KLIK LAJU-LAJU!

MARI BLOGWALKING DENGAN APESAL.COM

Yang Baik Hati =)

Cari cerita lama

Aku terkini

sebelum komen, baca dulu komen orang lain boleh? Bosan la nak balas komen yang sama.. sebab jawapan aku mesti sama punya. tak pasal2 aku jadi astro karang ulang tayang beberapa kali

* jangan orang astro sentap pulak dengan aku, suda

Isnin, 6 Jun 2011

Trip ke KK part 2


Pukul 3.30 pagi, aku kejut Fadh bangun. Berdasarkan track record, kami berdua perlukan masa yang sekejap sahaja untuk bersiap. Aku juga turut kejutkan adik kat sebelah tu. Bukan susah pun. telefon no bilik hotel je. Ikutkan hati, aku malas nak kol (masih lagi dalam mode tak puas hati kerana dibuli oleh Saufi) tapi mengenangkan Acap yang tau jalan, dan Acap takkan gerak tanpa Saufi dan Saufi mandi lama, maka aku kejutkan juga la.

Pukul 4 pagi, aku dan Fadh dah terpacak di lobi. Acap dan Saufi? As expected, tak siap lagi. Sempat la aku dan fadh online FB guna PC hotel. 4.20 barulah mereka berdua turun dan kami mula gerak.

Perjalanan ke Kinabalu Park ambil masa lebih kurang 2 jam (sepatutnya la) dapat-dapat pula Acap drive dengan laju. 1 benda yang membuatkan perjalanan kami perlahan - kawan-kawan aku ni tak boleh nampak kawasan cantik sikit, mesti nak tangkap gambar. Ada anjing liar kat luar pun tangkap juga gambar. Dari dalam kereta la.
Kat sini la yang anjing liar tu.. Tapi dorang nak juga tangkap gambar
Gambar gelap sebab fotog tak pandai.. huhu
Masuk Kinabalu Park kena bayar RM3. Setelah sesat mencari toilet, kami berhenti bergambar. Masa ni takde orang lagi. Bolehlah buat aksi pelik-pelik. Lepas tu kami pergi ke trail mendaki. Kena bayar RM5 ye untuk masuk trail tu.. Try la 100 meter trail tu. dan tangkap gambar lagi. mengenangkan kami nak ke Kundasang, kami patah balik.
Ini adalah contoh gambar sengal yang aku maksudkan. Mangsa berkata yang dia bercadang nak jadi Statue Of Liberty
Perjalanan agak panjang dan berliku-liku hingga para peserta hilang arah bila ditanya manakah puncak Kinabalu
Nak jalan-jalan pun sila pakai pas ye.

Berjalan-jalan di trail Kinabalu pun boleh dapat sijil ye. sila bayar RM5 untuk sijil.
Kundasang, pada aku memang macam Cameron Highland. Sejuk, jalan bersimpang siur.. tapi dia ada  kelebihan, pemandangan puncak Kinabalu. Ini menyebabkan kitorang berhenti beberapa kali seperti biasalah - untuk tangkap gambar. Masa ni sebenarnya dah cuak-cuak dah. Apa taknya, meter minyak saga yang kami naik tu dah berkelip-kelip. Cuba cari pam minyak di Kundasang, tak jumpa pula.
Kundasang dan puncak Kinabalu
Namun kami teruskan perjalanan kami ke Ranau pula. Nak pergi Poring Hot Spring. Dalam perjalanan makan KFC (dapat kupon diskaun la kunun) dan beli beberapa keperluan untuk mandi. Kalau kita di semenanjung hari tanpa beg plastik ialah hari Sabtu, kat Sabah pula, hari tanpa beg plastik ialah hari Isnin.

Kami sampai di Poring Hot Spring pada pukul 12 lebih nak dekat pukul 1.. Perghh!!! Jam! Sesak! tak cukup parking! Orang ramai gila! Rupa-rupanya, nak masuk kena bayar RM3. Kalau ikutkan, kami dah tak perlu lagi bayar RM3 sebab dah bayar masa masuk Kinabalu Park. tapi disebabkan lupa nak ambil tiket, nak tak nak, kena bayar lagi RM3 (ini semua salah Acap! Ye, Acap yang bersalah! Haha)

Nice caption there
Dah bayar RM3, tiba tengok kolam penuh. nak mandi bilik private pun penuh. Apa kes? Takkan nak balik kot? Maka kitorang pun mendaki la pergi cari air tejun. Kitorang pergi Air terjun Kapungit je. Kalau air terjun Langanan kena jalan 3km++.. tak sanggup aku. Pergi Kapungit ni pun 500 meter sehala. pergi balik dah 1km. Tak ke kurus namanya?
See?? aku tak tipu
Air tejun Kapungit ni tak besar sangat la. Aku dengan Fadh je beria mandi. Acap nak pergi Gua Kelawar tapi takde orang nak teman. Saufi tak nak mandi sebab dia tak nak buka aurat (Apa kes? Dah la pergi air terjun pakai loafer) Pukul 2 kami gerak balik. 
Gambar before mandi. Lepas mandi takleh tunjuk1 Sexy you!!
Nak dijadikan cerita, jalan jem ye masa balik. Maka kami singgah la Kundasang sekali lagi. Aku beli la Baby Kailan sikit. Acap pulak ajak kami pergi ke Heritage Spa & Resort. Hotel ni tertinggi di Kundasang. Memang cantik la view dia. Tak boleh dinafikan.
Akhirnya, dapat gak bergambar berempat
Lepas tu singgah pulak War Memorial Park. Dia (dia?) sebenarnya adalah taman bunga yang ikut reka hiasan Australia, Inggeris dan Borneo. Ini untuk mengenang askar-askar British yang mati untuk pertahankan Sabah (ayat jahat: serius aku tak rasa apa kecuali garden dia memang cantik. Apa kes nak aku syahdu-syahdu penjajah mati?)

English Garden.. its always about symmetrical
nak hantar gi kat mana-mana la.. Kembang Setaman ke..
5.30 petang, kami bertolak ke KK semula. Hajat hati konon nak tengok Nguduk Ngadau di KDCA sebab kebetulan kami datang masa perayaan Keamatan. Sekali lagi jalan jam gila! Acap dah penat drive. Dah la telinga dia tak tahan tekanan. Maka dia selalu la buat aksi Fast Furious (kononnya). Kami la yg cuak kat belakang. Habis dia lenjan kereta sewa tu. memang rev habislah (kami sewa saga auto.. Acap drive Myvi di semenanjung. Jadi, ada masalah kendalian di situ)

Sampai di KK, dah pukul 8 lebih. Kami tekad nak pergi pasar malam jalan Sinsuran (sebelah Le Meridien) untuk beli gelang untuk mak masing-masing (sweet kan kitorang?). Acap je beli gelang untuk awek.. isk isk.. Acap.. Acap.. Nak dekat pukul 9, kami pergi ke kereta. Niat di hati nak makan makanan tempatan. Kononnya nak pergi pasar malam makanan (seberang jalan je) tapi semua dah tak larat nak berjalan (Fadh especially =p) Acap pun makin teruk selsemanya. Maka kami pun makan la kat kedai makan biasa.
 Masa shopping.. Ada pulak Shades yang dia berkenan.. Hahaha.. Jangan marah ye Saufi..
Tak tau mana silap entah, lambat betul dapat makanan. Tak lama lepas tu, makanan semua keluar serentak. teori aku, sama ada tukang masak tu baru sampai n masak dengan pantas atau, dia masak kat tempat lain kot?? Hahaha.. Pukul 11, kami hantar kereta Saga yang kami sewa balik. Harap-harap, orang yang sewakan kereta tu tak serik nak bagi kami pinjam.. (risau ni.. serius)

Balik bilik, takde apa mampu dibuat dah. Fadh kemas beg siap-siap. Aku? Tertidur. Mujur terbangun tengah malam tu untuk solat. Kalau tak, penat den nak ganti.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semua orang boleh komen. Dan aku laparkan komen dari korang.
Tapi letak la nama.. Tak suka nak panggil korang Tanpa Nama