KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 26 Disember 2010

tolong bagi tajuk yang sesuai.. hahahaha

Ini adalah rentetan dari entry sebelum ini. aku ada tanya,

"Kalau korang nampak mata aku berair dan dalam masa yang sama aku tersenyum, agak-agaknya, apakah perasaan aku pada masa tu?"

dan beberapa orang telah respon pada soalan itu. lebih tepat lagi, 3 orang (terima kasih =D)

Aku akan bagi jawapan cliche iaitu. semua jawapan adalah betul.. tiada jawapan yang salah.. cliche kan? Kenapa? Sebab, akan ada beberapa situasi di mana kedua-dua keadaan tadi (berair mata dan tersenyum) hadir serentak. jadi, macam mana nak bezakan perasaan yang mana satu?

1- Kalau mata air aku banyak dan aku tiada usaha untuk melindung keadaan aku yang berair mata tu (kadang-kadang siap ada air hidung lagi), tu tandanya aku sedang mengantuk.

2- Kalau air mata tu sikit, kebetulan aku tengah tengok cerita romantik, dan lepas tu aku bagi komen, tu tandanya aku terharu tengok cerita tu (sila ingat, aku adalah seorang yang berjiwa fairytale)

3- Kalau air mata tu sedikit, senyuman aku pun kecil, dan aku mengelak pandang orang, tu tandanya aku tengah sedih.

Aku tiada air mata gembira. Air mata terharu ada tetapi air mata gembira tiada. Kalau gembira, aku akan terus senyum sahaja. Dulu, aku tiada air mata kesedihan. Air mata aku hanya untuk mengantuk dan kemarahan (kalau dah marah, mestilah tak senyum kan? jangan tanya soalan pelik-pelik). tapi sekarang dah ada.

Satu lagi, biasanya aku lambat bereaksi terhadap sesuatu perasaan. Gembira contohnya. Aku tidak akan gembira sebaik sahaja mendapat beria gembira. Perasaan gembira aku akan muncul selepas beberapa jam. Selepas aku dapat mencerna kegembiraan tu. Begitu juga dengan kesedihan. Aku lambat mencerna perasaan sedih. Perasaan yang paling mudah untuk aku cerna dan beraksi ialah perasaan terharu (biasanya kalau tengok drama la nih) dan perasaan marah. Sebab itu, aku cepat membidas kata-kata orang yang tidak sependapat dengan aku.

oleh itu, janganlah sesiapa mengharapakan reaksi segera daripada aku melainkan orang itu sanggup dijerkah oleh aku. Betul ni. Don't play-play!
p/s: kalau aku sorang-sorang, air mata aku berjurai-jurai ok? hehehe

2 ulasan:

  1. saya adalah orang yg paling senang nangis sebab happy. gila! memalukan je! masa skolah dulu. masa dpt result pmr ngan spm sy nangis. smapai cikgu gelak smbil kate 'nape awak nangis??' choiiii!!!

    lagi satu paling teruk, orang lain jadi best student, sy pulak yg nangis.. hampeh tol! reason? best student tu mukanya sama ngan sy.. aduusssss

    BalasPadam
  2. hahahaha... menangis sebab muka sama tu yg paling x leh blah tu...

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama