KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 8 Disember 2010

menggilap bahasa inggeris yang semakin berkarat

baru je lepas pergi ke blog kawan. dia ni adalah kawan semasa matrik. masa tu, level kami sama sahaja. bila masuk u, kami dalam akulti yang sama walaupun kursus berbeza.

habis u, dia menyambung master di utm dan terus menyambung PhD di situ dan akhirnya sekarang menjadi pensyarah di sana. aku? seperti yang kalian semua tahu, menjadi seorang guru..

berbalik dengan cerita tadi. aku baru sahaja kembali dari mengunjungi blognya. huhu.. sekali lagi dia berjaya buat aku rasa rendah diri. blognya ditulis dalam bahasa inggeris! sesuatu yang aku belum mampu untuk lakukan. ya! bahasa inggeris aku memang berkarat. dulu pun memang dah berkarat. sekarang lagi la berkarat. maklumlah, aku memang tidak menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian aku.

dan aku rasa, kelemahan aku untuk bertutur dalam bahasa inggeris la merupakan punca aku tidak lepas setiap kali menghadiri PAC.

bukan kawan aku yang seorang ini sahaja yang semakin berbakat dalam bahasa inggeris. seorang kawan aku sudahpun bertunang dengan lelaki dari UK.. huhuh.. hebat kan? dan mereka sebenarnya suatu masa dulu adalah sama aras sahaja dengan aku. apa yang membuat mereka berubah? amalan bertutur dalam bahasa tersebut.

jadi, aku kononnya bercadang untuk menulis blog dalam bahasa inggeris pada setiap hari rabu bermula dari minggu hadapan. ok tak? mungkin bahasa inggeris aku sangat kelakar tetapi aku harap dengan masa, kemahiran bahasa inggeris aku semakin baik.

macam mana? ok tak rancangan aku ni?

p/s: takut nanti aku ngelat tak nak tulis blog tiap hari rabu. hehehe..

4 ulasan:

  1. caya lah cikgu brat!!
    gue sokong.. heheee

    BalasPadam
  2. yeay!! ko sentiasa menyokong aku. kalau aku dapat award, aku mesti sebut nama ko. =p!

    BalasPadam
  3. Manusia berubah kita kena terima hakikat samada lebih baik atau sebaliknya. Saya pun mengalami situasi sama ikut kawan-kawan lebih kurang sama sahaja tak sangka sekali-sekala dah ada master dan ada yang melanjutkan Phd. Manakala saya sama masih ditakuk lama

    BalasPadam
  4. huhu.. yup.. tapi saya memang kuat cemburu orangnya. rasa cemburu ni yang kadang2 jadi pendorong untuk saya jadi lebih baik. diharapkan, dengan cemburunya saya terhadap kawan2 yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris dan dah dapat PhD ni, saya pun akan ikut jejak langkah mereka

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama