KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 9 November 2008

aku yg sebenar...Part 1 (nak masuk bakul angkat sendiri jap)

apa yg korang tau tentang aku? hehehe... tu bukan lagi rahsia.. mulut xde insurans? err.... ada betul di situ...

hurrmmm.. mcm yg aku katakan pada tajuk posting ni.. ni adalah ruangan utk aku puji diri sendiri.. hehe.. nak buat camne, nak harap org puji, alamat sampai kiamat la xdapat...so, tadah je la ye... xpuas hati, xpe, ada ruangan komen.

pada aku, aku adalah seorang yg sangat jujur.. kalau aku nampak anak murid cina aku pakai baju kurung cantik sangat aritu, aku terus akan kata, "awak nampak cantik pakai baju kurung".
kalau ada orang kata minta maaf sbb buat aku kecewa, aku akan kata, " ya, saya kecewa dengan awk. cuba citer sikit nape awk camni?".
kalau ada org tanya orang tu hensem x? aku akan jawab "x" (tapi tu xbermakna dia tu huduh ye sahabatku..mungkin dia manis..menarik..tapi dah soalan dia hensem atau x kan..? salah aku ke?) kalau pada aku, org tu xsesuai rambut panjang, aku akan direct kata, " potong la rambut tu..nampak macam lelaki gatal..".. jujur gile kan?

aku juga kadang2 masuk dalam kategori lurus bendul (especially bila benda tu aku x patut lurus bendul..hehehe) sebagai contoh, bila pengetua aku tanya, "kenapa awak nak minta cuti?" jawapan aku ialah," saya nak keluar dengan mak saya". hasilnya? of course la x lulus cuti tu..
aku ingat lagi, masa kecik, aku merengek2 nak beli apam balik mini..last2 ayah aku bengang, dia pon bagi aku rm5 dan kata " ha! pergi la beli makan sampai puas". so, aku dgn lurus bendulnye, gi beli 20 keping apam balik mini... ha kau..makan la puas2..

aku ni kadang2 jenis yang x reti nak tunjuk ekspresi diri..aku leh salam 140 orang dengan ucapan yg sama dan nada yg sama...aku sebenarnya sangat excited orgnye..tapi xtau nape, aku akan reserve depan org ramai...bila depan org yg aku kenal, hehe....

aku ni sangat la suka berhubung..cukup la klu kwn lama aku kata "hai!" dalam mesej. nescaya akan aku balas dengan sepanjang2nye.. kalau tulis surat, x sah kalau x 2 muka.. tapi kalau buat kertas keje, aku la yg paling pendek..heheh..tere x?klu org lain 8 muka, aku leh wat 4...sama la minit mesyuarat pon..

aku ni sgt perahsia..kdg2 la..tp aku senang luahkan perasaan aku pada org yg aku nak/pilih..sape org yg aku pilih tu? biasanya org yg kwn2 aku x kenal n org tu gak biasanya org yg...tah...xleh nak describe...org tu x spesifik..lain masalah, lain org yg aku pilih. cuma, aku rasa, mmg ada sorang ni mmg dah jadi diari aku..aku x kisah klu dia xbalas. cukup la aku luah sorang2...

aku ni seorang yg berpandangan jauh..(hahahha) tapi sering dipatahkan dengan keputusan aku yg terburu2...aku ni pandai tapi kemalasan aku telah mengatasi kelbihan IQ aku..(sukati korang nak kata aku perasan ke apa..tapi tu kelemahan aku. aku x gunakan kelebihan aku. sebaliknya aku biarkan kelemahan aku tenggelamkan kelebihan aku tu) n aku ni cepat menyesal...

apa lagi aku nak bagitau korang?humm......nanti aku pikir lagi ye...kepada org yg kenal aku, tambah la pape yang patut..aku rasa, korang yg bergaul dengan aku, lagi layak menilai aku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama