubungan kami. Tapi aku tak sangka, orang yang aku percaya, rupa-rupanya sangat tak percaya pada aku.

A tangkap gambar adik aku..

A ada memberitahu aku yang keluarganya akan datang ke KL (A orang Sabah). Alasan yang diberi adalah sengaja untuk melihat-lihat. Keluarganya telah pun selamat sampai pada hari Jumaat yang lalu. Aku ada bertanyakan agenda A sekeluarga pada hari Sabtu. jawapan yang diberi agak kabur, jadi aku anggap dia hendak membawa keluarganya bersiar-siar di sekitar KL. sambil-sambil tu ada juga kami berbalas sms.

Gambar aku yang paling aku suka. lepas ni, takde dah nak berangan lagi..
Malam itu, apabila aku online, aku terbaca status awek A yang sudahpun bertukar kepada 'bertunang'. aku lihat pula gambar-gambar. ya, memang sah lah yang A sudah bertunang siang tadi. Huh! cuba teka apa perasaan aku? Teka! Teka! Teka la cepat!

Aku bengang! Aku sms A " Kenapa tak bagitau akak yang awak nak bertunang?"
Jawapan A " A takut, kalau A bagitau, akak tak nak keluar dengan A"

Aku banyak tangkap gambar A. Kesian, dia ada gambar orang je. Gambar sendiri tak banyak
Ok... situasinya sekarang ialah, aku tumpang happy yang si A ni dah bertunang. Tapi dalam masa yang sama aku bengang kerana A tak beritahu aku perkara itu lebih awal. Jujur, kalau dia beritahu lebih awal pun, aku tak kisah keluar dengannya. Tetapi aku marah kerana dia tidak jujur dengan aku. Dia tidak percaya pada aku. Siapa yang faham point yang aku cuba sampaikan?

Kami masih berkawan. Ya lah, takkan lah aku nak putus kawan kerana isu itu? Tetapi memang aku sudah tambah 1 lingkaran baru untuk menambah jarak antara aku dengan dia.

Gambar aku yang kononnya macam cover novel. Blah lah.. tak caye

Wahai lelaki, kenapa anda berselindung benda yang tak patut diselindungkan? Jujurlah dalam perhubungan. Terutamanya bila menjadi kawan. Takkan la aku tak nak berkawan dengan orang semata-mata kerana dia nak bertunang. Aku moden ok.. Setakat berkawan, aku tak kisah.

Aish.. Tak paham aku!

Ahad, 26 Disember 2010

tolong bagi tajuk yang sesuai.. hahahaha

Ini adalah rentetan dari entry sebelum ini. aku ada tanya,

"Kalau korang nampak mata aku berair dan dalam masa yang sama aku tersenyum, agak-agaknya, apakah perasaan aku pada masa tu?"

dan beberapa orang telah respon pada soalan itu. lebih tepat lagi, 3 orang (terima kasih =D)

Aku akan bagi jawapan cliche iaitu. semua jawapan adalah betul.. tiada jawapan yang salah.. cliche kan? Kenapa? Sebab, akan ada beberapa situasi di mana kedua-dua keadaan tadi (berair mata dan tersenyum) hadir serentak. jadi, macam mana nak bezakan perasaan yang mana satu?

1- Kalau mata air aku banyak dan aku tiada usaha untuk melindung keadaan aku yang berair mata tu (kadang-kadang siap ada air hidung lagi), tu tandanya aku sedang mengantuk.

2- Kalau air mata tu sikit, kebetulan aku tengah tengok cerita romantik, dan lepas tu aku bagi komen, tu tandanya aku terharu tengok cerita tu (sila ingat, aku adalah seorang yang berjiwa fairytale)

3- Kalau air mata tu sedikit, senyuman aku pun kecil, dan aku mengelak pandang orang, tu tandanya aku tengah sedih.

Aku tiada air mata gembira. Air mata terharu ada tetapi air mata gembira tiada. Kalau gembira, aku akan terus senyum sahaja. Dulu, aku tiada air mata kesedihan. Air mata aku hanya untuk mengantuk dan kemarahan (kalau dah marah, mestilah tak senyum kan? jangan tanya soalan pelik-pelik). tapi sekarang dah ada.

Satu lagi, biasanya aku lambat bereaksi terhadap sesuatu perasaan. Gembira contohnya. Aku tidak akan gembira sebaik sahaja mendapat beria gembira. Perasaan gembira aku akan muncul selepas beberapa jam. Selepas aku dapat mencerna kegembiraan tu. Begitu juga dengan kesedihan. Aku lambat mencerna perasaan sedih. Perasaan yang paling mudah untuk aku cerna dan beraksi ialah perasaan terharu (biasanya kalau tengok drama la nih) dan perasaan marah. Sebab itu, aku cepat membidas kata-kata orang yang tidak sependapat dengan aku.

oleh itu, janganlah sesiapa mengharapakan reaksi segera daripada aku melainkan orang itu sanggup dijerkah oleh aku. Betul ni. Don't play-play!
p/s: kalau aku sorang-sorang, air mata aku berjurai-jurai ok? hehehe

Jumaat, 24 Disember 2010

mode: biru-biru...

aku nak menulis blog.. tapi hati aku tak berapa nak ada. biasa la.. 24 hari bulan.. hurmm... 25 ni birthday adik bongsu aku =)

aku ada 1 soalan.

kalau korang nampak mata aku berair dan dalam masa yang sama aku tersenyum, agak-agaknya, apakah perasaan aku pada masa tu?

Khamis, 23 Disember 2010

jawapan dari staf proton..

Sebagai seorang yang sangat sayangkan proton, aku nak share 1 artikel yang ada orang share di FB. artikel dia agak panjang, jadi sila tabahkan hati membacanya. dan artikel ini sudah agak lama kerana penulis mengatakan yang savvy adalah model ternini mereka. so, aku rasa, artikel ni maybe dalam tahun 2005-2006 la kot. so, maybe xde la update sangat maklumatnya.. Cuma aku harap, lepas dah baca benda ni, jangan la kutuk lagi proton tu.. tak nak sokong sudah. tapi jangan la kondem.

====================================================

[Sumber asal dari forum MKMU.net]


Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON. 



“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam, boleh nampak besi cair yang dituang ke dalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2 liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0 liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pula, hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy 100% body dibuat di Malaysia.



“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri tapi orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita. Memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.


“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka, mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik, laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang, lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang? Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton milik Malaysia.



“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.

Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu, orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia, Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer hampir sama kan? Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai, cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana, sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy – 100% didesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disini banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well, kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu. In tact. Kukuh. Saudara saudari, Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu, adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok, masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.



“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah, kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.



“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)


Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la, siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua-bekas Proton, Head of Styling-bekas Proton, Head of Planning-bekas Proton, Head of Production-bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services-bekas Proton. Rata-rata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them, orang lain ambil cara senang je.

Naza pula, Head of R&D-bekas Proton, Head of Production-bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton. DRB Pekan-Head dia pun bekas proton, Inokom-head dia pun bekas proton. Itu kira head je, bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So, orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?



“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja, buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara... 
1- berapa banyak kaki tangan Proton? 8000.
2- Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton?100,000 orang.
3- Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik?

Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak, sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara, Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh, Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif, tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea, cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea,susah. Sebabnya:
‎1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun, Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia, kutuk lagi ada.

Saudara semua, kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal. tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka, kenapa kita tidak boleh? Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampir masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India, nak masuk ke sana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea. Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuatnya patriotik diaorang. Kita, apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German. Bukan tak boleh buat... Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia?

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional. Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalaman bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang, kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman, Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar, sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan, saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen, proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi, Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy, check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… switch to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna technology 70an?

Rabu, 22 Disember 2010

TIME AFTER TIME - Cindy Lauper

i have promised before that I shall write in english every Wednesday to improve my English. As predicted, i got no idea on what shall I write in my entry.

so i guess, i can put a song lyric maybe? just as an introduction. not for u guys.. but for myself.. haha..

ok.. today i am going to give you all the song that I favour from my childhood till now..

actually, there are few version of this song. but i like the one sang by cindy lauper the  most. her voice.. the music. yup.. the music. it is the main reason i lke cindy lauper version..

so, enjoy the lyric. and search for the song.. it really nice..

========================================
Title: Time After Time
Singer: Cindy Lauper

Lying in my bed I hear the clock tick,
and think of you
caught up in circles confusion--
is nothing new
Flashback--warm nights--
almost left behind
suitcases of memories,
time after--

sometimes you picture me--
I'm walking too far ahead
you're calling to me, I can't hear
what you've said--
Then you say--go slow--
I fall behind--
the second hand unwinds

chorus:
if you're lost you can look--and you will find me
time after time
if you fall I will catch you--I'll be waiting
time after time

after my picture fades and darkness has
turned to gray
watching through windows--you're wondering
if I'm OK
secrets stolen from deep inside
the drum beats out of time--

chorus:
if you're lost...

you said go slow--
I fall behind
the second hand unwinds--

chorus:
if you're lost...
...time after time
time after time
time after time
time after time

Selasa, 21 Disember 2010

memujuk diri..

Aku selalu kata, "nak orang yang tinggi, kurus, kacak, baik, kaya dan kelakar.."

Orang selalu kata pada aku, "Biasanya kita takkan dapat apa yang kita nak."

tapi aku selalu balas balik, " Saya berpegang kepada Tuhan tu Maha Pemurah. Dia mesti bagi apa sahaja yang kita nak. Cuma cepat atau lambat je"

korang rasa macam mana? Aku dah mula terasa yang kata orang tu betul.. Kita takkan dapat apa yang kita nak. Seakan Tuhan nak menguji kita. Kenapa? Sebab selalu sangat dah, aku tak dapat orang yang aku suka.

Tapi... aku juga yakin. Bila kita tak dapat sesuatu yang kita suka, mestiAllah dah sediakan yang lagi baik untuk kita...

Aku memang pandai memujuk diri sendiri kan? kan? heheheh...

Isnin, 20 Disember 2010

Bumi Malasia memang dahsyat

1- Rakaman video aksi ranjang adik beradik bawah umur tersebar..

2- Gadis ditikam 20 kali dan disimbah asid

3- Gadis ditikam 3 kali dan dikelar

4- Jurutera mengaku gay

5- Isteri cun rm14000...

Dahsyat betul bumi tempat aku tinggal ni. Apa lagi yang lagi dahsyat? Tolong tambah list aku. Aku tak berapa nak ingat. Rasa macam banyak je lagi.

Jumaat, 17 Disember 2010

Aku semakin comel (ewww..)

Kisahnya.. rumah aku (rumah ayah aku sebenarnya) sekarang tengah ada sedikit kerja ubah suai. Ayah aku takde idea nak buat apa agaknya dengan duit pencen dia (suruh beli kereta baru, dia tak nak. Aish..) Dia minta kontraktor pasang skirting pada siling dan lantai. Lepas tu tukar sikit lampu, dan tukar warna dinding (aku akan merindui dinding hijau itu.. Dulu kami sendiri yang cat warna hijau tu)

Disebabkan kerja ubah suai itu, maka aku tak dapat nak online (malas la nak pasang cabut modem tiap hari.. lama-lama boleh longgar/patah kabel tu), apatah lagi nak update blog walaupun idea datang mencurah-curah. Dan disebabkan aku tak catatkan idea aku di mana-mana, idea itu hanyut macam tu sahaja (tolong percaya alasan aku ini). Oh, sekarang ni aku sedang berlintas langsung dari pejabat emak di Risda Jalan Ampang.

Aku sebenarnya bertugas untuk mengawas SPM tahun ni (ooppss!!! aku sepatutnya merahsiakan hal ini) dan minggu ini adalah minggu aku tak perlu mengawas. Aku ingatkan, aku dapatlah memenuhkan hari aku dengan menulis blog, mempromosikan kedai aku di FB, membaca komik online, dan macam-macam lagi. tapi semuanya tinggal angan-anagan..

Hari-hari aku diisi dengan jadual yang hampir sama setiap hari. Pagi aku akan hantar emak ke pejabat, selepas itu aku akan pulang ke rumah dan.. tidur! Ye.. itulah kerja aku setiap hari.. Tidur dan tidur dan tidur (ya lah, apa lagi aku boleh buat? nak menonton TV, ayah dah conquer TV, nak online, memang tak dapat, nak baca buku, buku adik aku jiwa-jiwa sangat). Menjelang pukul 4.10 baharulah aku bertolak untuk menjemput mak aku pulang dari pejabatnya.

Hasil kesungguhan aku tidur disertakan dengan makan yang banyak, aku telah berjaya menambah berat badan aku! Yeehaa!!!! Serious, aku kena fikir kaedah untuk membuang 20kg dari berat badang aku.. huhu... (boleh bayangkan tak aku terlebih berat badan sama dengan berat 2 kampit beras 10kg? GULPP!!)

Arghh!!! Apa lagi yang boleh aku ceritakan? Aku memang tak buat apa-apa.. Isnin ni hari terakhir SPM.. Hari terakhir aku dapat menjamu mata melihat budak-budak comel (ewww.. buruk bunyinya). Lagi seminggu mesyuarat guru akan bermula. dan bermulalah kalendar 2011... Ohh.. aku mahukan cutiku yang hilang..

p/s: Aku tension betul di kala aku tak boleh online, orang lain pula update blog dan fb laju-laju..

Jumaat, 10 Disember 2010

En. KENari dicium pula

kelmarin, masa nak hantar mak aku pergi kerja, ada sebuah kereta merc belakang aku ni macam tak sabar. asyik cuba nak memotong. aku buat toya sahajalah memandangkan aku memang takkan bagi punya. hehehe..

sampailah ke sebuah selekoh kami nak keluar ke jalan utama. di hadapan kereta aku ada kereta lain. bila tiba giliran aku, tiba-tiba... "BAM!" ok.. bunyinya tidak sekuat itu tapi memang kereta aku telah disondol manja oleh kereta mercedez itu.

ok. sebelum aku bercerita lebih lanjut, wajib aku ingatkan korang semua yang aku ni bukanlah seorang cikgu perempuan yang baik serta comel. aku dikenali sebagai seorang yang garang, baran, brutal dan tomboy.. sila ingat fakta itu baik-baik ya

so, selepas dicium dengan penuh kelembutan, aku pun toleh ke belakang, sebaik sahaja aku lepas ke jalan utama, merc yang tidak sabar itu ada lagi di belakang aku dan terus aku keluarkan jari hantu yang comel ini di luar tingkap. khas untuknya. tapi aku tak menyumpah kerana mak aku ada dalam kereta tu. tapi aku puas hati dapat tunjuk jari aku padanya. huh!

tiba-tiba, merc yang tidak sabar itu berhenti pula di lampu isyarat sedangkan lampu baru kuning masa tu. itulah kali terakhir aku dapat melihat kereta mahal itu.. mujur, sebagai seorang kakak anggota polis yang berkaliber, mak aku telahpun mencatat no plat kereta itu. nombor platnya ialah WCD.. eh... jap.. aku check fb aku balik..

apakah kesan ciuman merc terhadap en. Ken? hurm.. bumper sedikit renggang dan lampu di bawah tu (aku tak tau nama dia) terkeluar dari soketnya.. aku tengok, dalam soket tu, macam ada patah sikit. aku harap, tak mahal la bayaran untuk membetulkannya..
ha.. lampu ni la yang terkeluar dari tempat dia.. apa nama lampu ni? tapi ni bukan kereta aku tau. mesti di pun kena cium dengan merc ni.. merc memang minat KENari

bosan? hahaha.. aku terpaksa juga cerita. nanti korang semua kata aku penulis blog yang tenggelam timbul la pulak.

Rabu, 8 Disember 2010

menggilap bahasa inggeris yang semakin berkarat

baru je lepas pergi ke blog kawan. dia ni adalah kawan semasa matrik. masa tu, level kami sama sahaja. bila masuk u, kami dalam akulti yang sama walaupun kursus berbeza.

habis u, dia menyambung master di utm dan terus menyambung PhD di situ dan akhirnya sekarang menjadi pensyarah di sana. aku? seperti yang kalian semua tahu, menjadi seorang guru..

berbalik dengan cerita tadi. aku baru sahaja kembali dari mengunjungi blognya. huhu.. sekali lagi dia berjaya buat aku rasa rendah diri. blognya ditulis dalam bahasa inggeris! sesuatu yang aku belum mampu untuk lakukan. ya! bahasa inggeris aku memang berkarat. dulu pun memang dah berkarat. sekarang lagi la berkarat. maklumlah, aku memang tidak menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian aku.

dan aku rasa, kelemahan aku untuk bertutur dalam bahasa inggeris la merupakan punca aku tidak lepas setiap kali menghadiri PAC.

bukan kawan aku yang seorang ini sahaja yang semakin berbakat dalam bahasa inggeris. seorang kawan aku sudahpun bertunang dengan lelaki dari UK.. huhuh.. hebat kan? dan mereka sebenarnya suatu masa dulu adalah sama aras sahaja dengan aku. apa yang membuat mereka berubah? amalan bertutur dalam bahasa tersebut.

jadi, aku kononnya bercadang untuk menulis blog dalam bahasa inggeris pada setiap hari rabu bermula dari minggu hadapan. ok tak? mungkin bahasa inggeris aku sangat kelakar tetapi aku harap dengan masa, kemahiran bahasa inggeris aku semakin baik.

macam mana? ok tak rancangan aku ni?

p/s: takut nanti aku ngelat tak nak tulis blog tiap hari rabu. hehehe..

aku menyengal lagi..

ini adalah rentetan dari entry Taman Tasik Ampang Hilir..

seperti yang aku nyatakan, resolusi gambar aku adalah rendah. aku sendiri tak puas hati dengan kualiti gambar tu. tapi aku terpaksa buat begitu supaya memory henfon aku tak penuh.

semalam, sambil aku jaga peperiksaan, aku telah menggodek-godek kamera aku. macam mana ye? sekali, aku teringat sesuatu.. memory card telefon aku adalah 2GB! maka sepatutnya tak timbul isu memory full.. hampeh!

terus aku set resolusi kepada maksima.. semua setting pun aku buat yang paling ganas (ala.. kamera 2 megapixel je. ganas mana pun) dan aku memasang cita-cita untuk pergi ke tasik pada petang itu untuk menangkap gambar baru.

nasib tak menyebelahi aku.. petang tu hujan.. maka tidak la sesuai untuk aku menangkap gambar.

nak dijadikan cerita, aku ada hati la nak cuba keluar dari kawasan tasik melalui jalan selain yang dah ditunjukkan dalam peta oleh kawan aku..

disebabkan aku adalah ratu sesat, maka aku x berjaya la untuk tembus ke MRR2 walaupun kat seberang jalan je. sebaliknya aku telah berpusing-pusing dalam kawasan pandan dan nyaris menuju ke arah pusat bandaraya.

kesesatan aku menyebabkan mak aku terpaksa menunggu aku (aku ambil mak dari pejabat) selama lebih kurang setengah jam.. huhu..

moral: jangan memandai-mandai nak try jalan lain yang tidak diketahui.. dan memory 2GB sangat besar.. huhu.. jangan menjatuhkan maruah memory card.. hahah

Sabtu, 4 Disember 2010

Taman Tasik Ampang Hilir

Hari ini hari jumaat. Tiada kertas SPM hari ini sebab ada negeri yang bercuti pada hari Jumaat. Maka aku tiada aktiviti kecuali memerap di rumah sahaja.

Disebabkan hendak mengepos baju yang dibeli oleh pelanggan (Alhamdulillah), aku telah berkejar ke pejabat pos untuk memastikan aku sempat menggunakan perkhidmatan pos laju hari ini juga. Selepas mengepos, masih banyak lagi masa sebelum aku perlu menjemput emak dari pejabat.

Maka, sekali lagi, aku telah pergi ke Tasik Ampang Hilir. Dengan masa lebih kurang 40 minit, aku yakin aku sempat meneroka tasik ini. ok.. bukanlah meneroka tasik. Aku tidak pandai berenang. maksud aku, meneroka taman tasik.. (Kenapa macam pelik je?)

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah berjaya aku tangkap. Tapi minta maaf la kerana aku hanya menggunakan telefon kamera yang telah aku set kepada 800x600 dpi kerana aku tidak mahu memory card aku cepat penuh. gambar ini juga langsung aku tidak sunting. Oleh itu, kalau gelap ke.. apa ke.. maafkan je ya

Tempat aku bermula. aku berdiri di atas jambatan. pendek sahaja jambatan itu tetapi aku suka sangat. nampak pokok besar itu? itu pokok kegemaran aku di tasik ni.

Inilah pokok besar yang aku katakan tadi.. cantik kan?

Antara gambar kegemaran aku.

