Dah 22 Januari tapi entry aku untuk bulan ni baru nak masuk 9 entry. Purata tak sampai 1 entry untuk 2 hari. Macam mana nak capai tahap blogger tegar macam en. anif? huhu...
Aku sebenarnya tengah sedikit kesyahduan. Aku tak pandai nak describe kesyahduan aku. Yang aku boleh katakan hanyalah perasaan aku sekarang sama seperti layang-layang dalam karangan "Aku Sebuah Layang-layang" yang ditulis oleh budak darjah 6. Kesyahduan ni menyebabkan aku sedikit payah nak menulis entry.
Oh, aku juga agak sibuk mengejar kerja-kerja sekolah. Menaip senarai nama, senarai alat, pelan itu, pelan ini.. Sekarang, semuanya mesti didokumenkan. Semua nak kena simpan. Semua nak kena difailkan. Waima keputusan ujian dan peperiksaan dalaman pun nak disimpan dalam fail. Padahal aku rasa keputusan tu takkan diguna untuk cari kerja nanti. Itu belum cerita tentang sijil kedatangan penuh, sijil karnival, sijil buat soalan, segala macam sijil. Entah apa fungsi sijil-sijil tu nanti, aku tak pasti. Agak-agaknyalah, kalau hilang fail-fail ni (yang ada result periksa sekolah, sijil-sijil kedatngan penuh), apa akan jadi?Aku rasa pihak sekolah ada simpan rekod kan?
Ok.. Sambil tu, aku juga sibuk download filem-filem di internet dan mencari rumah untuk dibeli. Aku cenderung dari kwasan Ampang ke selatan tanah air. Bukan apa.. dekat dengan kampung mak.Kalau korang ada tau mana-mana kawasan yang murah, bagitau ye
Aku rasa macam tak sabar-sabar la pula nak naik kereta kabel kat batu caves nanti. Akhirnya aku nampak la ke mana perginya peruntukan bonus yang kerajaan tak dapat bagi utk kakitangan awam.
harap-harap kali ni kereta kabel panjang macam ni. |
Oh, wahai orang Melayu, kalau nak memberi nilai tambah kepada anak anda, sila hantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan. Kerajaan tidak berniat untuk menutup sekolah-sekolah tersebut untuk memberi nilai tambah kepada murid-murid sekarang agar mereka dapat menguasai bahasa lain selain BM dan BI. kalau hantar anak pergi sekolah kebangsaan, rugi la anak anda. Tak pandai BM? Takpelah.. Masih boleh cari makan. Perpaduan? Sebab tu aku suruh korang hantar anak korang gi sekolah jenis kebangsaan. Janganlah asyik harap bangsa lain nak berbaik dengan kita. Kita pun kena berbaik dengan mereka.
Dah la. takde apa nak cakap. Oh ya!! Apa azam 2011 korang? Aku baru sahaja buat azam baru iaitu "berazam untuk cuba kurangkan tabiat memaki terutamanya di jalan raya". Doakan azam aku tercapai.
Eh, Kereta wajib ada airbag.. Kereta lama kena tambah la ye? tali pinggang keledar belakang pun aku tak pasang lagi.. aish!!! Banyak nak kena buat ni
p/s: Aku ada sedikit menyindir. Dapatkah korang detect kat mana?
p/s: Aku ada sedikit menyindir. Dapatkah korang detect kat mana?
aduhai..
BalasPadamxdapat den nak nolong...
hahah.. tang mana tu? menaip? xpe.. den buek sendighi
BalasPadamSederhana dan manis. Aku sedang berpikir untuk memulai blog lain atau lima segera, dan saya pasti akan mempertimbangkan tema ini. Keep em 'datang!.
BalasPadamnak berpindah blog? apa yang tak kena dengan yang lama? anyway, ni pun bukan blog aku yang pertama.
BalasPadamok tq..
BalasPadamFail kalau paling lama disimpan pun 5 tahun. Selepas 5 tahun rekod akan dilupuskan bergantung prosidur ISO yang diamalkan
BalasPadamlepas 5 tahun masuk arkib.. hehe.. tapi budak-budak sekolah, memang 5 tahun...
BalasPadamyang musykilnya cikgu-cikgu ni ha.. beria la kami dapat pelbagai sijil. sijil karnival, sijil buat soalan, sijil kedatangan penuh, sijil peningkatan prestasi mata pelajaran. tak tau la kenapa perlu semua bnda ni