KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Rabu, 5 Januari 2011

Hari ketiga..

Aku tunggu dalam kereta, tak juga muncul. tunggu di stesen LRT pun, x nampak batang hidung. Dah 3 hari aku tunggu. Masih tak nampak bayang atau petanda pun yang dia nak muncul. Kenapa lambat sangat dia muncul sedangkan aku memang perlukan dia sangat masa ni? Selalu macam tu, bila aku perlukan dia, mesti dia kecewakan aku. 

Kejap.. kalau difikirkan balik, dia memang tak pernah muncul. ok la.. Ada la sekali sekala tetapi selalunya memang takde la.. Dia memang tak nak sokong aku ataupun aku ni memang pemalas, aku pun tak pasti..

Masalahnya, aku sangat memerlukan dia sekarang. disebabkan dia takde, aku buat kerja lain yang tak berkaitan sedangkan banyak lagi benda lain aku kena buat..

MOOD.. oh MOOD... tolonglah datang.. aku nak kena taip senarai nama budak rumah sukan.. nak kena buat RPT.. nak kena urus mesyuarat kelab.. kena buat buku rekod.. semua nak minggu ni. Tolonglah muncul.. aku terdesak ni..dah hari Rbu dah ni.. Hari Jumaat semua kena setel. Dah la Sabtu ni ada LDP..

Surat untuk loan pun aku tak siapkan lagi tau! Adeh!!

4 ulasan:

  1. Hehe.. kalau "mood" boleh diseru tentu best :)

    BalasPadam
  2. kan? lagi best kalau boleh petik-petik atau kutip kt mana-mana.. senang hidup

    BalasPadam
  3. datang lah!!
    datanglah!!!!

    kejap lagi datang la tu

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama