ini adalah rentetan dari entry Taman Tasik Ampang Hilir..
seperti yang aku nyatakan, resolusi gambar aku adalah rendah. aku sendiri tak puas hati dengan kualiti gambar tu. tapi aku terpaksa buat begitu supaya memory henfon aku tak penuh.
semalam, sambil aku jaga peperiksaan, aku telah menggodek-godek kamera aku. macam mana ye? sekali, aku teringat sesuatu.. memory card telefon aku adalah 2GB! maka sepatutnya tak timbul isu memory full.. hampeh!
terus aku set resolusi kepada maksima.. semua setting pun aku buat yang paling ganas (ala.. kamera 2 megapixel je. ganas mana pun) dan aku memasang cita-cita untuk pergi ke tasik pada petang itu untuk menangkap gambar baru.
nasib tak menyebelahi aku.. petang tu hujan.. maka tidak la sesuai untuk aku menangkap gambar.
nak dijadikan cerita, aku ada hati la nak cuba keluar dari kawasan tasik melalui jalan selain yang dah ditunjukkan dalam peta oleh kawan aku..
disebabkan aku adalah ratu sesat, maka aku x berjaya la untuk tembus ke MRR2 walaupun kat seberang jalan je. sebaliknya aku telah berpusing-pusing dalam kawasan pandan dan nyaris menuju ke arah pusat bandaraya.
kesesatan aku menyebabkan mak aku terpaksa menunggu aku (aku ambil mak dari pejabat) selama lebih kurang setengah jam.. huhu..
moral: jangan memandai-mandai nak try jalan lain yang tidak diketahui.. dan memory 2GB sangat besar.. huhu.. jangan menjatuhkan maruah memory card.. hahah
Cari cerita lama
Aku terkini
sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali
* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda
Rabu, 8 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
memory card ada maruah..
BalasPadamheheee
haha.. ada.. ada..
BalasPadamLepas ni beli la satu unit GPS pulak. Nanti tak sesat lagi :)
BalasPadamAsyik main redah aje.. banyak masa terbuang.
haha.. mujur sesat tu dekat2 je.. tp kadang2 frust jugak.. huhuhu
BalasPadamkan boleh rujuk manual!
BalasPadammanual apa? henfon? isk.. bape lama punya cite nak cari buku.. huhu
BalasPadamKena cari handset yang ada built in GPS. Nokia MusicXpress sesuatu yang menarik untuk dimiliki :-) Dapat 8G lagi
BalasPadamhehe.. entah saya reti guna ke tak nanti.. hehe
BalasPadamhaahhahahahah mai mmg sengal! best2
BalasPadamerkk?? memang sengal ke?? baru pasan.. =p
BalasPadam