Langit petang di Ampang

Maaf aku tidak tahu bagaimana untuk set makro pada kamera

Gambar gelap kerana aku mengadap matahari

Gambar yang paling aku suka. tak tahu kenapa aku terasa seperti di Miami.. hahaha

Bangunan kuning di sebelah kiri itu bukan sekolah ye. Ia adalah dewan serbaguna. Ada ala-ala homestay tak?

Air tasik ada pasang surut ke?

Cantik kan?? Ngaku je la..




Ni dah dalam perjalanan ke kereta ni.

Masa yang aku habiskan untuk menangkap gambar dan berjalan di tasik ni adalah lebih kurang setengah jam. Itu pun aku terpaksa jalan laju-laju masa patah balik ke kereta kerana sudah sampai masa untuk menjemput emak dari pejabat.

Oh, lupa nak beritahu. taman tasik ni tidak seperti tasik-tasik lain yang mana pengunjung boleh mengelilinginya. Sebaliknya pengunjung terpaksa berpatah balik kerana di satu sisi tasik ini terdapat rumah. Kiranya macam semi detached la tasik ni..

Agak cantik juga tasik ni tetapi peliknya berbau busuk. Aku tak pasti punca bau busuk itu. Adakah dari bau baja organik (sebab bahagian yang berbau busuk tu nampaknya bakal ditanam dengan pokok) ataupun bau bangkai (aku bajet bangkai tikus la). Satu lagi yang kurang menarik ialah air tasik yang agak keruh. Aku tidak pasti disebabkan sampah atau sebaliknya.

Aku akan ke tasik itu lagi. Aku harap, bersama masa, tasik itu akan menjadi lebih cantik lagi.. dan bersih. jangan la kotorkan tempat-tempat begini..

Rabu, 1 Disember 2010

aku bukan curang

aku ada pengakuan.

"aku sekarang aktif facebook!"

haha.. baru beberapa hari yang lalu, aku kata aku lagi suka blog dari facebook. kenapa sekarang tiba-tiba lebih aktif facebook?

aku aktif facebook ada 3 sebab:
1- aku tengah ketagih 2 permainan mencari harta karun. jadi, masa aku di facebook banyak main permainan tu je.
2- aku sekarang buka kedai jual baju kurung dalam facebook tu. ada la sikit-sikit.. baju kurung, dress, baju ala-ala taiwan/korea.. akan ditambah lagi dengan baju t shirt muslimah dan cardigan insyaAllah untuk lengkapkan baju tanpa lengan atau yang berlengan pendek
3- untuk hari ini sahaja. aku tak jaga peperiksaan hari ini. jadi, aku jenguk facebook dengan harapan ada kawan yang free untuk aku ajak keluar. keputusan: tiada. semua sibuk. aku pun akan keluar dengan mak sebentar lagi.

jangan risau, blog masih lagi keutamaan aku. aku masih sayang kalian. sambil-sambil baca blog aku ni, teruslah pergi melawat kedai aku di facebook ye.. Ana.Shoppa
Ni la lambang kedai aku. kalau jumpa, jangan la lupa ketuk pintu ye..

Ahad, 28 November 2010

sains ada jawapan tetapi Allah pemberi jawapannya

sekarang adalah masa untuk cerita fringe. disebabkan cerita tengah ditayangkan, maka adalah tidak mungkin untuk aku bercerita tentang episod hari ini.

ya, aku nak bercerita tentang episod minggu lepas.

minggu lepas punya cerita adalah tentang seorang profesor yang telah menemui cara untuk kembali ke masa silam. dia nak balik ke 10 bulan yang lalu untuk menyelamatkan tunangnya dari dilanggar lori. tindakannya ditentang oleh hero (tua) sebab bagi pendapatnya, perkara yang sudah berlaku tidak boleh diubah kerana jika ia diubah, perkara lain akan turut terpengaruh.

dalam masa hero (tua) tu nak mempengaruh profesor tu supaya mengubah fikiran dan menerima keadaan seadanya, dia menceritakan pula kisahnya kepada profesor tersebut. hero (tua) kata dia telah bersalah kepada anaknya. anaknya yang sebenar telah mati dan anaknya sekarang adalah anaknya di dimensi lain (kononnya ada dimensi lain. org di sana adalah sama dengan orang di dimensi kita - tak perlu pening. ini adalah cereka sains.. mereka tipu je)

jadi, hero (tua) cuba memberitahu profesor itu yang segala-galanya telah ditetapkan oleh tuhan. dan dia masih lagi menunggu isyarat dari tuhan yang dia telah dimaafkan kerana mengubah takdir (isyarat kemaafan yang dipinta = tulip putih). profesor pula menjawab, tuhan itu tidak wujud. sains itu adalah tuhan kerana sains boleh menjelaskan segala-galanya.

akhirnya, profesor itu tekad dan kembali semula ke masa silam. dia tidak menyelamatkan kekasihnya sebaliknya naik kereta tunangnya itu dan mati bersama. sebelum mati, profesor sempat melukis tulip atas kertas A4 putih (tulip putih) dan mengamanatkan rakannya untuk serahkan kepada hero (tua) pada waktu yang ditetapkan.

yup, kelihatan seperti dia benar. sains benar-benar telah menunaikan hajat hero (tua). kerana sains, profesor dapat kembali ke masa lalu dan mengirimkan tulip putih kepada hero (tua)tetapi profesor itu lupa satu perkara..

siapakah yang menggerakkan hatinya untuk melegakan perasaan bersalah hero (tua) itu? ya.. jawapannya ialah tuhan. sains mungkin ada jawapan untuk semua tapi tuhan la yang membenarkan kita menemui jawapannya..

p/s: jangan pertikai lagi. tiap kali disebut tuhan memang Allah yang dimaksudkan.

Sabtu, 27 November 2010

tentang seseorang -anda

huhu.. aku x ingat tahun berapa. tapi masa aku belajar kat UPM la. glamour sangat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC). memang hot sangat la cerita tu. tapi aku tak minat sangat sebab aku rasa watak Cinta tu tak best. adalah penting bagi sesebuah filem untuk mempunyai heroin yang best dan tak terlalu mementingkan boyfriend hingga membelakangkan kawan. lagipun cerita tu tak kelakar. sebab tu aku suka Eiffel I'm In Love. cerita tu cute.

tapi aku bukan nak cerita pasal movie. walaupun aku tak suka cerita AADC tu, aku terpaksa akui, lagu dia memang best la. 1 album lak tu best. membuatkan aku minat pada Melly Goeslow. suara dia, lagu dia, best la. memang aku tak pandang la Kris Dayanti atau Rossa tu.

so, kali ni aku nak share salah satu lagu yang aku suka dari filem AADC tu. tapi bukan Melly yang nyanyi.  lelaki.. band kot.. aku share lirik je. xde hati nak copy paste youtube.. cari je la.. mesti jumpa..

p/s: aku sebenarnya tengah biru.. tapi aku tau perasaan jangan diikut sangat.. 

=========================================
Tajuk: Tentang Seseorang
Artis: Anda

Teruntukmu hatiku,
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya,
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu,
tanya s’lalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih

Kepada yang tercinta,
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri,
mencari jawab pasti

[#:]
Akankah, seseorang,
yang ku impikan ‘kan hadir
Raut halus,
menyelimuti jantungku

[Reff:]
Cinta hanyalah cinta,
hidup dan mati untukmu,
mungkinkah semua tanya,
kau yang jawab
Dan tentang seseorang,
itu pula dirimu,
ku bersumpah akan mencinta

[Interlude]

[#] ~~ [Reff]

Oh ~ [Reff] (x2)

Khamis, 25 November 2010

kasihan mereka..

hurmm.. sebelum ni aku cerita tentang betapa manusia ni menakutkan. kali ini aku nak cerita betapa kasihannya nasib yang menimpa sesetengah manusia ni..

kisah 1
dia merupakan seorang guru baru di sekolahnya. pada tahun itu dia diarahkan oleh pihak sekolah untuk mengawas peperiksaan. dia akur meskipun dia belum sah jawatan. mungkin kerana dia memang tidak berkira ataupun kerana tidak mahu dianggap keras kepala. malang tidak berbau, dalam perjalanan dia untuk mengawas peperiksaan, dia telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. ini telah menyebabkan beliau lumpuh. disebabkan beliau belum sah jawatan, kerajaan tidak bertanggungjawab untuk membayar pampasan atau menanggung kos rawatannya. disebabkan cacat juga, beliau kehilangan pekerjaan. isterinya meninggalkan dirinya kerana dia sudah tidak dapat menanggung isteri yang baru sahaj dikahwininya...

kisah 2
mereka berdua berkahwin pada usia muda. si isteri merupakan seorang yang lincah. si suami membawa ibunya yang sakit tinggal bersama mereka. maka, si isterilah yang menguruskan ibu mertuanya itu. semasa mengandung kali pertama, si isteri telah mengalami keguguran. perkara biasa jika ibu mengandung terlalu lasak. tidak lama selepas itu, si isteri mengandung lagi. tetapi, disebabkan beliau selalu terpaksa mengangkat ibu mertuanya yang sakit, sekali lagi beliau keguguran. tidak tahu di mana silapnya sama ada kerja doktor yang tidak cermat ataupun kerana menunggu terlalu lama, daging (anak yang sudah mati) sudah mula rosak. kuman dari anak itu telah masuk ke dalam tulang belakangnya. sejak itu, beliau sering sakit belakang dan tidak sihat.. si suami? masih lagi sihat seperti tiada apa yang berlaku..

======================================

apa lagi yang aku boleh kata? aku tak dapat bayangkan jika aku berada di tempat mereka.. terima kasih Allah kerana kau tidak menduga aku dengan dugaan yang tak mampu aku pikul.

p/s: sekali lagi, aku gagal mencari gambar yang sesuai.

Rabu, 24 November 2010

manusia sangat menakutkan

kisah 1
dia hanyalah seorang office boy. dia ingin mendapatkan seorang wanita yang berjawatan pegawai. untuk memastikan dia berjaya menambat hati wanita itu, dia mengatakan yang dia adalah seorang akauntan di sebuah jabatan kerajaan. setiap kali berdating, dia akan meminjam kereta yang agak hebat dari rakannya yang berjawatan. akhirnya, dia berjaya mengahwini wanita tersebut. keluarga wanita tersebut sebaik sahaja mengetahui perkara sebenar, segera mendesak agar anak mereka memohon cerai kerana lelaki itu menipu. untuk menambat hati keluarga mertua, lelaki itu telah pergi berjumpa bomoh. apa kaedah yang digunakan, aku tak pasti namun sekarang, memang mertuanya sayang padanya.

kisah 2
dia menyukai lelaki itu. dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga tetapi dia tetap suka lelaki itu. lelaki itu bukan muda lagi. sudah 50 tahun. anak-anaknya sudah besar.setiap hari mereka akan bersarapan bersama. dipendekkan cerita, untuk memastikan lelaki itu suka padanya, dia telah membuat sesuatu agar perasaan lelaki itu pada isterinya tertutup. isteri lelaki tersebut terpaksalah mencari jalan agar perkara itu dapat dirawat. sehingga sekarang, kedua-dua wanita ini masih merebut kasih lelaki tersebut

kisah 3
tidak tahu di mana silapnya, hubungan yang sangat akrab dahulu bertukar menjadi permusuhan. Gee bermusuh dengan Ani kerana Ani terlalu rapat sehingga tidak dapat memberi ruang kepada Gee. Gee mengambil keputusan untuk berkawan dengan orang lain (Yah, Nia, Ju, Ima dan Zah). kawan yg dirasakan dapat menyokongnya. bersama kawan baru, mereka menjadi kawan yang sangat akrab.semua orang tahu kumpulan itu. mereka semua benci kepada Ani. semua yang Ani buat tak kena pada mereka. malah kadangkala jika berpeluang, mereka akan mengenakan Ani. pernah mereka sengaja menyusahkan Ani dengan menghilangkan barang dalam jagaan Ani supaya ani disalahkan.
tiba-tiba segalanya berubah. kumpulan itu terpecah kepada 2. Gee, Yah, Ima dan Nia (kumpulan 1) dan Ju dan Zah (kumpulan 2). bila keadaan sudah berubah, kumpulan 1 bercadang untuk mendedahkan segala rancangan jahat yang dilakukan oleh kumpulan 2 terhadap Ani. maka kini, terbongkarlah segala rahsia.

===================================================

banyak lagi kisah lain. belum lagi kita cerita tentang orang yang meminta sedekah kerana kerjaya itu lebih memberi pulangan berbanding kerja lain. aku masih ingat lagi masa radio ERA buat liputan pasal pengemis yang ada 9k di badan dan 16k di bank. hebat kan?

belum lagi cerita orang yang sanggup mencacatkan orang lain supaya mereka boleh dipaksa meminta sedekah. belum lagi tentang orang yang menjual orang lain. belum lagi cerita tentang suami yang sanggup jual isteri ke pusat pelacuran. belum lagi cerita haruan makan anak. belum lagi cerita simbah asid segala bagai...

harap-harap, Allah tak menjadikan aku sebahagian dari mereka. kalau korang tengok aku dah jahat sikit, cepat-cepatlah tegur ye.

p/s: sorry tak ada gambar. tak tau nak letak gambar apa

Sabtu, 20 November 2010

korang dah lupakan aku ke?

huhu... aku rasa aku dah pernah cakap. tapi aku akan cakap lagi..

AKU LEBIH SUKA BLOG DARIPADA FACEBOOK!

kenapa aku suka blog? sebab aku rasa blog memberi lebih ruang kepada aku untuk ekspresi diri aku yang sebenar. aku boleh luah semua yang aku nak luah sebab:
1- tak ramai orang baca blog aku. jadi, aku boleh cakap apa sahaja yang aku suka
2- orang yang membaca ni semuanya tak kenal aku. so, aku tak perlu segan-segan. macam kat FB tu, ramai kawan real life aku. aku ni macho dalam dunia nyata. so, aku tak nak la keluarkan statement jiwa-jiwa depan mereka.. haha
3- kalau ada pun orang yang kenal aku yang baca blog aku ni, mesti orang tu suka aku sangat-sangat sampai sanggup baca bebelan aku. macam la tak cukup aku membebel dalam dunia nyata
4- aku dapat beberapa kawan maya (tak pernah jumpa muka) melalui blog. aku baca kisah mereka dan mereka baca kisah aku

tapi, bila kebelakangan ni aku kurang update (sebab kurang idea dan kesuntukan masa), aku mendapati pengunjung blog aku semakin berkurang. tak mengapalah. biasalah tu. macam mana nak jana trafik kalau tak menulis kan?

cuma, aku risau, adakah kawan-kawan maya aku pun semakin melupakan aku? aku tengok, jarang benar dah mereka menulis komen kat blog ni.. korang semua dah tak jenguk aku lagi ke? sampai hati...

aku tak tahu, bila baru aku boleh menulis dengan aktif macam sebelum ni.. idea aku sudah tidak selancar dulu.. aku bukan macam en. anif yang boleh ulas semua perkara semasa. atau macam en. kf yang indah bahasanya. atau macam mie yang comel je rasa sebab beria..

hurmm... takpelah.. kalau korang memilih untuk melupakan aku, apa lagi aku leh cakap kan? hurmm..


p/s: apa kes aku meratap macam ni?

Rabu, 17 November 2010

hari yang hebat! (tak buat kerja walaupun banyak yag tak selesai)

hurmm.. aku tengah mood jiwa-jiwa ni.. nak tulis benda yang tangkap leleh... tapi mesti korang semua termuntah kalau baca..

so, apa harus aku lakukan?

oh, aku banyak keje ni sebenarnya. tapi aku berjaya menghabiskan masa aku arini dengan bermain internet tak ingat dunia. esok kena la bertungkus lumus selesaikan segala hutang aku..

kerja cikgu memang senang. ada sesiapa yang sanggup ganti aku tak? aku janji aku siapkan dulu hutang tahun ni.. orang yang ganti tempat aku tu sambung je tahun depan

Isnin, 15 November 2010

annual lunch SMKPT 2010

hari ini ada annual lunch. merangkap majlis persaraan puan sabarathi. majlis persaraan beliau diawalkan memandangkan tarikh lahir beliau adalah pada 5/1. masa tu of course sekolah masih kalut la kan?? jadi xde la nk buat majlis segala bagai.

skip tentang majlis kat sekolah.. arini kami lunch kat felda villa.. huhu...

oh, sebelum aku pergi lebih lanjut, biar la aku gitau yg majlis puan sabarathi tu diadakan pada pukul 10.30 hingga pukul 1. so, bayangkan la kami berpanas di dewan terbuka ni..

tiba, bila gi pula ke felda villa ni, tengok-tengok ala2 taman la pulak.. adoi... maka ketiak aku yang busuk di sekolah, tidak sempat la berhibernasi dari proses perpeluhan (walaupun aku makan di sebelah dalam yang beraircond)..

di sini, aku akan sertakan gambar yg melebih2 sebagai penyeri entry kerana aku x tgkp gmbr kat sana ok.. aku pergi utk makan. bukan untuk tangkap gambar.. huhu... dan sila ingat, gambar yg aku letak adalah utk hiasa semata-mata.. aku x makan sebanyak itu...

yg 1st sekali aku attack ialah air batu campur.. huhu.. agak tawar la.. xtau mana silapnya..

lepas tu, aku amik karipap dan tembikai, serta rojak buah.. rojak buah best! dpt mangga dia peh!

lepas tu aku amik kerabu mangga dan coleslaw.. kerabu mangga dia mmg best.. sikit je  bawang (kalau xde, lagi bagus).. ada bunga kantan segala bagai!!! aumm!! tapi edisi terhad. mujur aku awal..
sedap gile felda punya kerabu.. tp sikit sgt.. xtop up lak tu

pastu amik mushroom soup dgn roti.. agak tawar la..tapi mungkin juga disebabkan after taste sebab aku dah makan macam2 sebelum tu..
tahniah kerana aku berjaya gak habiskan

pastu amik udang dan puyuh goreng...

pastu bihun sup utara..

pastu amik nasi beriyani dgn beriyani kambing.. nasi putih dan kupang, sayur campur, daging masak halia, sambal tumis sotong, ikan (stir fied) masak 3 rasa... masa amik main dish ni, perut aku dah mula kepenuhan dah..
mmg sedap gile nasi dia.. sungguh enak dimakan begitu saja.. kambing pon sedap

tapi mak ajar, makan mesti abis.. sape suruh mengada amik banyak2?? sila habiskan. so, sementara tunggu makanan turun,a ku ambil jeruk kedondong...
xleh banyak-banyak. sakit tekak!
tapi ada 1 benda aku xdapat. sate!!! huwawawawa!!!!
huhuhu.. nak sate dsaji.. sate pasar malam lain.. huhuhu..
sambil2 makan, ada la cabutan bertuah segala bagai.. kali ni, sekali lagi, jodoh aku adalah bersama tupperware.. huhu.. ada lak dapat hadiah clutch.. tapi tu 1 meja la dapat.. huhu.. aku punya kaler pepel... ada 1 group lagi best!! dapat tote bag.. tapi mak kata kita bersyukur dgn pemberian orang.. so, aku sangat hepi dgn clutch aku tu.. esok gak aku pakai..huhu...
pada aku yang paling bertuah adalah nazirah. dia dapat 2 kupon makan lunch kat KDE (best gile!! leh gi dgn pakwe) dan periuk stok merangkap steamer.. bapak!!! jeles seh.. tapi xpe la.. aku xpandai masak pon..

tahun depan nak periuk jugak!

hari yang haru!!

pagi ni aku kureng bernasib baik...

aku bangun kul 6 pagi. tu pun setelah telefon rumah aku berbunyi sebab mak telefon untuk kejut aku. nak mandi, teringat pula untuk panaskan lauk dan nasi. lepas tu barulah aku mandi.

disebabkan hari ni ada annual lunch.. dan tema pakaian adalah warna terang, maka aku pun nak la pakai baju kuning. lepas dah decide nak pakai baju kuning, haruslah aku mencari tudung yang sesuai kan? maka di sinilah aku menghabiskan banyak masa...

pendekkan cerita, aku keluar rumah pukul 6.55 pagi kot. MRR dah sesak.. 7.14 aku masih x dapat naik AKLEH...

sampai sekolah, aku terus parking depan, aku terus berlari untuk punch card.. aku try sekali xboleh, aku try lagi sebelah, xboleh. masa tu, punch card dah bunyi.. adoi.. aku cuba lagi.. berjaya.. malangnya, bacaan pada kad ialah 7.31.. argghh!!!! ini kali kedua dalam bulan ni.. last week sebab ambil makanan untruk jamuan..

selepas kecewa, aku dapatkan semula kereta untuk parking di tempat biasa. nak menambahkan haru, bila aku angkat je botol air, aku rasa ringan je.. rupa-rupanya air aku tumpah... habislah segala buku rekod koku anak murid aku... arghh!!!!!

haru kan? haru sangat2!!! sedih!!! wawawa!!!