KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 4 Disember 2010

Taman Tasik Ampang Hilir

Hari ini hari jumaat. Tiada kertas SPM hari ini sebab ada negeri yang bercuti pada hari Jumaat. Maka aku tiada aktiviti kecuali memerap di rumah sahaja.

Disebabkan hendak mengepos baju yang dibeli oleh pelanggan (Alhamdulillah), aku telah berkejar ke pejabat pos untuk memastikan aku sempat menggunakan perkhidmatan pos laju hari ini juga. Selepas mengepos, masih banyak lagi masa sebelum aku perlu menjemput emak dari pejabat.

Maka, sekali lagi, aku telah pergi ke Tasik Ampang Hilir. Dengan masa lebih kurang 40 minit, aku yakin aku sempat meneroka tasik ini. ok.. bukanlah meneroka tasik. Aku tidak pandai berenang. maksud aku, meneroka taman tasik.. (Kenapa macam pelik je?)

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang telah berjaya aku tangkap. Tapi minta maaf la kerana aku hanya menggunakan telefon kamera yang telah aku set kepada 800x600 dpi kerana aku tidak mahu memory card aku cepat penuh. gambar ini juga langsung aku tidak sunting. Oleh itu, kalau gelap ke.. apa ke.. maafkan je ya

Tempat aku bermula. aku berdiri di atas jambatan. pendek sahaja jambatan itu tetapi aku suka sangat. nampak pokok besar itu? itu pokok kegemaran aku di tasik ni.

Inilah pokok besar yang aku katakan tadi.. cantik kan?

Antara gambar kegemaran aku.

Langit petang di Ampang

Maaf aku tidak tahu bagaimana untuk set makro pada kamera

Gambar gelap kerana aku mengadap matahari

Gambar yang paling aku suka. tak tahu kenapa aku terasa seperti di Miami.. hahaha

Bangunan kuning di sebelah kiri itu bukan sekolah ye. Ia adalah dewan serbaguna. Ada ala-ala homestay tak?

Air tasik ada pasang surut ke?

Cantik kan?? Ngaku je la..




Ni dah dalam perjalanan ke kereta ni.

Masa yang aku habiskan untuk menangkap gambar dan berjalan di tasik ni adalah lebih kurang setengah jam. Itu pun aku terpaksa jalan laju-laju masa patah balik ke kereta kerana sudah sampai masa untuk menjemput emak dari pejabat.

Oh, lupa nak beritahu. taman tasik ni tidak seperti tasik-tasik lain yang mana pengunjung boleh mengelilinginya. Sebaliknya pengunjung terpaksa berpatah balik kerana di satu sisi tasik ini terdapat rumah. Kiranya macam semi detached la tasik ni..

Agak cantik juga tasik ni tetapi peliknya berbau busuk. Aku tak pasti punca bau busuk itu. Adakah dari bau baja organik (sebab bahagian yang berbau busuk tu nampaknya bakal ditanam dengan pokok) ataupun bau bangkai (aku bajet bangkai tikus la). Satu lagi yang kurang menarik ialah air tasik yang agak keruh. Aku tidak pasti disebabkan sampah atau sebaliknya.

Aku akan ke tasik itu lagi. Aku harap, bersama masa, tasik itu akan menjadi lebih cantik lagi.. dan bersih. jangan la kotorkan tempat-tempat begini..

18 ulasan:

  1. fuyoo!!
    berphotoshoot nampak...
    sambil dating ke??
    heheee

    BalasPadam
  2. dating hapa?? tunggu ko x sampai2 pon =p

    BalasPadam
  3. Cantik pemandangan tangkap gambar pakai DSLR?

    BalasPadam
  4. erk? bangga giler.. bukan dslr.. pakai kamera telefon je.. resolusion rendah giler..

    ni yg bersemangat nak tangkap gambar byk2 nih

    BalasPadam
  5. i like ur pics n ur story... kelihatan amat jujur... gmbr yg jujur akan terlahir wpun tanpa bercerita... cerita yg jujur melengkapi kisah pada gambar...(ini pandangan saya..), teruskan berfoto dan menulis!

    BalasPadam
  6. tq ye.. =) hepi giler bila orang cakap camtu.. hehe..

    p/s: kalau boleh, next time, jgn la tanpa nama lagi ye? x best.. boleh tulis nama awak.. pilih option nama/url..=D

    terima kasih semua.. ni yang nak tangkap gambar sokmo ni.. macam mie selalu buat.. hehe

    BalasPadam
  7. sonoknyerr gi tasekk kaans.. ehehe

    BalasPadam
  8. aah.. seronok.. tapi kita kamera fon je.. org tu pakai dslr..

    BalasPadam
  9. Salaam. Nk tanya, if you dont mind sharing. Tasik ni yang dekat jalan ampang tu eh? Kat situ ada dewan kan, mcmana nak contact owner dewan tu, if nak buat majlis kawin?

    BalasPadam
  10. hurmm.. tasik ni under dbkl.. so, rasanya kena tanya dbkl la..

    BalasPadam
  11. Oh ok thanks for your reply :) igtkan bawah mpaj ke :)

    BalasPadam
  12. tu la.. ingatkan bwh mpaj gak. tiba masa g toilet, tgk tiket dia dbkl

    BalasPadam
  13. bau busuk sebab tasik ampang hilir ni bukan TASIK.. dia bekas lombong

    BalasPadam
  14. well, tu satu.. tapi bukan sebab tu je.. sebab, kalau ikutkan, titiwangsa pun lombong.. tapi tak sebusuk tu..

    faktor utamanya ialah longkang-longkang lot rumah di sekeliling tu, disalurkan ke tasik..

    hari tu pergi dengan kawan.. waktu pagi.. ya ampun!!!! bucuk gila!!! dengan tengok air longkang kaler hitam nye... semua datang dari rumah-rumah yang berhampiran (rumah tanah lot)

    ikan pulak, memang besar2 gila... banyak dapat zat organik kot

    BalasPadam
  15. Haih banyak kenangan dgn bf kat sini :'(

    BalasPadam
  16. terima kasih atas ulasan anda tentang taman tasik ini.. permasalahan yg berbau busuk adalah berpunca dari sumber air yang masuk ke dalam tasik ini. punca air msuk ke tasik ni adalah dari longkang perumahan dan pekan ampang point. saya sebagai pegawai dbkl yg menyelia taman ini berbesar hati mmbaca blog anda.. terima kasih atas kunjungan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas respon. lepas pergi kali ketiga dan sempat pusing2, sy pun buat kesimpulan mmg longkang tu yang buat jadi busuk

      tp tu la yang ruginya.. tasik dah cantik..

      Padam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama