Keluar rumah jam 6.47 pagi. Hujan yang turun boleh tahan juga lebatnya. Membuatkan kereta sedikit penasaran. Ditambah lagi dengan bilangan kereta yang banyak kerana Subuh sekarang pukul 6.00 pagi. ramai sungguh saingan aku nak pergi kerja.
Lepas menurunkan mak di pejabatnya, aku terus menuju ke AKLEH. Hujan lebih lebat di situ. Namun tiada masalah besar. Sampai di Jalan Turn Razak, hujan sudah reda. Semasa meletakkan kereta, aku tengok, jam baru pukul 7.22pagi. kebetulan dekat HotFm tengah Panggilan Hangit.
Memikirkan yang aku masih ada banyak masa, aku mengambil keputusan untuk mendengar Panggilan Hangit. Entah kenapa, panjang pulak panggilan hangitnya.. Dalam masa aku dok mendengar Panggilan Hangit, Kak Anita sampai, Intan sampai, Kak Mazrah sampai..
7.26 pagi, Panggilan Hangit selesai. Aku bergegas untuk punch-in. Cis! Aku dah terlewat! Jam punch card sudahpun 7.32 pagi. Gara-gara nak mendengar Panggilan Hangit, pagi aku hangit. Aku tengok nama Kak Anita. Ala.. dia sempat... dia punch in pukul 7.29!!!! BENCI!
Aku mengadap Pengetua (biasa la.. dah lambat, kena la mengadap bos). dengan jujur, aku berkata, " saya mengaku salah saya. Saya dah sampai tetapi saya lewat kerana saya mendengar radio di kereta."
Jujur kan aku? huhu.. mujur aku tak beritahu Pengetua yang aku lewat kerana mendengar panggilan hangit. Huh!
Paling haru, di punch card pun aku tulis, terlewat kerana mendengar radio di kereta. Adoi!! Bendulnya aku!
Oh ya! Hari ini juga aku kantoi kerana tidak pernah punch-out. Haha!! What a day!
p/s: Tadi aku dah tulis di wall FB AG supaya jangan lambat sangat siarkan Panggilan Hangit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama