KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Ahad, 19 Jun 2011

Cerita tentang mata

Huhuhu.. aku berlagak macam baru 2 bulan kenal internet. Sekarang aku sedang gila menonton filem korea. Ada la dah 2-3 filem aku tengok. Disebabkan terlalu banyak menonton, mata aku dah agak kabur dah.. isk...

Bercerita pasal mata, aku nak cerita la sikit pasal deria ciptaan Tuhan ni..

Orang selalu kata, kalau Tuhan tarik 1 daripada deria yang kita ada, dia akan perkasakan deria kita yang lain. Misalnya, orang yang buta biasanya deria pendengaran dia superb. Sebab tu dia boleh main muzik walaupun xleh baca not. Deria sentuh dia pun power gak. Sebab tu dia boleh baca braille.

Berbeza pula dengan orang yang dilahirkan sempurna. Setiap pancaindera menyokong pancaindera yang lain. Sebab tu, kalau orang tu asalnya lahir cukup pancaindera, bila dia menjadi rabun, automatik dia akan menjadi sedikit pekak. 

Oh, jangan salah sangka. Bukan la mutu pendengaran dia merosot. Cuma, kita punya pendengaran dah biasa disokong dengan penglihatan kita. Maksud aku, bila kita dengar orang bercakap, kita dah biasa melihat bibir dia bergerak. Tu membantu kita mentafsir apa maklumat yang disampaikan. jadi, bila kita sudah rabun, maka hilanglah sebahagian kebolehan kita untuk mentafsir maklumat yang disampaikan oleh orang lain..

Baru-baru ni, aku pergi ke pasar malam tanpa memakai cermin mata. Sengaja gatal.. Nak tengok adakah aku dapat mencari semua benda yang aku perlu kalau tidak mendapat bantuan cermin mata. Hasilnya, ye, tiada masalah. sebab aku bukannya nakbaca papan tanda pun. Sekadar pergi ke pasar malam. Tapi aku ada sedikit masalah mentafsir jarak kereta semasa nak melintas jalan.

Ini membuatkan aku terfikir. Macam mana kawan-kawan aku yang rabun (tapi tak nak mengaku) rabun boleh bawa kereta tiap-tiap hari tanpa memakai cermin mata. Memang la mereka boleh membaca papan tanda di saatsaat akhir tapi, bukankah rasa agak helpless bila kita tak dapat melakukan sesuatu pada kepantasan biasa? Bukankah agak rimas bila pandangan kita tidak cerah?

Kalau rabun adalah 1 masalah, kehilangan contact lens sebelah lagilah merupakan masalah besar. Elok la kalau rabun, biarlah rabun dua-dua belah (lagi elok kalau tak rabun dua-dua belah ok). Kenapa? Sebab, bila kita rabun sebelah, keduadua belah mata kita akan memberikan tafsiran jarak yang berbeza. Ini akan memeningkan kepala otak kita untuk buat keputusan lalu menyakitkan jiwa kita. Tak percaya? Try pakai sebelah jo contact lens (ada ke orang bengong buat begitu?) dan korang akan mendapati, betapa peningnya kepala korang tengok keadaan sekeliling.

Ha! Pakai contact lens pula, cadangan aku ialah, kalau korang rabun, bolehlah pakai. Kalau tak rabun, jangan la gatal-gatal. Buat apa masukkan benda asing ke dalam badan bila korang tak perlukannya? Tak organik pula tu (apa kes tiba-tiba organik ni?). Mata korang sepet? Nak besarkan lagi? Mata warna hitam tak cantik? Nak warna kelabu? Percaya la, Tuhan dah bagi yang paling cantik untuk korang setiap masa. Apa sahaja yang korang buat tak mungkin lebih cantik dari yang Tuhan dah bagi.

Pesanan terakhir. Kalau pakai contact lens tu, jangan la pakai lebih masa. Jangan perjudikan mata korang. Bukannya korang ada mata lain dalam bank nak ganti mata yang rosak semata-mata sebab korang malas nak keluarkan contact lens tu.

Akhir sekali, kepada adik-adik yang tak rabun tu, tak payah la try pakai spek.. Serius korang lagi comel tanpa spek. Spek hanya akan menampakkan korang lebih tua (dalam kes aku, menampakkan aku seperti 25 tahun. Kan rugi tu?) Memang la mul-mula excited sebab nampak bijak. Tapi lama-lama, korang akan menyesal. Apstu mula la gatal nak pakai contact lens.. dah kena keluar duit..

Akhir sekali, jagalah mata anda. Jangan tengok komputer lama-lama. Tengoklah beda yang berwarna hijau yang boleh merehatkan mata korang. Makan sayur berwarna merah banyak-banyak. Apa lagi ye? Ha!! Jangan buat dosa mata ye!

p/s: Takde gambar! Semua gambar kat internet ni gambar mata dengan contact lens. Tak asli betul! Huh! 

7 ulasan:

  1. Rasanya penggunaan cermin mata lebih praktikal berbanding kata lekap :D

    Mungkin ramai yang tidak mahu bercermin mata sebab rasa tidak cantik.. serta tak sesuai dengan bentuk muka barangkali...

    BalasPadam
  2. yup. Cermin mata adalah lebih praktikal. cermin mata cuma tak sesuai masa bersukan dan berenang je.

    Pape pun, hargailah mata kita.. mata tanpa spek adalah yang terbaek!!

    BalasPadam
  3. er..konpidennye dorg drive tak pki spek.huhu..
    tp klu ikutkan pki spek ni mmg wat mata jd lg teruk kan. idup berspek selama 21 tahun tak pernah sekali pun power turun.huhu..ni leh wat post kt blog aku ni.hihi..
    oh ya, tukar url sbb nama fazdarazat tu da tak relevan.aku kan beranak baru lgi. hihi..

    BalasPadam
  4. huhuhu.. mata kita memang akan naik je power.. tapi dia akan stabil kalau kita jaga. cuma memang x cun sebab mata nampak terjojol..

    haha.. memang x sesuai..ok la nama baru.. tapi miss???

    BalasPadam
  5. Heheh, believe it or not, aku ada kawan yg pakai contacts sebelah jek. Rasanya pasal mata sebelah lagi tuh byk calar dan doktor dah tak bagi pakai contacts. Anyway, dia degil gak (mungkin dia rasa dia lawa), so dia pakai gak, tapi sebelah je la. Sengal!

    BalasPadam
  6. haha.. tu dah macam kucing mata sebelah lain, sebelah lain..

    cup, lens dia yang calar atau mata dia?

    BalasPadam

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama