Menulis, sama seperti bertutur adalah sesustu yang kita kena buat setiap hari untuk master. Faham-faham sahajalah maksud aku. Bukanlah bertutur yang biasa tu sebab memang sure la tiap hari kita bercakap. Maksud aku ialah bertutur dalam bahasa asing, contohnya Bahasa Inggeris.
Masa aku sekolah dulu, kawan-kawan aku meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris mereka dengan membaca buku Sweet Valley Twin, Sweet Valley High.. bla.. bla.. bla.. Aku akui, aku sedikit terlambat bermula. Tapi takpelah. lebih baik terlambat dari tak mula langsung kan?
Akhirnya, aku berjaya mula membaca buku cerita Inggeris. Agak mengambil masa la untuk aku habiskan 1 buah buku tu. Dengan membaca buku Inggeris pun, Imaginasi menjadi semakin.. hurmm.. luas? haha.. ok.. jadi, aku lepas la ujian di matrikulasi aku.. MUET pun bolehlah.. cukup la untuk mengelakkan aku dari kena mengambil kelas Inggeris di UPM.
Kisahnya, kawan aku ni dapat band 2 je dalam MUET.. Kira hampeh giler la tu.. kena ambil kelas BI di UPM.. Tapi tak lama lagi, kawan aku tu (orang yang sama) akan berkahwin dengan mat saleh dari London. Kawan-kawan dia pun ramai mat saleh dah. Cakap memang berabuklah. Berbanding dengan aku, yang dulu dapat band yang ok tetapi disebabkan kurang mengamalkannya (bertutur dan menulis), maka, PAC PTD pun aku tak lepas. Betapa cokianya aku sekarang.
Begitu juga dengan menulis. Masa sekolah dulu, Aku boleh menulis nopen (novel pendek) 16 bab. Sebabnya, masa tu, kitorang 1 sekolah semua gila menulis cerita. Sekarang? masa tengah gian berblog, aku boleh menulis entry-entry yang baik. aku boleh menulis cerita yang aku suka contohnya macam cerita ni dan cerita ni (aku tak tau korang suka atau tak, yang pastinya aku suka)
Tu yang tiba-tiba aku cuba membuat sedikit preview cerita baru dalam entry sebelum ni. Nak asah balik skil. Tapi, aku sendiri rasa entah apa-apa entah.. sangat childish.. dan disebabkan aku childish, mulai esok, aku bercadang nak tulis karangan kanak-kanak. Ye, aku nak tulis karangan aku sebuah layang-layang.. kembali ke zaman darjah 5 dengan harapan, skil aku dapat dipertingkat. Come on la.. aku suruh budak meningkatkan diri tapi aku sendiri tengah merudum.. Jadi, aku pun kena cuba meningkatkan diri sendiri. betul tak?
Ok la. esok kena pergi sekolah. Nak tanda buku. Aku rajin kan? Wakakaka...
p/s: Rumah sukan aku dapat no 2 merentas desa Jumaat lepas. Aku serius kena minta budak aku usaha lagi untuk kalahkan rumah Laksamana. Go Bendahara!
Practice makes perfect.. Tiada jalan pintas :)
BalasPadamgo bendahara....
BalasPadamgo bendahara....
rajinnya cikgu!! hehe
anif: yup! betul tu.. ni nak kena revise balik la ni..
BalasPadammie: hohoho!! cikgu ini memang beria!!! hehehe
BalasPadamTidak cara lain dengan berlatih dan jadikan amalan akan membantu perbaiki kelemahan penguasaan didalam bahasa Inggeris
BalasPadamyup.. memang kena berlatih. cuma payah sikit sebab nak cakap dengan budak2 mereka tak paham..
BalasPadam