KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 29 November 2008

aku yang sakit

khamis lepas aku punya giliran jaga exam stpm kat smk taman melati. sampai kul 8.30, calon x gak datang. so, kitorang decide utk tutup pusat peperiksaan. aku n kak ros gi carrefour. saje je sebab sehari sebelum tu, kami dah gi JJ

sampai carrefour, kami dok belek sana, belek sini..aku mcm biasa, tgk baju kurung siap. tiba2, aku ternampak tempat leh wat urutan refleksologi..pucuk dicita, ulam mendatang sungguh. tapak kaki aku mmg lenguh je 2-3 menjak ni.

kak ros pon nak je..so, kami hadapkan lah tapak kaki kami ni kepada makcik itu..sangat segan sebenarnya sbb dia buat kat luar tu. aku ingat wat kat dalam bilik ke...tapi aku hulur gak kaki aku...

"awak ni, selalu tahan kencing....buah pinggang kotor..." kata makcik tu sambil tenung tapak kaki aku."sakit lutut.."
" eh, xde lah" potong aku
" belum lagi..nanti dia tangkap la tu.."
"ooo.."
" kena kurangkan berat badan...darah tinggi xde..tapi kolesterol tinggi"
"ha??"
"usus awak tersumbat sikit...jantung awk pon ada salur yg tersumbat sikit..kalau awak naik tangga tiga tingkat, awak mengah kan?"
"ye..." tapi kawan yang lain pon gitu gak..kata aku dalam hati
" ada resdung dalam..kahak banyak..x terkeluar..dia simpan kat dalam.."
"resdung pon ada?"
"ada..kadang2 awk kurang sikit dapat hidu bau kan?"
"oo..ye la..."
"nak try bekam x?"
"xpe la cik..takut xsempat. pasni nak kena gi balik sekolah lagi.."
"ha..xpe la."
"1 cawan tu berapa makcik?"
"1 cawan rm15"
"oo..xpe lah..minggu depan"
"nak try akupunktur?ni kita boleh buat sekarang ni..cucuk dari luar je..."
"ha? alamak..sakit x?"
"x sakit..kita buat 4 batang je..try sebatang dulu, kalau sakit, kita stop.."
"oo...ok la"

makciktu pon cucuk la jarum pertama.
"sakit x?"
"x"
"tu jarum pertama dah masuk"
"oo..ye ke? boleh la lagi.."
dia cucuk lagi..jarum ketiga.."err..sakit sikit la yg ni.."
"oo..tu sbb usus awak ada tersumbat sikit. tu yg sakit tu"
dia cari port lain..ok..boleh masuk. sekali lagi dia try kat tempat tadi. xleh masuk, anjak sikit..boleh masuk akhirnya..

makcik tu tenung lagi tapak kaki aku..dia sambung urut.
" awak selalu sakit tengkuk.."
"aah..selalu..pastu bawa kat kepala"
"dapat rasa x jarum tu bekerja?"
"x"
"belum lagi kot.."
dia terus urut..

"xpe..semua yg awk kena ni, boleh lagi ubat..kita try mkn penawar. lepas 3 hari, awk leh rasa badan ringan je.."
"berapa harganya?"
"rm80"
gulp! "lain kali la. saya x cucuk duit lagi ni..minggu depan kot..masa saya nk bekam nanti"

akhirnya sesi mengurut tamat..
"err..jarum ni camne makcik?"
"tunggu 5 minit lagi"
sempat la aku usik2 jarum tu nak check tul ke dah masuk dalam..ke cucuk kat baju je..

makcik tu datang kat aku, dia cabut jarum tu. siyes x rasa apa masa cabut. tiba last sekali, jarum yg sakit masa nak masuk. aku ingat masuk je sakit. masa tarik lagi la ngil...terasa panjangnye jarum tu tertanam..aku ingat lagi rasa ngilu tu..

selepas bayar, aku gi toilet. rasa lain macam. aku nak check, berlubang ke perut aku tu..
check2, xde pape...syukur...alhamdulillah..

tapi perut ni rasa lain sikit lepas di akunktur ni..tempat yg ngilu tu, rasa tegang sikit (aku xsure rasa apa sebenarnye..) agaknye usus xtersumbat lagi kot...

nak bagitau rahsia..rasanya, aku x gi berbekam kat situ..xde duit lor..minta tolog kak dila je la nanti. kalau gi situ, aku nak akupunktur je lagi..dengar citer leh kurus! ahaks!

2 ulasan:

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama