KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Sabtu, 27 Ogos 2011

Maaf zahir dan batin

Maafkan aku kalau entry kali ni sangat geli geleman tapi aku nak tanya jugak.
"Siapa rindu aku?? Angkat tangan tinggi-tinggi cepat!!"

Jelas, aku sedang berada dalam kerunduman idea. Aku tak tahu apa nak tulis dalam blog. Tak nak salahkan kerja sebab sepanjang bulan puasa ni aku tak sesibuk mana. Tak nak salahkan adik-adik yang balik dan berebut untuk online sebab waktu kami online berbeza (tapi dalam hati, ada gak la salahkan. kena beratur ok). Semuanya memang atas kelemahan aku sendiri.. huhu..

Tapi takpe la. Malam ni mungkin malam terakhir aku online sebelum Syawal menjelang. Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf banyak-banyak dekat semua yang membaca blog ni. Minta maaf kalau aku terlebih cakap sampai korang terasa. Kurang bagi maklumat sampai korang rasa entry tergantung. Maaf kalau apa yang aku cakap buat korang tersinggung. Seriously, aku dah cuba tapis bahasa aku sebaik mungkin. Aku yang sebenar adalah lebih.. err.. baran? Kurang asam?

Pendek kata, maafkan aku atas segala keterlanjuran yang aku telah lakukan. Blog ini sebenarnya adalah tempat aku meluah rasa. kalau korang tak kenal aku di dunia nyata, kemungkinan besar cerita tu takde kaitan dengan korang. Jadi tak perlu la terasa. Mungkin prinsip kita tak sama. Itu sahaja... Sekali lagi, minta maaf banyak-banyak..
Seperti biasa, gambar adalah dicuri. Yup.. aku sedar kat situ tulis 1430H.. Tak kisah la tahun bila, motif gambar tetap sama.. Maafkan aku.. m( _ _ )m

p/s: Aku sedang berusaha untuk tulis cerita.. ala.. cersapen (cerita sangat pendek) je.. tapi aku perlukan masa untuk mengeluarkan idea.. tolong doakan idea tu keluar dgn lancar ye

Isnin, 22 Ogos 2011

Home Made Mask dan Toner untuk mengurangkan parut dan jerawat

Aku ada 1 pengakuan. Aku seorang yang sangat selekeh. satu-satunya rejim keacntikan kulit yang aku amalkan ialah cuci muka. Tapi, jujur aku katakan, aku sangat suka tengok perempuan make up. Aku sangat suka tengok perubahan yang berlaku pada wajah orang yang make up tu.

Jadi, sekarang ni, aku tengah khusyuk tengok youtube. terjumpa la pulak cara-cara nak buat mask dan tonaer ni.. Benda ni aku pau dari bubzbeauty di youtube.. hehe.. Kalau orang biasa minat Michelle Phan, aku plak minat bubz ni.. kiut gile!!!

Mask:
Bahan-bahan:
1 sudu teh cuka epal (apple cider)
2 sudu teh air teh hijau
7 sudu teh gula
1 sudu teh madu
botol kaca untuk penyimpanan

Langkah-langkah pemprosesan:
1- Campurkan semua bahan. Gaul hingga sebati. 
2- Masukkan dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk semalaman

Kaedah guna:
1- Ratakan mask ke seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut.
2- Urut muka dalam pergerakan membulat 2-5 minit. Jangan lebih 5 minit.
3- Biarkan mask pada muka selama 10 minit
Toner dari gambaran penulis

Toner
Bahan-bahan
1- 1/3 cawan cuka epal (apple cider)
2- 2/3 cawan air teh hijau

Langkah penghasilan:
1- campur kedua-dua bahan dalam botol
2- goncangkan botol dan simpan semalaman

Cara guna:
1- Sapu ke seluruh muka dan tepuk2 biar meresap dalam kulit
2- Pakai waktu malam sahaja. Bau cuka masam. Tak menarik untuk dibawa ke pejabat =p

p/s: dia kata, pakai 2 kali seminggu, dalam 2 minggu akan nampak perbezaan
p/p/s: Apple cider juga elok untuk orang yang nak kurus
p/p/ps: Jangan tanya aku la aku buat ke tak. Aku cuci muka tiap hari pun dah cukup bagus! Haha..

Ahad, 21 Ogos 2011

Beli yang perlu sahaja sudah...

Heboh kawan-kawan sekolah aku nak minta suami masing-masing belikan I-pad2. OK aku tipu. 2 orang je. Sorang memang dah pakai samsung tab. Kebanyakan memang dah beli smartphone (chup, smartphone tu apa ek? Blackberry kira smartphone tak?). Hanya aku dan beberapa orang lagi yang masih layan henfon biasa-biasa ni.
Memang cantik tapi mau habis sebulan gaji aku.. huhu

Seorang kawan aku (lelaki) dah selamat dah beli samsung tab (maafkan aku kalau aku asyik salah term dan nama sebab aku bukanlah seorang gadget savvy). Huh! Dia memanglah seorang lelaki yang gila gadget. keluarkanlah apa sahaja gadget yang menarik, tak lama lepas tu dia mesti beli (tak setia langsung pada gadget sedia ada kan?)
See?? Boleh tambah keybard what?? Tapi tambah duit la..

Alkisah, seorang kawan aku yang kepingin sangat nak pakai I-pad2 tu minta pandangan aku dan Anis. So, dengan jujurnya aku dan Anis pun memeberi la pendapat..

Soalan kitorang pada kawan kitorang ialah:
1- Adakah akak seorang yang gila internet? nak update status walau di mana berada?
2- Apa sebabnya akak nak beli I-pad? Apa kelebihan I-pad yang komputer lain takde?

Jawapan yang kami terima ialah, " Akak takde la asyik nak main internet. Cuma akak malas dah nak bawa laptop pergi kerja. Berat."

"Then, kenapa akak tak beli je netbook? Rasanya netbook lebih murah dan dia ada keyboard. Kalau I-Pad tu, dia touch screen. Nak keyboard boleh tapi kena tambah duit."jawab aku

"tapi, honestly, i sendiri tak suka pakai netbook. Tak feel ok nak buat kerja. Tak nampak, kecil sangat.. Baik pakai laptop besar. Puas hati nak buat kerja." Anis pula memberi pendapat.

"Haa.. why not, akak beli je laptop yang besar tapi ringan? Ada la beberapa laptop yang besar dan nipis.." aku meracun dia untuk beli laptop yang lebih mahal. Haha.. suami dia mampu.. tak salah kalau dia nak beli. Lain la aku dan Anis yang lebih baik simpan duit banyak-banyak kalau nak pergi jalan-jalan.

At last, kawan kami membatalkan hasrat nak beli I-Pad2.. Terima kasih kepada aku dan Anis.. Hahaha...

Please don't get me wrong. 1st of all, aku bukan la seorang yang anti-apple atau anti-gadget. Cuma, disebabkan kemajuan teknologi hari ini, aku yakin yang gadget-gadget ni akan terus berevolusi dan menjadi lebih hebat dari ke hari.

Tapi, kita sebagai pengguna patut tahu adakah kita benar-benar memerlukan sesuatu barang itu. Kalau kita tak perlu I-Pad, buat apa beli? Kalau yang kita perlukan adalah sebuah komputer, belilah komouter. Jangan beli produk lain yang kemungkinan besar kita tak perlu pun.

Untuk orang lain yang sentiasa kena update dengan dunia luar dan selalu kena buat presentation, I-Pad, Samsung Tab mungkin terbaik untuk mereka tapi cikgu??? Perlukah? Sedangkan cikgu lebih banyak menggunakan komputer untuk tujuan menaip (soalan, surat, masukkan data, dll)

Jujur, aku sendiri terliur dengan gadget-gadget yang menarik ini. Tapi setiap kali aku membuat penialaian adakah ini keperluan atau kehendak, aku dapati ia lebih kepada kehendak. Nafsu semata-mata!! Chewah!! Sedangkan aku mungkin lebih memerlukan duit tu di masa hadapan (nak jalan-jalan, beli rumah, jalan-jalan, beli kereta, jalan-jalan, nak kaya, jalan-jalan..)

Sekarang aku tengah berangan nak beli laptop yang lebih kecil (ringan sebenarnya) tapi setiap kali aku terfikir yang aku sudah ada Adik Toshi yang tak beri aku masalah ni, keinginan tu terbantut sekejap. 1 je masalah adik toshi ni.. berat gila.. Adeh!!!

Kesimpulannya, nak beli apa-apa sahaja sekalipun, sila tengok keperluan. Kalau tak perlu, tangguhkan la dahulu. Dapat-dapat mereka yang gajinya sederhana sahaja seperti aku. Lebih baik simpan duit tu untuk pergi haji dan buat beli rumah ok..

Kalau ko banyak duit, lantak la ko nak buat apa sekali pun.. Duit memang untuk dibelanja.. Bukan bawa masuk kubur... Oh, jangan lupa menderma dan berzakat pula ya.. Dan yang paling penting, jangan sebab nak duit banyak, ko tak kisah apa cara ko dapat duit tu..

Selasa, 16 Ogos 2011

Update pendek-pendek ja...

Aku mula terasa yang bulan mengambang memang memberi kesan pada aku. Sekarang aku rasa... hurmm... kosong! Aku rasa, tiap bulan, aku mesti mengalami perasaan yang aku tengah rasa sekarang. Cuma aku tak pasti bila. Jadi aku anggap-anggap je la biasanya rasa ni hadir masa bulan mengambang.. Aci tak? Hahaha...
Awww!!!!

Aku tak nak fikir pasal diet lagi dah. Biar la. Dah merajuk dengan penimbang. Nyampah!
Benci!

Tadi hari pertama aku mengajar kelas peralihan. Aku buat ejaan je tadi. Rabu ni baru aku suruh mereka bawa buku aku. Aku bercadang nak ajar mereka macam ajar budak darjah 1. Takpe ke? Biarlah.. Biar ajar macam budak-budak asalkan mereka pandai nanti.. ye tak?

Masa solat maghrib tadi, aku terdengar bai roti punya motor.. Hurmm... Kesian dia.. Dalam orang semua tengah berbuka, dia pula terpaksa jual roti untuk menyara hidup dia. dah la untung tak seberapa.. Aku harap, murahlah rezeki bai roti tu dan semua peniaga sekalian.. dan juga semua umat Islam.. Betapa mudahnya hidup aku berbanding mereka. Hurmm...
Rindu masa dulu-dulu.. selalu beli dengan bai roti la..

Sekarang ni, aku suka bebenor update blog macam ni je kan? Tah la.. Takde cerita yang nak aku kupas panjang lebar. Takpe la.. Bukan ada orang baca pun. Sekadar nak luah perasaan.

p/s: Siapa ada buku latihan darjah 2 yang dah tak pakai? Bagi aku boleh? Aku nak guna untuk ajar budak-budak peralihan ni..

Ahad, 14 Ogos 2011

Nak update pendek tapi terpanjang

Aku cuba buat update pendek-pendek je.. Ucapkan Good Luck pada aku

1- MATTA Fair sedang berlangsung di PWTC.. Aku berharap sangat ada geng untuk berjalan hujung tahun ni. Tolong la ada geng!! Tolong la ada.. Aku teringin nak berjalan masa cuti panjang.

2- Aku sedang khusyuk membaca blog-blog orang. blog Miss Morbids, bro, dont  like that la bro, utar boy comic, Bolehland, Eggyolk, Pajama forest dan Kontrol Histeria . Blog Miss Morbids, dont like that bro dan utar boy memang buat aku ketagih. Aku baca dari awal entry hingga latest entry dia. Bolehland, Pajama forest dan Eggyolk tengah on the way. Best la blog-blog ni. cuma kadang kala aku boring bila entry tu balik-balik adalah entry untuk promot barang untuk masuk pertandingan (ok, aku jeles sebenarnya sebab aku tak pernah jon pertandingan). Blog Kontrol Histeria pulak.. hurmm.. hurmm... Aku baca sebab aku suka idea dorang.. Cuma kadangkala.. terlalu urgh.. sadis? Entalah tapi aku masih baca. biasanya aku baca cerita yang ringan je la.. Yang ngeri-ngeri aku tak sanggup.

3- Hari ini birthday dia. Hari ini dia akan ke Korea. Aku?

Selasa, 9 Ogos 2011

TERIMA KASIH SEBAB BAGI BONUS..

Alhamdulillah.. sangat gembira bila tau yang kaki tangan kerajaan dapat bonus 1 bulan gaji. Seperti biasa, kerajaan ambil pendekatan beri separuh bonus masa nak menyambut aidilfitri dan separuh lagi masa hujung tahun nanti (Betul ke? Confident je aku. Harap-harap ye la)

Cuma, aku rasa aku lebih suka bila kerajaan bagi bantuan sama banyak pada semua penjawat awam. Macam tahun lepas kerajaan bagi semua penjawat awam RM1000. Aku lebih suka macam tu. Cuma amaun RM1000 tu terlalu sedikit. Aku cadangkan, bagi RM3000 pada semua penjawat awam..

Lalu korang pun akan berkata, "sangat tidak bersyukur perempuan ini"...
Oh yeah!! Oh yeah!!!

Hahaha... Seriously, manusia memang takkan puas dengan apa yang dia dapat. Tapi cadangan yang aku bagi ni bersebab. Sebab-sebabnya ialah:
1- Kebanyakan kaki tangan kerajaan yang bergred dan bergaji rendah terdiri daripada mereka yang baru berkeluarga. Anak semua kecil-kecil dan ada dalam 3-4 orang. Diharapkan dengan sumbangan/bonus sebanyak tu, dapat juga mereka menyimpan sedikit.. Serius, boleh tak korang bayangkan macam mana mereka hidup di KL dengan gaji bawah RM1000?? Sewa je dah RM500 minimum.. Belum lagi makanan, lampin anak, kenderaan
2- Kebanyakan orang yang bergred dan bergaji tinggi adalah mereka yang sudah tua. Denagn kata lain, anak semua dah besar panjang. Siap dah kerja jadi doktor lagi... Jadi, tak perlu la bagi mereka bonus sampai 1 bulan. RM3000 tu untuk seorang pun dah cukup. Percayalah, mereka tak perlu risau lampin cucu diorang
3- Secara logiknya, kerajaan akan sangat berjimat kalau semua kaki tangan kerajaan dapat bonus RM3000 seorang. kalau tak percaya, cuba kira sekarang. (ok, aku mula menyesal minta RM3000 je. Nak RM4000 boleh tak? Kerajaan tetap dapat jimat banyak dari bagi bonus ikut gaji. hehehe- See?? Manusia tak pernah puas dengan apa dia dapat)

Tu je buat masa ni. Sila ingat, aku sangat bersyukur denagn apa yang aku ada walaupun jujur, aku memang tak pernah puas. Ada je benda baru yang aku nak. Tapi serius, aku bersyukur sebab Allah memang mudahkan perjalanan aku. Cuma, aku selalu terfikirkan nasib mereka yang bergaji kecil ni. Aku kagum bagaimana mereka boleh hidup di bandar bernama KL ni..

Isnin, 8 Ogos 2011

Syaitan kena ikat tapi...

Kalau tak silap aku, dulu ada orang bagitahu aku, masa bulan Ramadhan, syaitan semua kena ikat. Tapi kenapa aku tengok minggu lepas, banyak sangat laporan kat berita kata orang kena bunuh?

Kalau diperhatikan, kebanyakan kes, semuanya serangan/ mayat dijumpai di rumah mangsa. Berita macam ni yang membuatkan semua rumah mengambil dasar pintu tertutup. Tak nak dah biar pintu tak berkunci, apatah lagi terbuka.

Contoh terdekat rumah aku la. Dulu rumah kami pintu terbuka je. Sengaja nak bagi angin masuk. Sebab tu peminta sedekah suka datang rumah kami. Sampai 1 tahap, peminta sedekah ni pakat bagi salam kat rumah aku je. Tak try pun rumah lain sebab rumah orang lain memang takkan buka pintu. Tapi sekarang ni, mak aku sendiri asyik pastikan yang pintu kami berkunci. Terutama masa ayah ke surau. Takut sangat kalau tiba-tiba ada orang yang tak diingini yang masuk.

Aku adalah orang yang berpegang kalau dah ajal, kaedah macam mana pun, meninggal juga la. Tapi aku lebih tenteram kalau orang tu mati sebab sakit atau kemalangan (ok aku jahat) tapi apa yang aku sampaikan di sini ialah, aku lebih suka kalau kematian tu bukan disebabkan oleh sikap manusia yang kejam.

Ye sacara saintifiknya manusia juga adalah sejenis haiwan tapi boleh tak jangan berperangai macam haiwan? Ada sebabnya kenapa Allah bagi kita akal. Tolong gunakan boleh tak? Ada sebab juga kenapa Allah bagi kita hati dan perasaan.

Dan yang paling utama, haiwan membunuh untuk memstikan kelangsungan hidup dia. Dia membunuh (lebih tepat memburu sebenarnya) untuk mendapatkan makanan. Yang kau manusia, kau dah samun orang tu, dah la. Buat apa nak ambil nyawa?

Dah la. Aku nak pastikan aku dah kunci pintu ke tak Aku harap semua umat Islam selamat dari melakukan kejahatan dan menjadi mangsa kejahatan.. hurmm..

Ahad, 7 Ogos 2011

Selera makan tetap membara di bulan Ramadhan

Sedar tak sedar, dah seminggu dah kita puasa. Aku tengok anak bulan pun dah mula remaja. Dah separuh dah. Macam cepat sangat masa berlalu. Fasa pertama Ramadhan dah nak berakhir dah.

Kononnya, aku bercita-cita untuk melatih diri aku untuk jangan makan banyak-banyak masa bulan puasa ni. Masa sebelum puasa dulu, dah pasang niat, konon masa sahur dan berbuka nak makan kurma sahaja. Sila baca sekali lagi NAK MAKAN KURMA sahaja.

Hakikatnya, dah dua hari aku makan nasi 2 round masa berbuka. Habislah.. Baju-baju semua memang dah makin mengecut (sila baca dan fahamkan betul-betul).. Ada peluang la raya ni aku pakai baju saiz L pula. Ternyata aku belum cukup bijak mengawal nafsu makan aku ni..
Harap-harap, aku lebih bijak dalam 3 minggu akan datang ni. Sangat tak best untuk beralih saiz. Baju semua elok lagi.. Sayang nak buang.

Kalau korang ada idea macam mana nak kekang selera makan aku yang hebat ni, sila beritahu aku ya?

Selasa, 2 Ogos 2011

Perkaitan antara makanan dan kehidupan

Apakah rasa makanan yang paling sedap? Manis? Kalau macam tu, gula la makanan paling sedap di dunia. Bukan manis? Habis tu? Pedas? Kalau macam tu, cili la makanan paling sedap dalam dunia. Bukan juga? Habis tu? Masam? Senanglah.. makan sahaja cuka setiap hari.

Apa pula rasa yang paling tak sedap? Pahit? Habis tu, kenapa ramai orang berhabis duit untuk minum kopi di Starbucks?

Hakikatnya, makanan yang sedap tak terdiri dari satu rasa sahaja. Beberapa rasa dan rencah dimasak bersama barulah menghasilkan masakan/makanan yang sedap. Misalnya tomyam (oh, tiba-tiba teringin nak makan tomyam pulak dah). Pada tomyam ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Sama juga dengan kopi. Rasa pahit ditambah rasa lemak dan manis... Ummm...
Perghh..

Yup, memang rasa pahit kopi lain. Tak sama dengan pahit panadol. Tapi masih lagi pahit kan?

Dan, walaupun aku sangat suka tomyam, aku rasa, aku tak mampu nak menelan tomyam setiap hari dalam setahun. Kadangkala aku perlukan variasi dalam hidup.

Begitu juga dengan hidup. Memang secara teorinya, kita nak hidup kita manis sahaja. tak nak lah pahit-pahit ni. Tak nak lah nangis-nangis, syahdu-syahdu ni. Kalau boleh, tiap hari nak hidup dengan tersenyum dan gelak ketawa.

Hakikatnya, hidup ni sama juga macam masakan. Perlukan adunan secukup rasa. Takkan manis sentiasa. Mesti ada masam, masin, pedas dan pahit (hoh, tadi kata suka kopi la, koko la.. tapi pahit tak suka). Dan jika kita dah biasa dengan adunan itu, sekali-sekala, Tuhan akan bagi kita adunan yang baru (asyik tomyam je, sekali-sekala pekena paprik pun sedap juga kan?)
Aku suka paprik yang berkuah. Boleh letak kat nasi

Kenapa? Supaya hidup kita lebih berperisa. Supaya kita dapat belajar dari apa yang kita lalui. Supaya kita tidak rigid (kaku/kelu/terkedu) bila berhadapan dengan sesuatu perkara.

Ye, kadangkala kita tak sukakan perisa yang kita tak biasa. Tapi, kalau kita belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perisa baru tu, mungkin satu hari nanti kita dapat menerimanya.

Dan yang paling penting, Kita akan paling menghargai sesuatu makanan tu semasa kita lapar (tak percaya, cuba la bagi makanan kat orang yang kebuluran/ dah beberapa hari tak makan). 

Kalau diterjemahkan dalam kehidupan, kita akan menghargai apa yang kita miliki pada waktu kita sangat memerlukannya. Jadi, bersabarlah kalau nikmat tu belum tiba lagi. Pada saat kita memerlukannya, Tuhan pasti akan beri dan masa tu, alangkah nikmatnya hidup ni.

Oh, kalau kita tengok ada orang susah hendak menerima apa yang berlaku dalam hidup dia, jangalah maki dia. Sebaliknya pimpin dia untuk menerima apa yang berlaku. Ajar dia makan tomyam tu. Mana tau, lain kali, dia pula yang akan ajar kita makan laksam?